Asal Kau Bahagia

11.2K 636 56
                                    

Tasya dan Dee hanya menggelengkan kepala melihat Ain yang tersengih-sengih dalam kereta.

"Woi dah dah la sengih sengih macam kerang busuk tu. Menyampah pulak aku." Bengang Tasya.

Ain kembali tersengih.

"Biar je la si Ain tu. Orang dah bahagia kan?" Sindir Dee pula.

"Tu la. Tasya! Kalau kau tak ajak aku dengan Dee pergi rumah Nufail tadi, mesti tak jadi macam ni. Fuh, lega hati ni." Ucap Ain sambil memegang dadanya.

Lega~

Tasya mengangguk seraya tersenyum tipis.

Baguslah masalah kawan dia dah selesai.

Tiba-tiba dia teringatkan Danish. Setakat ni, semua pengawas kecuali Danish sudah memberikan reaksi positif kepada rakan-rakannya. Tapi, kenapa Danish tak?

Benci betul lelaki itu kepadanya ya?

...

"Asya dah balik." Ujarnya lalu melemparkan dirinya diatas sofa bersebelahan dengan Adham yang sedang melayan drama.

Adham memandang Tasya disebelahnya dengan pelik.

"Aik? Monyok je. Ada prob ke?" Soal Adham pelik.

Tasya menggeleng kecil.

"Asya okey. Happy sebab tengok kawan dah bahagia." Balasnya tak bersemangat lalu mengambil keropok ditangan Adham.

Adham mengerutkan dahinya.

"Happy tadi kenapa abang tengok macam tak ada feel pon?" Soalnya lagi.

Tasya mencebik. Hilang mood dia untuk bercakap. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu.

"Err abang?"

"Hmm?"

"Kalau gf aban-"

"Abang tak ada gf." Potong Adham selamba.

Tasya mendengus.

"Ish kan Asya cakap "kalau" je. Ha jangan la potong cakap Asya. Malas la nak cakap." Geram Tasya.

Adham tersengih lalu mencuit pipi Tasya.

"Alolo adik abang ni. Ha cakap la. Abang gurau je tadi."

Tasya mencebik.

"Haih. Camni. Kalau abang ada gf kan, pastu dia sebenarnya just pergunakan abang sahaja. Sayang dia just fake semata-mata. Apa abang rasa?"

Adham memandang Tasya lama sebelum menjawab

"Sakit hati la." Balasnya tanpa teragak-agak.

"Lepastu en abang terus tak layan dia. Tapi, macam mana kalau girl tu sebenarnya dia pun sukakan abang dan dia menyesal akan perbuatannya. Abang sudi maafkan dia tak?" Soal Tasya ingin tahu.

Adham mengaru-garu dagunya sambil berfikir.

"Em em abang perlukan masa untuk maafkan dia." Balasnya.

"Tapi abang still akan maafkan dia?"

"Bergantung. Haih entah la Asya, abang tak pernah hadapi semua ni pulak. Kenapa? Asya kena game ke?"

Tasya menggeleng.

"Ke Asya telah mainkam perasaan seseorang?" Tekanya lagi.

Tasya tidak membalas.

Adham mengeluh.

"Asya, setiap orang ada perasaan tau. Sebenci mana Asya kat orang tu, dia tetap manusia biasa. Sebab tu kita tidak digalakkan berdendam dengan seseorang."

Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔Where stories live. Discover now