12

6.9K 160 4
                                    

Sudah dua minggu mereka hidup sebagai suami isteri. Afiq dan Melissa bahagia bersama. Ibubapa mereka pula senang hati melihat mereka semakin mesra.

"Sayang tolong ikat tie abang ni. Please." Afiq bersuara.

"Alah abang ni sebelum ni okay je abang ikat tali leher sendiri." Melissa membalas. Dia sengaja mahu mengenakan Afiq.

"Sayang. Pleaseee nak pahala free tak? Meh tolong eh." Afiq mencuba lagi. Akhirnya Melissa mengalah. Dia mengikat tali leher Afiq. Afiq hanya memandang Melissa yang sedang mengikat tali lehernya. 

"Apehal pulak kau ni jantung. Jangan nak buat hal la." Melissa berseloroh di dalam hati.

"Okay abang. Dah siap." Melissa memandang Afiq dan menghadiahkan senyuman buat suami yang tercinta. 

"Thank you sayang. I love you." Afiq menghadiahkan sebuah kucupan hangat di pipi Melissa. 

"Welcome abang. Love you too. Dah la jom daddy dengan mummy dah tunggu kat bawah." Melissa membalas.

***

"Morning kak, Abang Afiq." Aushaf Uwais bersuara setelah melihat pengantin baru itu turun sambil berpegangan tangan.

"Morning dik." Mereka mengambil tempat dihadapan Aushaf Uwais. Daddy, mummy, Mak Jah dan Aushaf Uwais pula hanya tersenyum melihat gelagat pengantin baru itu. Bahagia!

"Hm Afiq, Mel boleh tak tolong hantar adik kamu ni pergi sekolah. Pagi ni daddy ada meeting, kalau nak hantar adik tak sempat rasanya." Dato' Nufael bersuara.

"Boleh daddy apa salahnya." Afiq membalas. "Kalau macam tu daddy pergi dulu eh. Assalamualaikum," pamit Dato' Nufael.

10 minit kemudian mereka pula meminta diri mahu menghantar Aushaf Uwais dan pergi ke kerja. Mereka menaiki Audi A3 Sedan milik Afiq. Aushaf Uwais pula tersenyum lebar melihat mereka  mahu menghantar dia ke sekolah menaiki kereta idamannya,

***

Memandangkan itu hari pertama mereka pergi ke pejabat sebagai suami isteri banyak mata memandang mereka. Ada juga gadis-gadis yang meminati Afiq menjeling Melissa. Melissa hanya menunduk sahaja. Afiq pula tidak putus putus memberikan senyuman.

"Okay sayang. Abang masuk office dulu eh. Bye." pamit Afiq. Walaupun pejabat mereka hanya bersebelahan sahaja tetapi mereka tetap mengucapkan selamat tinggal. Tanya la penulis sendiri kenapa huhuhuhuhu.

Bertimbun kes di atas meja Melissa dan Afiq. 

"Aduhai bertimbun pulak kes." Melissa merungut seorang diri. Melissa membuat kerja sampai tidak sedar masa berlalu. Berjam-jam matanya menghadap kertas dan komputer riba. Sampai sakit kepalanya.

"Sayang, meh kita keluar lunch." Afiq mengambil tempat duduk di hadapan Melissa. "Eh abang. Okay jap Mel nak kemas jap." Melissa berkata sambil membetulkan tudungnya.

"Okay abang jom." Melissa sudah berdiri dihadapan Afiq. Afiq hanya tersenyum sambil memegang tangan Melissa.

***

Di dalam restoran, Melissa hanya memandang sekeliling. Saja mahu melihat ragam orang sekeliling. Ada yang happy, ada yang bergaduh, ada yang lonely dan ada yang sedih. 

Tiba-tiba dia terpandang seorang lelaki yang dia sungguh tahu siapakah dia. Lelaki yang pernah menghantar ucapan Selamat Pengantin Baru kepadanya.

Itu dia Khairi Hazieq. Lelaki yang pernah menjadi kawan baiknya satu ketika dahulu dan tiba-tiba menghilang selepas mengucapkan kata cinta kepadanya. Bodoh.

"Sayang, tu rezeki tu. Kenapa buat muka macam tu, tak baik tau. Sayang sakit ke?" Afiq bersuara setelah dia melihat Melissa asyik termenung. 

"Takde pape la abang. Mel sakit kepala je ni maybe banyak buat kerja kot. Nanti okay la tu." Melissa membalas. Afiq hanya mengangguk dalam hatinya dia risau tentang Melissa, dia tahu Melissa sedang memikirkan sesuatu.

***

Setelah dia masuk pejabat, dia tidak terus memulakan kerjanya. Dia bersandar di kerusi kerjanya.

"Hazieq. Kenapa kau muncul lepas kau hilang? Kenapa kau muncul lepas aku baru je sayang orang lain? Kenapa Hazieq, kenapa?!" Melissa sudah hilang sabar. Dia ingat lagi kisah 5 tahun lalu.

"Mel, Hazieq ada benda nak cakap ni." Petang itu mereka duduk makan ais krim di taman perumahan Melissa. Disebabkan tadi dia kalah bermain bingo jadi dia perlu belanja Melissa makan ais krim. Umur sudah 16 tahun tetapi perangai masing-masing masih lagi macam budak-budak.

"Apa dia Ziq? Cakap la." Melissa membalas. "Sebenarnyakan Mel, Hazieq dah lama suka Mel. Daripada dulu lagi sejak kita jadi kawan baik." Hazieq berterus terang. Dia akui itulah perasaannya sejak mereka menjadi kawan baik 10 bulan yang lalu. Melissa berhenti makan ais krim. Dia pandang Hazieq.

"Khairi Hazieq, are u serious?" Melissa menyoal. Hazieq hanya mengangguk. Melissa tersenyum.

"Okay la Ziq. Macam ni aku pun dah lama suka kau. Tapi tahun depankan kita nak SPM, so apa kata SPM nanti kita buat SPM elok-elok lepastu kita masuk universiti sama-sama, kita ambik ijazah dalam undang-undang sama-sama lepastu kita kahwin. Nak?" Melissa memberikan cadangan. Haziq tersenyum, dia lega Melissa menerima dirinya.

Tapi semuanya berubah 3 bulan sebelum SPM. Hazieq tiba-tiba memberi tahu kepada Melissa yang dia mahu berhenti sekolah dan bersekolah di luar negara. "Hazieq, lepastu macam mana dengan impian kita?" Melissa bersuara.

"Sorry Mel habis je Hazieq study, Hazieq terus kena kahwin dengan anak kawan papa. Hazieq terpaksa Mel. Sorry Mel, kita jumpa lagi nanti. Bye." Hazieq segera berjalan menuju ke keretanya. Petang itu juga, Hazieq perlu berangkat keluar negara. Melissa tercengang. Dalam hatinya dia berdendam dengan Hazieq.

"Kau tahu apa Hazieq? Sebab kau la aku jadi tak tentu arah sekarang. Aduhai." Melissa merungut. Baik dia selesaikan kes-kes itu daripada fikirkan tentang orang yang pernah lukai hatinya. 

___________________________

"The heart is an arrow. It demands aim to land true." 








Mrs. Lawyer, I love youWhere stories live. Discover now