8

7.3K 189 0
                                    

Majlis resepsi yang diadakan di Hotel Ritz Carlton telah berlangsung dengan gilang-gemilang. Semua ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran-jiran dijemput hadir untuk memeriahkan majlis resepsi Melissa dan Afiq.

Afiq setia mengukirkan senyuman yang paling manis dan ikhlas manakala Melissa pula hanya mempamerkan senyuman yang tidak ikhlas.

"Wah Mikahyl, congrats bro." 

Rata-rata rakan Afiq memanggilnya Mikahyl. Mengapa? Melissa sendiri pun tidak tahu. Dia malas mahu berjalan-jalan bermesra dengan tetamu. Sebenarnya dia menyampah hendak mendengar ucapan tahniah la, ucapan itu la, ini la, kebanyakannya dia rasakan merepek, ;

"Wah Melissa senyap-senyap ye. Tahniah."

"Eh Mel jangan lupa aunty nak Mel ada baby cepat-cepat. Nanti boleh la aunty main dengan anak kamu."

"Untung la kau Mikahyl, dapat bini cantik."

"Untung la kau Mel, dapat laki hensem macam Weekly Chris."

Aduhai Melissa sangat malas hendak menjawab semua itu. 

Merepek. 

Hanya Afiq yang setia mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan senyuman. Afiq juga tidak lepas memegang tangan Melissa.

"Eh mamat ni ambik kesempatan betul," Melissa sempat bermonolog seorang diri. Ya, dia akui dulu dia sangat suka, selesa dan berasa selamat jika Afiq memegang tangannya. Tapi kini dia sangat tidak selesa, tidak suka malah berasa tidak selamat jika Afiq memegang tangannya.

***

Selesai majlis resepsi mereka segera pulang ke rumah. Ramai juga saudara-mara Melissa yang menumpang tidur di rumah Melissa untuk satu malam.

Melissa segera ke biliknya untuk mandi. Badannya berasa sungguh tidak selesa kerana sudah memakai baju pengantin sejak dari siang dia memakai baju itu. Cepat-cepat dia berjalan ke bilik air untuk mandi. Sepuluh minit kemudian dia sudah siap memakai baju t-shirt bersama seluar tidur.

"Eh Mel, buat apa dalam bilik kamu ni? " Datin Shahira tiba-tiba muncul.

"Ala mummy biar la nikan bilik Mel," Melissa membantah.

"Eh takkan kamu nak suruh Afiq tidur sorang-sorang kat bilik pengantin tu." Melissa segera menapak ke bilik tetamu yang dijadikan bilik pengantin itu dengan berat hati. Dia tidak mahu mummynya membebel lebih-lebih sedangkan dia baru sahaja menjadi isteri orang.

***

Sampai sahaja di hadapan bilik tetamu itu tiba-tiba seluruh badannya menggigil seperti mahu menjalani hukuman mandatori. Relaks Melissa Maureen, takde apa pun, okay. Setelah beberapa minit dia terpacak di hadapan bilik itu, dia perlahan-lahan memulas tombol pintu bilik tetamu itu.

Sunyi.

Dia segera menghembus nafas lega. Mungkin Afiq masih lagi berada dibawah melayan ahli keluarga. Biarlah. Dia segera merebahkan diri di atas katil. Penat melayan kerenah tetamu. Dia mencapai iPhone 6 plusnya. Ramai juga menghantar ucapan tahniah kepadanya.

Sedang dia sibuk membaca ucapan tahniah, tombol pintu dipulas. Melissa yang sedikit terkejut terduduk di atas katil. Afiq segera menapak masuk ke dalam bilik. 

"Tak payah la terkejut sampai macam tu," Afiq segera bersuara selepas melihat Melissa terkejut seperti baru melihat hantu. Afiq segera menapak ke bilik air.

Selang 10 minit kemudian, Afiq keluar daripada bilik air. Dia melihat Melissa sudah tertidur. Dia tahu Melissa benci dirinya. 

"Takpe la Afiq bagi dia masa." Afiq memujuk hatinya. Mungkin besok dia boleh memujuk Melissa sekali lagi.

Dia segera menapak naik ke atas ketil dan berbaring di sebelah Melissa. Perlahan-lahan tangannya dilingkarkan di pinggang Melissa. Ketika itu Melissa pula berasa sangat selesa. Selesa dengan pelukan hangat itu.

_____________________________________

"You know you're in love when you can't fall asleep because reality is finally better than your dreams." 






Mrs. Lawyer, I love youWhere stories live. Discover now