13

6.5K 172 3
                                    

Malam itu Melissa mengambil keputusan untuk tidur awal. Dia tidak larat mahu memikirkan permainan dunia ini. Mungkin betul orang cakap, lepas bahagia, ada derita. Lepas derita, ada bahagia.

"Eh sayang. Awalnya tidur?" Afiq menegur Melissa. Selalunya Melissa yang tidur paling lambat. Buat kerja, baca novel, menghadap telefon ataupun bermanja dengan Afiq. Eh?

"Mel rasa tak sihat la abang. Mel tidur dulu eh." pamit Melissa. Afiq sekadar mengangguk. Dia tahu Melissa penat. Balik sahaja dari honeymoon terus bertimbun kes atas meja. Dia pun begitu tetapi dia lelaki, Melissa perempuan. Tenaga lelaki dengan perempuan tak sama jadi Afiq faham penat lelah Melissa.

Afiq segera berlalu ke meja kerjanya. Dia mengambil sekeping kertas yang berada di dalam fail kesnya. Afiq pun tidak mengerti mengapa dia meletakkan kertas sebegitu di dalam fail kes.

"Hm 3 impian Mel dah tercapai. Tinggal lagi tujuh." Afiq bermonolog seorang diri.

"Ha abang! Mana dapat kertas Mel tu?" Melissa menjerit. Afiq terkejut dan terus berdiri. Aduhai macam mana Melissa boleh ada kat belakang aku ni pulak!

"Adalah." Afiq membalas.

"Abang! Malu la Mel macam ni. Macam mana abang boleh dapat kertas tu?" Pada mulanya, Melissa tidak jadi meneruskan hasratnya kerana kesian melihat Afiq. Dia ingat mahu menyakat Afiq tapi sekarang dia pulak yang disakat oleh Afiq.

"Eleh Mel, nak malu buat apa? Semua ni kan Mel nak future husband Mel tunaikan. Now ur future husband akan tunaikan eh." Afiq berkata sambil mengambil tempat duduk di sofa.

"Meh sayang, duduk sebelah abang." Melissa segera melangkah ke arah sofa dan duduk di sebelah Afiq.

"Meh abang baca sikit impian Mel ni eh." Afiq berkata sambil tangannya berlingkar di pinggang Melissa. Melissa pula memeluk Afiq dan sembamkan mukanya ke dada Afiq. Dia malu. Malu yang teramat.

Melissa's wishlist with future husband.
1. Candle light dinner dengan future husband.
2. Future husband nyanyi my fav song.
3. Pandai pujuk! Yeaayyyy.
4. Pergi holiday sama sama.
5. Kiss me every morning and said 'i love you'.
6. Swimming with him.
7. Grocery shopping with him.
8. Always make me laugh.
9. Jadi mummy yang baik dan isteri yang baik.
10. Ada ramai anak with him. Yeayyyyyyyy! ( Omg. Tak sabarnyaa.)

"Hm. Abang suka dengan wish Mel yang last sekali tu. Abang ok je kalau itu yang Mel nak." Afiq mengenyit matanya.

"Ish abang ni. Waktu Mel tulis wishlist ni, umur Mel baru 13 tahun abang. Tak matang lagi." Melissa membantah. 

"Manalah si Afiq ni jumpa kertas yang dah lusuh ni. Aku pun tak ingat aku selit kat buku mana." Melissa bermonolog di dalam hati.

"Mana abang jumpa benda ni? Mel pun tak ingat Mel letak mana tau." Melissa membebel.

"Haritu abang sengaja masuk stor kat belakang rumah ni, daddy kata banyak barang Mel yang lama-lama kat belakang tu. Abang terjumpa satu buku ni, sayang tau apa tittle buku tu? 'Diari Harian Melissa'. Ya Allah, abang punya gelak sorang-sorang kat dalam stor tu. Abang pun belek belek la buku tu, banyak benda abang baca kelakar habis la Mel punya diari. Tetiba abang jumpa benda ni. So abang nak la tunaikan impian wife tercinta abang ni." Panjang lebar Afiq menerangkan bagaimana dia terjumpa kertas itu.

"Haih abang, waktu sayang tulis buku tu sayang baru je 13 tahun. Tak matang langsung waktu tu. So abang tak payah la percaya sangat apa yang Mel tulis, eh?" Melissa masih lagi mempertahankan dirinya. Aduh malunya.

"Meh Mel, jom kita tunaikan impian Mel yang last sekali tu." Afiq sudah bangun daripada sofa sambil mendukung(?) Melissa yang berada di pangkuannya. Melissa menyembamkan mukanya ke dada Afiq. Dia sebenarnya mahu menyorokkan senyumannya.

