Special Chapter

11.3K 509 49
                                    

[Scene before diorang abis spm]

"Wei Sarah." Panggil Keyyah dengan tidak bersemangat.

"Whatttt?" Sahut Sarah yang turut tidak bersemangat walhal keadaan di dalam kelas amatlah bising seperti kingkong terlepas kandang.

"Jom ponteng?"

Sarah tersengih.

"Ajum!" Dengan bersemangat Sarah menarik lengan Keyyah dan keluar dari kelas ikut tingkap yang dah ranap dimakan oleh Tipah, rakan sekelas mereka.

"Tak masalahnya, pintu sebelah ni je. Yang nak keluar ikut tingkap pasaipa bro?" soal Keyyah bengang.

"Leklu, adventure ah sikit." Balas Sarah tersengeh.

Mereka berjalan berdua di koridor dengan tenang dan menuju ke kelas Afrina. Lek la, semua cikgu sedang bermesyuarat sebab tu diorang ni berani keluar kelas sesuka hati je.

"Apa salah aku sampai korang heret aku keluar kelas ni?" Soal Afrina dengan blank.

"Fina, waktu belajar dah tamat. Jadi mari kita rehatkan minda di rooftop." Balas Keyyah selamba.

Afrina menggeleng kecil melihat telatah mereka. Dilayankan saja la, lagipun, bukan selalu mereka berpeluang untuk ponteng macam ni.

"Okey Sarah, kau call Tasya, Dee dan Ain. Fina kau tunggu kat rooftop. Aku pulak pergi koperasi, nak beli jajan." Keyyah memberi perintah seolah-olah dia ketua disini.

Dengan pasrah mereka mengangguk dan mula menjalankan tugas.

....

"Eh adik ni budak sesi pagi or petang?" Soal akak koperasi itu apabila Keyyah ingin memesan jajan.

Keyyah menggaru kecil kepalanya lalu membalas,

"Petang, kak. Kenapa ye?"

Takpe Keyyah, ni tipu sunat hahaha. Nasib kau la sebab pendek macam budak form 2.

"Oh tak ada apa. Akak cuma tak bagi budak sesi pagi beli je sebab sekarang belum waktu pulang lagi. Kejap ye akak nak bungkus semu-"

"Tak payah bungkus. Dia sesi pagi." Celah seseorang membuatkan Keyyah tersedak air liur.

"Uhuk! Uhuk!" Keyyah menoleh dan terpaparlah wajah Rizki yang suci murni itu.

"Eh kenapa abang ni? Saya baru form 2 la. Saya ni nampak je tinggi sebab saya suka minum susu masa kecik dulu." Nafi Keyyah lalu dengan segera merampas bungkusan jajan itu dan berlari dari koperasi.

"EH ADIK, MAKANAN TU TAK BAYAR LAGI!"

"ABANG TU DIA KATA NAK BELANJA, KAK. JANGAN RISAU DIA TU KAYA KAK!" Jeritnya dari jauh lalu menghilang dari pandangan Rizki.

Rizki ternganga.

"Okey, semuanya RM20 dik."

Sekali lagi Rizki ternganga.

"Beli apa je perempuan tu! Menyesal aku tegur."

Dengan setengah rela, Rizki menyerahkan dua keping wang RM10 kepada akak koperasi itu.

"Heh siap la kau!" Geram Rizki sambil memandang atas atau lebih tepat lagi rooftop.

....

"Bapak banyak kau beli!" Ujar Tasya dengan penuh teruja.

"Well." Keyyah hanya menayangkan wajahnya yang riak tanpa memberi tahu hal sebenar.

"By the way, korang nak masuk apa-apa acara ke untuk hari sukan minggu depan?" Soal Dee sebelum mengigit kepingan KitKatnya.

"Emm aku nak masuk lontar peluru ah." Balas Ain dengan teruja.

"Wuuu akak sado!" Celah Sarah sambil ketawa kecil.

"Aku malas ah nak masuk apa-apa acara. Maybe aku join perbarisan rumah sukan je kot." Balas Sarah dan diangguki oleh Keyyah.

Well, dimana ada Sarah disitu ada Rif— eh Keyyah.

