47

3.7K 102 1
                                    

"Aduh, lenguhnya...." keluh Melissa sambil mengurut kakinya. Sakit benar kakinya selepas bermain beberapa permainan sukaneka.

"Nah." Botol mineral disuakan di hadapan mukanya. Kepalanya diangkat.

"Thank you!" Melissa menyambut air mineral yang dihulur. Hazieq segera mengambil tempat di sebelah Melissa.

"Mana husband Mel?" soal Hazieq sambil tangannya sibuk bermain dengan pasir laut.

"Tadi Afiq ada kat bawah khemah tu tapi sekarang tak ada pulak. Tak tau la Mel dia pergi mana." jawab Mel, ringkas. Hazieq hanya mengangguk.

"Mel happy ke dengan Afiq?" soal Hazieq tanpa ragu-ragu.

"Happy. Kenapa?" Melissa mengangkat keningnya. Dia tahu Hazieq masih belum boleh move on dari kisah lama.

"Bagus la. Kalau Mel happy, Hazieq pun happy jugak." Senyuman tawar dilemparkan buat Melissa. Nafas dihembus perlahan. Matanya tenang memandang ciptaan Tuhan yang cantik terbentang di depan mata namun tak secantik bidadari yang hadir, Melissa Maureen.

"Mel harap. Hazieq boleh terus jalan ke depan. Jangan pusing belakang. Jangan ingat pasal kita. Cerita kita. Semua tu kisah lama. Waktu tu kita budak lagi Hazieq." Melissa menunduk. Keluhan kecil dilepaskan.

Benar. Satu ketika dulu, dia mahu menjadi suri hati, sang cinta buat Khairi Hazieq. Namun yang berlalu, biarlah berlalu. Tiada apa yang perlu dibangkitkan lagi.

"Okay." Hazieq sekadar mengangguk perlahan. Perit untuk ditelan tapi itulah hakikatnya.

"But hey, kita still bestfriend, kan?" tanya Hazieq. Biarlah Melissa menjadi hak Afiq Mikahyl pun, sekurang-kurangnya Melissa masih setia disisinya sebagai kawan.

"Of course dude! Kita dah kawan lama kot." Melissa menampar lembut tangan Hazieq sambil ketawa kecil. Hazieq hanya mengukirkan senyuman.

If she's happy, I'm happy too.

***

"Seronoknya bergelak ketawa dengan Hazieq tadi." tegur Afiq ketika Melissa menapak masuk ke dalam bilik mereka. Melissa mengangkat kening.

"Jeles la tu." Melissa meletakkan botol mineral di atas meja bersebelahan katil. Dia segera melabuhkan duduk di sofa.

"Sayang sembang apa dengan dia?" Afiq membetulkan posisinya yang sedang duduk di atas katil.

"Tak sembang banyak pun. Mel just mintak dia move on dari kisah lama. Tu je." Melissa berdehem. "Jeles la tu...."

"Sayang, abang tak jeles la. Abang okay je. No worries, abang faham." Afiq melemparkan senyuman. Kisah yang lalu banyak mematangkan dirinya. Tak perlu cemburu buta. Biarpun Hazieq masih menyimpan perasaan terhadap Melissa, dia tahu sayang Melissa, cinta Melissa tetap untuknya. Tetap untuk Afiq Mikahyl.

"Awh, my cutie patootie." Melissa bangun dari sofa lalu mengusap kepala Afiq. Afiq merangkul pinggang Melissa. Dia cukup bersyukur Tuhan hantarkan kebahagiaan kepadanya, kepada Afiq, kepada perkahwinan mereka setelah banyak air mata dibazirkan demi mempertahankan kebahagiaan mereka. Kebahagian dunia akhirat mereka.

"Seribu tahun pun takkan habis untuk abang cerita betapa abang cintakan Melissa. Betapa abang rindukan Melissa. Betapa abang sayangkan Melissa. Betapa abang kagum dengan kekuatan Melissa untuk kekalkan bahtera kita ni." Afiq menggengam tangan Melissa kemas. Air mata sudah bergenang.

Sungguh dia kagum dengan Melissa. Melissa Maureen.

Bidadarinya.

Mrs. Lawyer, I love youWhere stories live. Discover now