Susah dapat laki mengada macam ni.

***

"Daddy, mummy boleh tak kalau Afiq dengan Mel nak pindah rumah Afiq?" Afiq memulakan perbualan mereka di meja makan pada pagi Sabtu itu.

"Eh apa salahnya. Kenapa nak tanya dengan daddy dengan mummy pulak?" Dato' Nufael menjawab. Datin Shahira pula hanya mengangguk tanda setuju dengan apa yang diperkatakan oleh suaminya itu.

"Bila nak pindah? Kalau dah nak pindah bagitau kami, nanti bolehlah kami tolong apa yang patut ye Afiq." Datin Shahira pula bersuara.

"Em since Isnin ni cuti umum, Afiq rasa Isnin ni kot." Afiq membalas.

"Kalau macam tu takpe la. Nanti jangan lupa buat doa selamat eh." Datin Shahira bersuara sekali lagi. Dato' Nufael hanya mengangguk.

"Okay mummy, thank you." balas Afiq dengan sopan. Melissa pula hanya tersenyum. Mujurlah adik bongsunya tiada kerana menghadiri kelas tambahan. Kalau tak mesti dibantah habis-habisan. Maklum la adik manja.

***

"Ah leganya dah pindah. Sekarang ni kita nak buat apa pun boleh. Kan sayang?" Afiq tersenyum nakal dan mengambil tempat disebelah Melissa.

"Hish abang ni, nakal betul la. Kang Mel sekeh kang baru tau." Melissa mengacah mahu menyekeh Afiq. Nasib baik la daddy, mummy dan Aushaf Uwais membantu mereka mengemas rumah. Seminggu jugak nak kemas rumah Afiq ni. Besarnya, Ya Allah. Hujung minggu hadapan pula mereka akan membuat majlis doa selamat.

"Alah abang nakal dengan isteri abang je. Kang abang nakal dangan orang lain Mel jeles pulak." Afiq membalas. Dia sengaja mahu mengusik Melissa.

"Hm kalau Mel tahu abang nakal dengan orang lain. Mel sekeh abang sampai abang pengsan. Nak?" Melissa mengugut.

"Eleh macam berani." Afiq membalas semula. Bukan selalu berperang mulut dengan Melissa.

"Abang lupa ke isteri abang ni Melissa Maureen. Melissa Maureen boleh buat je apa yang dia nak buat tau." Melissa membalas kembali. Dia tidak mahu kalah berperang mulut dengan Afiq.

"Oh boleh eh. Meh abang nak try." Afiq segera bergerak mendekati Melissa. Melissa pula sudah bangun dan berlari naik ke atas. Afiq pula hanya setia mengejar.

"Tangkap la kalau boleh." Melissa menjerit sambil berlari mengelilingi meja kerja mereka. Melissa dan Afiq berkejaran mengelilingi meja kerja. Kalau daddy dengan mummy tengok ni, konfem bukan macam lawyer. Tapi macam budak tadika. 

"Ha dah dapat." Afiq memeluk Melissa dari belakang. Melissa terkedu. 

"Aduhai mati aku." Afiq meletakkan dagunya diatas bahu Melissa. Bukan selalu dapat bermanja dengan Melissa. Peluang dah ada depan mata, ambik je la.

"Mel, abang sayang Mel sangat-sangat. Mel tahu tak?" Tiba-tiba suasana bertukar menjadi romantik. Melissa pula hanya terrgamam. Haih Afiq ni time ni la jugak nak bermanja bagai. Takpe la Mel kat rumah daddy mana boleh manja macam ni. Layan je la. Bukan orang lain pun, suami sendiri. Nak buat apa-apa pun boleh, kan? #jangankecampenulis

"Mel tahu abang sayang." Melissa membalas. Kemudian dia berpusing menghadap Afiq. Tangannya sudah berada di belakang tengkuk Afiq. Dahi mereka pula bertemu.

"Jom sayang?" Afiq mengenyitkan mata kanannya. Mukanya mirip seperti Manurios, Weekly Chris, Shawn Mendes, semualah ada. Melissa sudah cair.

"Jom." Melissa membalas sambil menghadiahkan senyuman yang paling manis buat Afiq. Sebab ni la Afiq nak pindah rumah. Nak buat apa-apa pun boleh. Afiq segera menarik tangan Melissa masuk ke dalam bilik mereka.

Semoga jodoh mereka kekal sampai bila-bila.

___________________________

"Honestly I have no idea how to live without you." 


Mrs. Lawyer, I love youWhere stories live. Discover now