SMWNG

11.8K 704 59
                                    

SMWNG (Sweet Moment With Naughty Girl)

Dee memandang satu persatu kawan-kawannya dengan senyuman senget di wajahnya.

"So????" Senyuman sinis pula diukirnya.

"Emm u guys nak bila?" Sambut Keyyah pulak sama seperti Dee tadi.

Afrina mengangkat bahunya dengan muka yang sukar dapat ditafsirkan.

Tasya perasan dengan riaknya.

"Fina okey?"

Afrina memberi senyuman yang nipis menandakan dia okey.

"Jangan cakap kau dah tersuka Izariel. Suka tak suka, game tetap dijalanlan." Pesan Keyyah dengan tegas.

Afrina mengangguk kecil.

'Aku takut...'

...

"Serius nak bagitau harini?" Soal Dee memandang kawan2nya yang sudah berada dalam kelas.

Yang lain mengangguk. Apa nak jadi, jadi la. Game ni patut dihentikan.

Tiba-tiba perasaan gentar timbul di dalam hati mereka. Yala nak mengaku buat kesalahan, sape tak takut.

Brakkk.

Semua terpandang pintu yang dibuka. Kelihatan abang-abang pengawas mula memasuki kelas sebaik sahaja perjumpaan pengawas tamat sebentar tadi.

Mereka saling berpandangan.

"Err permainan mata ke ni?" Soal Nufail aneh.

Tersentak gadis-gadis itu lalu cepat-cepat mereka menggeleng.

"Korang okey?" Soal Rifki lalu memandang Sarah sebaik sahaja tiba-tiba terbau sesuatu yang aneh di kalangan mereka.

Sarah terdiam. Walaupun dia sudah tidak bermain dalam game ni, dia masih bersalah dengan Rifki kerana pernah bagi fakehope kepadanya. Kalau Rifki.... atau orang lain tau macam mana?

"Err sebenarnya....kami ada something...nak cakap." Dee mula buka mulut.

Yang lain memandangnya terkejut. Woi Dee takkan nak cakap sekarang?!

Bapak berani perempuan ni haaa.

"Apa dia?" Soal Affan balik.

"Sebenarnya...."

Ding dong deng!

"Kepada semua pelajar tingkatan 4 dan 5, diarah untuk berkumpul di dewan. Sila bawa alat tulis anda sekali. Sekian terima kasih."

Deng dong ding.....

Terkejut Dee dan yang bila mendengar speaker sekolah tiba-tiba terbunyi. Tak, masalahnya speaker tu betul-betul dekat dengan kelas mereka. Sape yang tak terkejut kan?

'Nasib nenek aku tak ada kat sini haa.' Keyyah mengucap syukur. Kah!

"Ok sambung?" Soal Izariel ingin tahu.

Dee terus menggelengkan kepala sambil tersenyum kecil.

"Err nantilah. Nak pergi dewan kan." Masing-masing mula mengemas alat tulis lalu bersedia untuk pergi ke dewan.

"Ada apa tiba-tiba kena berkumpul ni weih?" Soal Sarah ketika dalam perjalanan ke dewan.

Dalam perjalanan, semua memberi laluan kepada naughty girls dengan hormatnya. Ceh, macam perdana menteri fulakkk.

"Kak longs!" Seru salah seorang mereka.

Choii tetiba panggil kak long pehal. Bukannya kitorang gangster or mafia pon. Fikir Dee dalam hati.

Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔Where stories live. Discover now