Apa Dosa Rifki?

14.4K 970 97
                                    

"Hah? Kenapa kau tanya aku macam tu?" Soal Keyyah dengan sedikit geram.

"Jo cakap korang pernah 'bersama' time korang couple dulu." Balas Rizki dengan sedikit keraguan.

Keyyah memutarkan matanya dan menunjukkan yang dia menyampah dan bengang.

"Stop your car."

"Hah?"

"Just stop your car, please." Balas Keyyah sambil menutup mata dengan geram.

Rizki memberhentikan keretanya di tepi jalan yang agak sunyi.

"Untuk apa?"

"Aku tau aku ni teruk. Liar. Jahat. Tapi, aku masih tau cara untuk jaga maruah diri aku. Aku tak akan senang-senang serahkan harga diri aku kepada orang lain sesuka hati apalagi kepada setan boy tu. Bye."

Terus Keyyah keluar dari kereta lalu menghempam(?) pintu kereta dengan kuat. Rizki terkejut melihat reaksi Keyyah. Dengan segera dia pun turut keluar dari kereta mengejar Keyyah.

*berlari berkejaran~ seindah bunga di taman~*

"Keyyah kau nak pergi mana?!" Soal Rizki.

Keyyah memutarkan badannya menghadap belakang.

"Don't follow me." Luah Keyyah yang ingin bersendirian.

Keyyah mengeluarkan iphonenya lalu dia call seseorang.

"Hello?"

"Ya?"

"Ambik aku weiyh." Balas Keyyah.

Sarah mengerutkan dahinya.

"Hah? Kau kat mana?"

"Aku....." Keyyah memandang sekeliling namun tiada satu pun signboard yang menandakan dimanakah dia berada sekarang ni.

"Aaa nanti aku send location tau."

"Oh, okok."

Tuttt..

Rizki yang mendengar perbualan Keyyah turut berasa pelik.

"Laa kenapa nak call Sarah? Aku kan ada."

"Aku. Taknak. Balik. Dengan. Kau. Tak paham bahasa ke?" Soal Keyyah dengan matanya yang berair. Tunggu masa je nak jatuh tu.

Rizki terkaku terkelu melihat perubahan Keyyah yang mendadak. Perasaan bersalah membuak dalam dirinya kerana menanya soalan sensitif bagi Keyyah. Niatnya hanya ingin tahu tapi dia tak sedar yang dia telah menyakitkan hati seorang gadis yang disayanginya.

"Im sorry Keyyah. Aku... tak bermaksud menyinggung perasaan kau."

"Hah! Senang-senang kau nak mintak maaf camtu je kan. Pape je la. Dah! Jangan ikut aku!" Keyyah berjalan ke hadapan dengan cepat.

Rizki turut mengikutinya dari belakang dengan perlahan. Gila ke nak tinggalkan gadis kesayangan.

[Smirk]

"Kenapa nak ikut aku?" Soal Keyyah menyampah melihat Rizki masih mengikutinya.

"Habis tu nak tinggal sensorang kat sini? Dah la sunyi. Datang penculik kang."

"Heh. Nak jadi hero la ni?" Soal Keyyah sinis.

Rizki menggangguk.

"Aku akan jadi hero kau sampai bila-bila. Aku tak akan biarkan setan boy tu sakitkan hati kau lagi."

"Hah???" Keyyah memandang Rizki dengan aneh.

....

Kring kring

Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔Where stories live. Discover now