35

4.5K 151 11
                                    

"Melissa Maureen. Bangun cepat, breakfast dah siap." jerit Afiq dari dapur.

Ish, suka sangat menjerit.

"Coming!" balas Melissa kembali. Dia segera menapak ke dapur. Kalau lambat nanti takut kena bebel.

"Come, makan cepat." arah Afiq ketika Melissa menapak ke dapur. Suka sangat mengarah orang, haih.

"Tak naklah makan. Tak sedap." kata Melissa sebaik sahaja dia nampak sepinggan pancake di meja makan.

"No Melissa. You have too."

"Mel nak makan nasi lemak bukan pancake." Melissa segera memuncungkan mulutnya sambil bersandar di kaunter dapur.

"No nasi lemak for you. Makan pancake ni. Faster, Melissa."

"No. I don't want." Melissa tetap berkeras dengan pilihannya. Tanpa amaran, Afiq segera mencempung Melissa dan letakkan Melissa di atas meja makan.

Bukan atas kerusi, tapi atas meja makan, okay?!

"Apa yang awak buat ni?" soal Melissa yang masih lagi terkejut dengan tindakan Afiq.

"Bukak mulut cepat." arah Afiq sambil memegang pinggan yang berisi sekeping pancake dan garfu.

"Taknak!" Melissa menekup mulutnya dengan tangan. Afiq segera mengalihkan tangan Melissa dan menyumbat pancake ke dalam mulut Melissa.

"Awak ni kasar sangat kenapa?!" Melissa memarahi Afiq sambil mengunyah pancake yang sudah berada di dalam mulut.

"Dah kau degil sangat tak nak makan, kan?" bebel Afiq sambil menyuap pancake ke dalam mulutnya.

"Ini saya punyalah! Jangan makan. Tepi sikit." Melissa segera merampas pinggan yang berada di pegangan Afiq dan duduk di kerusi meja makan. Afiq segera menjeling Melissa yang sedang mengunyah pancake.

"Makan jugak." Afiq mengambil tempat di hadapan Melissa. Melissa hanya menjeling.

"Tengahari nanti aku nak keluar. Nak ambik Iman kat airport." Melissa segera mengangkat kepala. Hatinya sedikit kecewa.

"Okay." jawab Melissa sepatah. Dia menyambung makan dengan perasaan kecawa.

"Cepat makan, lepasni minum susu pulak." Melissa hanya mengangguk, malas mahu membantah.

***

"Duduk rumah elok-elok. Jangan buat benda merepek." pesan Afiq sambil memakai kasutnya. Melissa hanya membatu di tepi pintu.

"Okay." jawab Melissa sepatah. Afiq menghadiahkan jelingannya.

"Kau tak ada perkataan lain selain 'okay' tu ke?" soal Afiq, sinis.

"Dahtu awak nak saya jawab apa? Takkan saya nak cakap tak boleh pulak, kan? Takkan saya nak halang awak pergi jumpa bakal tunang awak tu?! Saya iring awak ni pun dah cukup bagus dah. Awak nak pergi sangatkan? Pergilah! Buat apa tercegat kat sini lagi? Tak takut Iman sayang awak tu marah?" Melissa menghamburkan marahnya.

"Kau nak marah-marah ni kenapa?" Afiq membalas kembali. Kini suaranya naik satu oktaf.

"Pergilah cepat." Melissa melangkah masuk dan segera menutup pintu utama meninggalkan Afiq di hadapan pintu utama. Melissa segera mengambil tempat di ruang tamu. Dia mencari nafas.

"Melissa, kau kuat."

***

"Hi baby." Iman Kirana segera memeluk Afiq. Afiq mengukirkan senyuman.

"Hi sayang. How are you?" soal Afiq sambil menarik beg roda milik Iman.

"Sihat je but I miss you badly, Mikahyl." ujar Iman, manja. Afiq mengukirkan senyuman.

"Me too, my dear. So you nak pergi mana-mana ke sebelum I hantar you balik?"

"Jom kita pergi Pavillion? I ingat nak beli barang sikitlah." jawab Iman. Afiq segera menangguk.

"Okay sayang. Let's go."

***

"Mana Afiq?" soal Datin Shahirah yang datang berkunjung ke rumah Melissa bersama Aushaf Uwais.

"Yelah kak. Mana Abang Afiq?" soal Aushaf Uwais pula.

"Afiq keluar. Ambik Iman kat airport." jawab Melissa, tenang.

"Lepastu Mel okay ke Iman dekat dengan Afiq?" soal Datin Shahirah, risau dengan keadaan anak sulungnya. Melissa segera mengangguk dan mengukirkan senyuman.

"Mel okay je mummy. Kalau dah itu yang terbaik, Mel terima." jawab Melissa. Jauh disudut hatinya dia takut kalau-kalau satu hari nanti dia perlu berkongsi Afiq Mikahyl dengan Iman Kirana. Isteri mana yang sanggup berkongsi kasih?

"Mel memang kuat. Anak perempuan mummy ni memang kuat." Datin Shahirah memeluk Melissa. Menitis juga air matanya. Melissa hanya mengukirkan senyuman tawarnya, tak manis seperti selalu.

"Mummy janganlah macam ni. Mel okay je." Melissa mengusap belakang Datin Shahirah. Aushaf Uwais hanya mendiamkan diri. Dia sendiri pun simpati melihat keadaan kakak sulungnya.

***

"Mikahyl, you still nak bertunang dengan I walaupun you dah kahwin?" soal Iman Kirana ketika mereka menikmati makan tengahari.

"Lelaki boleh kahwin empatlah sayang. I mampu." jawab Afiq.

"You tak kesian ke dekat Melissa kalau I kahwin dengan you?" soal Iman lagi. Entah mengapa dia kasihan melihat keadaan Melissa.

"Dia okay je, Iman."

"Tapi kalau I sendiri ada kat tempat dia, I tak sanggup tau berkongsi you dengan orang lain."

"Sayang. Perlu ke kita cakap pasal ni sekarang?" soal Afiq Mikahyl.

"Mikahyl. I cuma kesian kat Melissa."

"Iman, you nak kahwin dengan I ke tak? Sooner or later, you will be my wife. So, please jangan nak serabutkan kepala you dengan Melissa. Just focus on our relationship, okay?" Afiq mencapai tangan Iman, berharap Iman dapat melupakan tentang Melissa. Iman hanya mengangguk dan menunduk.


"...and that, in the end, the most interesting people always leave."

___________________________

Kejap. Siapa yang jahat ni?

Afiq ke Iman? HAHAHA.

Mrs. Lawyer, I love youWhere stories live. Discover now