22

4.7K 125 4
                                    

"Tengok baru berapa hari tak masuk kerja dah berlambak fail atas meja." Melissa membebel.

Dia membelek fail-fail kesnya.

"Kerja dah banyak jadi mari kita siapkan." Melissa mencapai cermin mata dari bag tangannya dan menyambung segala kerja yang tetangguh.

Masa berlalu, Melissa masih menumpukan sepenuh perhatiannya diatas fail kesnya.

Pintu pejabatnya diketuk, Melissa mengangkat kepala. Oh Sabrina rupanya.

"Masuk." laung Melissa.

"Kak Mel, jom lunch?" ujar Sabrina sambil melemparkan senyuman. 

Rasa marah mula menguasai Melissa apabila melihat senyuman itu. Terbayang kembali bagaimana cara Sabrina melemparkan senyuman kepada Afiq ketika di restoran tempoh hari. Baru sahaja Melissa mahu bercakap, pintu pejabatnya sekali lagi diketuk. 

"Sayang jom lunch!" ujar Afiq.

"Hai Afiq." Sabrina mula menyapa.

Afiq sudah tidak senang. Dia tahu Melissa tidak suka melihat situasi yang sebegitu.

"Oh hai Sab. You buat apa kat sini?" Afiq membalas. Dia tahu Melissa dah nak meletup.

"I ajak Kak Mel lunch. So since you kat sini jom la join I dengan Kak Mel lunch, kan Kak Mel?"

Melissa sudah mula tidak sabar dengan situasi ini. Sebelum dia belasah anak orang, baik dia beredar dahulu.

"Aku tak cakap pun nak lunch dengan kau. Takpelah next time, itu pun kalau dah tak sakit hati. Jom abang." Melissa menarik tangan Afiq keluar dari pejabatnya. 

Sabrina disitu hanya menahan amarah. Nampaknya dendam harus dilunaskan segera.

***

Suasana di meja makan Afiq dan Melissa pada tengah hari itu, senyap. 

"Sayang ooo sayang." Afiq mula bersuara.

"Ye." Melissa menjawab, malas.

"Sorry okay pasal tadi?"

"Oh tau pulak nak sorry tadi bukan main melayan." Melissa mula mencebik.

"Ya Allah sayang. Abang tak melayan la. Abang just tanya. Jangan la macam ni ye sayang?" Afiq mula memujuk. Dia ingat pesanan bapa mertuanya, emosi wanita mengandung cepat rapuh jadi Afiq perlu tanam sejuta rasa sabar didalam diri.

"Dahlah abang tak sayang Mel lagikan?" Afiq menggeleng.

"Sayang. Kenapa cakap macam tu. Abangkan dah janji yang Mel sorang je dalam hati abang sampai bila-bila." 

"You're such a sweet talker man." Melissa tergelak.

"Well husband siapa-kan?" 

Melissa dan Afiq sama-sama tergelak.

"Tapikan sayang one day akan ada perempuan lain jugak bertakhta dalam hati abang tau."

"Abang jangan nak main-main dengan Mel. Nak kena luku?" Tangan Melissa sudah mula naik.

"Our daughter la sayang." Afiq tergelak sehingga perutnya sakit.

"or maybe our daughter(s)." Afiq mengenyitkan matanya dan mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Abang ni Mel ingat perempuan mana la tadi but you better watch out. Mata Mel ada kat mana-mana, okay?" ujar Melissa dengan bersemangat tetapi Afiq masih lagi menumpukan sepenuh perhatiannya kepada telefon bimbitnya dengan muka yang berkerut.

"Abang dengar tak Mel cakap apa tadi?" Melissa mula menyoal.

"Ye sayang, okay." Afiq melemparkan flying kiss. Melissa hanya menggeleng sambil ketawa kecil.

*** 

"Sayang, abang tak naik pejabat tau. Abang nak terus pergi jumpa klien." ujar Afiq sejurus sampai dihadapan firma guaman mereka.

"Okay abang. Mel naik dulu." 

"Ha Mel nanti tunggu abang kat lobi okay? Abang jumpa klien maybe sampai petang nanti." pesan Afiq.

"Okay. Bye abang. Take care, I love you." Melissa mengucup pipi Afiq.

"I love you too." Afiq melambai ke arah Melissa yang sudah melangkah ke lobi.

Apabila Melissa tidak kelihatan lagi, Afiq mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mendail nombor.

"Ha nak jumpa kat mana?" ujar Afiq.

"Pavillion." 

"Setengah jam lagi aku sampai." Afiq segera memutuskan talian. Satu sahaja yang dia mahu tahu, apakah tujuan lelaki itu.

_________________________________________________________

Finally guyssssss, exam dah habis. Oh god i'm free. *blessed*

So agaknya korang tahu tak Afiq nak jumpa siapa? HA stay tuned okay? Byebye.


Mrs. Lawyer, I love youWhere stories live. Discover now