31

4.2K 129 2
                                    

"Ala rasa sekejap sangat duduk kampung." rengek Melissa.

"Nanti datanglah lagi. Takkan la kamu nak duduk sini terus?" soal Nek Mah. Dari kecik sampai dah tua bangka pun, macam tulah perangai bila nak balik. Susah kemain.

"Apa salahnya. Mel bukannya kerja pun. Duduk rumah je." rengek Melissa lagi.

"Ish kamu ni. Isteri tempatnya disisi suami. Malam nanti, siapa nak teman Afiq tido?" soal Nek Mah sambil ketawa kecil.

"Takpelah nek. Dah orang tak nak tidur sebelah kita. Cari bini baru jelah." kata Afiq sambil ketawa. Melissa hanya menjeling. Amboi! Kalau kahwin lain tu cepat je.

"Dah dah. Lambat dah ni, esok Afiq kerja, kan?" bebel Nek Mah.

Nek Mah sudah menghulurkan tangannya kepada Melissa. Setelah bersalaman, mereka segera beredar balik ke Kuala Lumpur.

***

"Sayang." panggil Afiq.

"Ye abang. Kenapa?" soal Melissa pula sambil tangannya sibuk melipat kain yang berlonggok.

"Em lusa abang kena pergi Ipoh. Abang kena pergi tengok cawangan firma daddy kat sana." terang Afiq.

Berat juga hati mahu meninggalkan Melissa yang sedang sarat mengandung tetapi dia perlu juga pergi disebabkan Dato' Shaharudin tak berapa sihat kebelakangan ini.

"Okay." jawab Melissa. Satu keluhan halus keluar dari mulutnya.

"Sayang. I'm so sorry. Abang kena pergi jugak, papa tak sihat lately ni."

"Balik hari ke?" soal Melissa. Afiq menggeleng.

"Tak. Kena tidur kat sana satu malam sebab esoknya ada meeting dengan clien kat sana." jawab Afiq. Melissa hanya mengangguk. Bagi Melissa disaat-saat sebegini, dia perlukan Afiq disisinya selalu.

"I'm so sorry, sayang. I have to." Afiq mencapai tangan Melissa dan mengucupnya lembut.

"No abang. It's okay." Melissa mengukirkan senyuman.

"Sayang. I'm so sorry." Afiq betul-betul serba salah untuk meninggalkan Melissa.

"It's okay, abang. I'm fine. Mel faham." Melissa mengukirkan senyuman. Dia faham Afiq perlu menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak dan pekerja.

"Thank you sayang. I love you." ucap Afiq.

"Welcome abang. I love you more." Perasaan tidak sedap hati dibuang jauh oleh Melissa.

He'll be fine, Melissa.

***

"Abang pergi dulu. Take care." Afiq mengucup dahi Melissa. Entah mengapa hatinya terasa sesuatu.

"Okay abang. Drive elok-elok." Melissa menghadiahkan senyumannya.

"Sayang. Abang nak minta maaf kalau abang ada tersakitkan hati Mel sengaja atau tak sengaja. Abang nak Mel tahu apa pun yang jadi kat abang, I will love you until I die. You are my best friend, my human diary, and my other half. You are my today and all of my tomorrows. You've a place in my heart no one else could have. I love you and I'm so sorry." Perlahan-lahan Afiq mencapai tangan Melissa dan dikucupnya.

Lama.

"Abang. You'll be fine. Trust me. I love you more. We loved with a love that was more than love." Air matanya mula mengalir. Perlahan-lahan Afiq menyeka air matanya. Dia mengukirkan senyuman.

"Abang pergi dulu. Takut lambat pulak. Sayang daddy, jangan nakal-nakal. Jaga mama." Pesan Afiq sambil mengusap perut Melissa yang semakin membesar.

Melissa hanya mampu berdoa supaya segalanya dipermudahkan oleh yang Maha Pencipta.

***

"Kenapa abang tak call lagi ni?" bebel Melissa sambil mencapai Iphone 6Snya. Nombor telefon bimbit Afiq ditekan. Beberapa saat berlalu, masih tiada tanda-tanda panggilan akan diangkat. Perasaan risau mula menguasai dirinya.

"Okay Mel. Relaks. Abang sibuk so don't disturb him." Melissa letakkan Iphone 6Snya diatas meja semula.

10.00 pagi.

Menunggu.

3:00 petang.

Masih menunggu.

8:00 malam.

Masih tiada panggilan.

11:00 malam.

Masa berlalu. Sudah beratus kali Melissa cuba hubungi Afiq tetapi gagal. Melissa cuba menenangkan dirinya tetapi dia gagal.

"Ya Allah. Mana abang ni?" keluh Melissa.

"Maybe I should rest. He'll be okay. Jom sayang mama kita tidur." Melissa kembali ke katil. Dia merenung bantal disebelahnya.

"I would sleep better if you were here with me, abang. Goodnight."

***

Iphone 6S Melissa berbunyi. Dia terjaga.

"Siapa pulak call malam-malam macam ni?" Jam dinding dikerling sekilas. Jarum jam sudah menunjukkan jam 3:00 pagi. Iphone 6Snya pula dikerling. Mama rupanya.

"Assalamualaikum mama." ucap Melissa.

"Waalaikumsalam Melissa sayang mama." jawab Datin Aryana, ibu kepada Afiq Mikahyl.

"Mama, kenapa suara macam baru lepas nangis ni?" soal Melissa.

"Mel. Afiq terlibat dalam kemalangan. Dia kat Hospital Ipoh sekarang." Melissa terkedu.

Kaku.

"Abang..." rintih Melissa. Air mata mula mengalir. Spontan dia mengusap perutnya. Air mata laju mengalir. Ya Allah, dugaan apakah ini?

"Kejap lagi mama datang. Siap cepat, kita kena pergi Ipoh." ucap Datin Aryana.

"Okay mama." Panggilan segera diletak. Dia cuba mencari nafas. Berita yang baru sahaja diterima benar-benar mengejutkannya.

"Sayang mama. Daddy... Kita sama-sama doakan daddy selamat okay?" Air matanya laju mengalir.

Abang... Stay still. Wait for me.


"Nothing is ever really lost to us as long as we remember it."

Mrs. Lawyer, I love youWhere stories live. Discover now