40

5.6K 152 6
                                    

"Sayang. Abang nak turun breakfast ni. Jomlah turun sekali." ajak Afiq, mesra. Melissa masih lagi dingin dengan Afiq. Melissa segera berpaling.

"Awak turun jelah dulu. Saya nak tidur. Penat." Melissa segera berpalingkan badannya. Dia tak mahu dekat dengan Afiq. Hatinya sudah tawar. Dia sudah penat. Afiq hanya mengukirkan senyuman tawar dan keluar dari bilik tidur Melissa. Ketika dia menapak untuk turun ke dapur, dia terserampak dengan Aushaf Uwais.

"Abang, jom breakfast." ajak Aushaf sambil mendekati Afiq.

"Dik, abang nak minta tolong sikit ni." Aushaf Uwais menangkat kening.

"Tolong apa?" 

"Tolong pujuk kakak. Abang tahu abang salah. Abang dah buat macam-macam tapi dia still dingin dengan abang." Aushaf Uwais segera mengangguk. 

"Insya allah, adik pujuk kakak. Tapi adik tak janji kakak akan okay sebab kakak kalau dah macam tu ambik masa jugaklah." Afiq segera mengangguk. 

"Abang pergilah breakfast. Adik nak naik kejap." Aushaf Uwais segera memanjat tangga. Langkahnya laju menuju ke arah bilik kakaknya. Dia segera mengetuk pintu.

"Boleh adik masuk?" soal Aushaf Uwais, sopan.

"Masuklah." sahut Melissa dari dalam bilik. Perlahan-lahan Aushaf Uwais memulas tombol pintu.

"Mehlah dik." Melissa menepuk tilamnya. Aushaf Uwais mendekati Melissa.

"Akak okay dah?" soal Aushaf Uwais, sopan.

"Okay dah. Lagi 2 hari habislah pantang akak lepastu akak boleh start kerja dah. Rindu nak pergi mahkamah." Melissa ketawa kecil. Aushaf Uwais hanya tersenyum. Kakak sulungnya memang kuat, sangat kuat.

"Akak dengan abang Afiq okay?" Senyuman Melissa mati.

"Macam tulah." jawab Melissa sambil mengukirkan senyuman tawar.

"Sekarang akak nak buat apa?" soal Aushaf Uwais.

"Kerjalah. Nak buat apa lagi? Akak bukannya ada anak nak jaga pun." Melissa menunduk. Dia terlalu rindukan Marissa.

"Akak... Dah pergi tu biar pergi. Allah dah sebut dalam Surah Al-Anfal, ayat 70-  'He will give you something better than what has been taken from you.' Insya allah ada rezeki akak lain kali." Melissa tersenyum. Spontan tangannya mengusap kepala adiknya.

"Besar dah adik akak ni."

"Akak jangan nak tukar topik." Aushaf Uwais menjeling. Melissa ketawa kecil.

"Taklah. Akak dah tawar hati dik. Dari awal perkahwinan lagi, macam-macam dah Allah uji akak. Akak dah penat. Abang Afiq tu dah berapa kali akak bagi muka tapi dia still macam tu. Lepas dapat tahu yang Iman tu dah bertunang, barulah nak sedar. Waktu dia sedar tu dah terlambat. Akak dah tawar hati, dik." Melissa mengeluh.

"Lepastu akak nak buat apa? Bercerai dengan abang Afiq?" soal Aushaf Uwais. Melissa mengukirkan senyuman.

"As time goes on, I understand. What lasts, lasts. What doesn't, doesn't. Time solve most things and what time can't solve, you have to let go." Melissa mengeluh. Aushaf Uwais segera menggeleng.

"No, you're wrong kak. What time can't solve, you have to solve yourself. I'm very sure yang akak takkan sanggup lepaskan abang Afiq. You love him so much. You love him more than everything in this world, kan?" Melissa melepas keluhan.

"I don't know. Let time solve everything. Kalau satu hari nanti, akak perlu lepaskan abang Afiq untuk kebaikan akak dan abang Afiq, akak akan mintak abang Afiq lepaskan akak. Takkanlah seumur hidup dia, dia nak spend dengan akak yang dah tawar hati dengan dia?" Kali ini giliran Aushaf Uwais untuk melepaskan keluhan.

Mrs. Lawyer, I love youWhere stories live. Discover now