Pergi

11.3K 636 82
                                    

Beberapa bulan kemudian...

"Okey masa untuk menjawab telah tamat. Sila berhenti menulis dan saya akan kutip kertas jawapan anda sekarang." Ujar pengawas peperiksaan itu setelah beberapa jam menunggu.

Kedengaran keluhan lega daripada para pelajar setelah selesai berhempas pulas menjawab last paper.

Untuk SPM.

"WEI MERDEKA WEI HAHAHAH!!" Jerit Tasya dengan teruja kepada Dee dan Ain.

"Betul wei! Omg! Aku tak sangka kita dah habis sekolah!" Sambung Dee pula.

"So, sebelum result keluar, korang nak buat apa?" Soal Dee.

Tasya dan Ain tersengih.

"Tak berapa pasti lagi tapi papa aku suruh aku ikut ibu aku balik Korea bersama."

"Bapak best! Woi nak ikut!" Rengek Dee.

"Ha jom la." Ajak Tasya dengan teruja.

Pasti papanya bagi!

"Emm korang nak tinggalkan kitorang ke?" Soal Sarah dengan sayunya melihat kegembiraan mereka bertiga.

Tasya, Dee dan Ain tersentak. Eh baru teringat dengan kehadiran Afrina, Keyyah dan Sarah.

"Eh? Mana ada la. Of course la dengan korang sekali!" Pujuk Dee.

Keyyah mencebik.

"Ala korang mesti duduk sana sampai result keluar. Time tu kitorang still sekolah. Ish kenapa la aku tak form 5 sekali -_-." Bengang Keyyah.

Sarah menepuk-nepuk belakang Keyyah kononnya ingin menenangkan hati Keyyah yang bergelora itu.

"Sabar sabar. Kita senasib."

"Ha tak payah nak buat drama sangat. Ala biarlah diorang bercuti setelah beberapa bulan dan bersusah payah. Bukan lama pon nanti jumpa la balik. Yang pasti, korang jangan cari bff baru k! And! Jangan lupa ole-ole untuk kitorang!" Ujar Afrina dengan matangnya.

Mereka bertiga mengangguk faham.

"Baik bos!"

...

"Dee nak pergi Korea, ayah?" Soal Nufail dengan tak percaya kepada ayahnya.

Tuan Nizam mengangguk.

"Aah harini dia bertolaknya. Aik kamu takkan tak tau? Ain tak bagitau?" Soal Tuan Nizam dengan pelik.

Nufail ternganga.

"Dia ada bagitau tapi taktau pulak harini and dia tak cakap pon Dee ikut sekali. So Ain, Dee and Tasya akan bertolak harini?"

Tuan Nizam mengangguk lagi.

"Oh my god!" Dengan segera Nufail mengambil iphonenya lalu keluar daripada rumah.

Tuan Nizam tersenyum kecil melihat gelagat anaknya. Macam-macam remaja zaman sekarang ni.

Baik dia pergi date dengan Puan Dana!

..

"Wei wei Danish! Gawat!"

Danish yang masih mamai hanya mendengar dengan leka.

"Gawat pe?"

"Aduh kau baru bangun ke? Ni ha Tasya, Dee dan Ain akan pergi ke Korea harini! Kau belum cakap dengan Tasya lagi kan! Hah baik cepat sebelum terlambat."

Membutang bola mata Danish mendengarnya. Hilang terus ngantuknya sampai ternganga dibuatnya.

"Apasal tak cakap awal-awal! Aduh, mati aku kalau Tasya jumpa mamat korea yang lagi hebat dari aku macam ni! Dah kau pick up aku cepat! Tak ada masa ni!"

Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔Where stories live. Discover now