Meow meow oh bingo~

Telefon Sarah berdering menandakan seseorang menghubunginya.

Rifki is calling....

" Yeoboseyo?" Ujarnya sambil tersengih. Dia tahu pasti Rifki tidak memahaminya.

"Tak payah nak bersayur-sayur dengan aku. Kau turun sekarang."

Sarah mencebik.

"Ish aku nak makan la." Geram Sarah sambil menggigit-gigit keropoknya dengan kuat.

"Kalau tak, aku bagitau pengetua yang kau pecahkan pasu dia."

Okey kalau korang ingat ada satu scene ni yang Sarah pecahkan pasu pengetua and Rifki yang terpaksa mengaku. So, yang Rifki ungkit ni bukan scene tu ya. Maklum la Sarah ni memang gemar memecahkan pasu pengetua hohoho.

"Ish hang ni!" Tengkingnya lalu menutup panggilannya.

"Guys aku pergi dulu. Pape roger." Kata Sarah dengan tak puas hati tapi tak dilupakan beberapa jajan yang turut dibawanya.

"Eh, bapak banyak dia bawak jajan aku tu!" Soal Keyyah pelik sebaik sahaja Sarah sudah turun dari rooftop.

"Yeyeje jajan kau." Celah Dee jengah sambil menunjukkan mesejnya dengan Arfan.

Keyyah tersengih kecil. Hampeh betul Rizki. Boleh pulak dia cerita kat kawan-kawan dia!

"Petang ni ada perjumpaan rumah sukan, so jangan lupa ye." Pesan Tasya kepada mereka semua.

Ceh, kalau bab sukan laju je, kalau belajar.....haghammm.

Buat pengetahuan semua mereka ni mempunyai rumah sukan yang sama. Maklumlah tak mahu berpisah katakan sampai sanggup merayu melutut menangih depan pk koko untuk bersama-sama dalam rumah sukan dan akhirnya diorang dapat rumah sukan Sky Blue iaitu rumah sukan yang selalu dapat tempat terakhir setiap tahun.

...

"Ada apa kau nak jumpa aku ni?" Soal Sarah dengan gaya gangsternya.

Rifki tersengih.

"Leklu. Aku just nak tanya kau dan kawan-kawan nak join tak perbarisan rumah sukan Sky Blue nanti?"

Sarah ternganga sambil tangannya memaut bungkusan-bungkusan jajan yang dibawanya tadi.

"Ish, aku ingat ada apa-apa yang penting la tadi. Hah, kau masukkan jela nama kitorang semua dalam list." Balasnya kegeraman sehingga melupakan keinginan Ain yang ingin memasuki acara lontar peluru dan bukannya perbarisan.

Selepas menulis nama mereka, mereka pon date hahaggaga guro.

Akhirnya mereka ditangkap basah oleh pengetua sebab ponteng kelas. Actually Sarah sorang je ponteng tapi pengetua tak mahu mendengar alasan Rifki yang hanya ingin mencari ahli perbarisan memandangkan cikgu tak masuk kelas tadi dan lastly diorang disuruh untuk mengutip sampah di seluruh kawasan sekolah.

"Bahenol betul pengetua. Dah la kena kutip sampah seluruh kawasan sekolah. Ingat aku rajin sangat?" Makinya sendirian dan nasib baik dia merendahkan suara sewaktu mengatakan bahenol itu di hadapan Rifki.

Maunya kena ceramah pulak dengan Rifki.

"Eh Syakir, adik kau kena denda!"

Entah secara tiba-tiba abangnya, Syakir dan Rafael muncul.

"Oooo ponteng kelas lagi eh? Bagitau ibu HAHAHA!"

Sarah mencebik sambil memandang mereka berdua yang mahu beredar itu.

"Ish ni kau punya pasal!" Jerit Sarah.

Rifki memandang Sarah dengan blur.

"Apa salah aku?" soalnya blank.

Ish baik aku cakap dwngan dinding lagi bagus. Lembab betul lelaki ni!

...

Haihaihai sorry aye boshan and rindu story ni so aye wat special chapter hohoho.

Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔Where stories live. Discover now