41

4.5K 142 4
                                    

"Sayang, jom pergi holiday?" Afiq merapati Melissa.

"Malaslah. Saya ada banyak kerja." Melissa masih lagi menumpukan perhatiannya di atas fail kes.

"Jomlah." pujuk Afiq. Melissa segera menggeleng.

"Awak pujuklah macam mana pun, still saya tak nak. Full stop." Melissa menoleh ke arah Afiq.

"Sayang, please." rengek Afiq. Melissa menggeleng.

"No. Awak nak pergi holiday, pergilah sorang-sorang saya tak nak ikut."Melissa membetulkan posisi. Afiq mencebik.

"Kalau macam tu abang pergi holiday dengan orang lainlah." Afiq mengalihkan badannya. Melissa mencebik.

"Sukahati awaklah nak pergi holiday dengan siapa-siapa pun. Saya tak kisah asalkan awak tak menganggu kerja saya." Afiq tersentap. Ya, Melissa kini bukanlah Melissa yang dulu.

"Abang naik dululah lagipun dah lewat malam ni. Sayang jangan tidur lambat sangat nanti susah nak bangun." Afiq bangun dari sofa.

"Don't worry. Dah 2 bulan saya bangun sendiri, tak ada orang kejutkan pun. Boleh je bangun awal." Melissa tersenyum sinis. Afiq hanya mendiamkan diri dan segera menapak ke arah bilik tidurnya. Dia melabuhkan duduknya di birai katil.

"Berilah aku kekuatan, ya Allah." Afiq melepaskan keluhan.

***

"Sayang, harini abang balik lambat tau. Lepas meeting kena jumpa klien." kata Afiq ketika mereka bertembung diruang tamu.

"Hmm." Melissa hanya mengiakan. Matanya pula ralit meneliti mesej yang baru diterima di Iphone 6Snya.

"Sayang, dengar tak?" soal Afiq sekali lagi.

"Ya saya dengar." Melissa mengangkat kepala. Dia membetulkan cermin mata yang disangkutkan di batang hidungnya.

"Saya tak kisah langsung awak nak balik pukul berapa. Awak nak balik lambat ke, awal ke, none of my bussiness." Afiq terasa. Kerap benar dia terasa dengan kata-kata isterinya. Melissa pula segera menapak keluar dari rumah dan segera masuk ke dalam kereta. Dia memejamkan matanya seketika.

"Abang, it's hurting me too. I'm sorry but I can't lower my ego. Sakit hati masih lagi tiada ubat. I'm totally sorry." Melissa bermonolog seorang diri.

***

"Kita akan adakan family day 2 minggu lagi." lantang suara Dato' Shaharuddin ketika semua staf firmanya berkumpul didalam bilik mensyuarat. Bilik mensyuarat mula gamat, masing-masing teruja. Melissa dan Afiq hanya melihat sekeliling. Sedikit pun mereka tidak rasa teruja.

"PA saya akan edarkan tugas masing ketika hari keluarga akan berlangsung. Jadi tolong pastikan anda semua jalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik." Beberapa keluhan meniti dibibir para pekerja selepas Dato' Shaharuddin menghabiskan kata-katanya.

Selesai bermensyuarat, Melissa kembali ke pejabatnya. Selang beberapa minit kemudian, pintu pejabatnya diketuk.

"Masuk." laung Melissa. Dia mengangkat kepalanya.

"Dah habis waktu kerja dah pun." Khairi Hazieq mengambil tempat dihadapan Melissa.

"I ingat nak overtime harini. Afiq balik lambat."

"I thought you... Never mind. Apa kata kalau you keluar dengan I?" Hazieq mempelawa. Niatnya hanya satu, dia mahu menangi hati Melissa kembali kerana dia tahu Melissa sudah tawar hati dengan Afiq.

"Nak pergi mana? I malaslah, ada banyak kerja nak buat."

"Pergi makan. Jomlah, I tahu you tak lunch tadi. Janganlah kerja sangat sampai tak makan apa-apa, nanti sakit macam mana?" soal Hazieq.

Mrs. Lawyer, I love youWhere stories live. Discover now