Rumah Kita?

10.9K 638 33
                                    

"Hah, apa citer dengan keluarga kau?" Soal Keyyah kepada Tasya sambil menguyah keropok di tempat mereka lepak.

Tasya membalasnya dengan anggukan teruja sambil tersenyum memandang ahli yang lain juga.

"Better. Aku dah berbaik dengan ibu dan abang Adham so.... happy ending~" Balas Tasya tersengih.

Ahli yang lain tersenyum lega. Bersyukur apabila Tasya sudi membuka hatinya untuk ibu tirinya.

"Tapi... apa yang membuatkan kau terima ibu kau?" Soal Sarah ingin tahu.

Tasya tersenyum sendiri.

"Sejak kejadian haritu, aku makin rapat dengan ibu. Dan... haih susah nak cerita tapi serius, ibu bukan seperti yang aku pikirkan selama ini. Rugi betul aku." Cebik Tasya.

Ain menggeleng kecil.

"Tak apa la. Benda yang lepas kita biarkan ya. Kita bina hidup baru okey?" Pujuk Ain.

Tasya mengangguk mengiyakannya.

Tok! Tok!

Seseorang mengetuk pintu bilik persembunyian mereka membuatkan mereka terdiam. Gentar la jugak. Mana la tau yang datang itu ialah cikgu disiplin ke?

"Senior Ain ada?" Muncul satu kepala sambil memandang mereka semua.

Nasib tak terkejut mereka semua. Ain pelik mendengar seorang junior mereka memanggilnya.

"Ya, ada apa?" Soalnya.

"Err... cikgu Nisa nak jumpa senior Ain." Balasnya juga memanggilnya sebagai Senior Ain. Tak lama kemudian, junior itu menghilangkan diri.

Ain mula meminta diri.

"Tetiba je kakak dia nak jumpa?" Soal Keyyah sendirian.

Sarah hanya mengangkat bahunya tidak tahu.

Tiba-tiba Sarah mengerutkan mukanya sambil memegang perutnya.

"Aduh! Aduh! Sakit perut ah! Weh Keyyah jom teman aku pergi toilet!" Pinta Sarah sambil memegang perutnya yang memulas.

"Ish tu la kau main makan je gerai kat seberang tu. Aku dah cakap gerai tu kotor!" Sempat lagi Keyyah bebel.

"Ish gerai tu sedap la. Dah teman je la." Sarah terus menarik tangan Keyyah menuju ke tandas.

Tasya, Dee dan Fina hanya menggelengkan kepala melihat gelagat mereka yang kekanakan itu. Bila la nak membesar haih. AHHAA.

"Wei, tunggu tau." Pesan Sarah kepada Keyyah yang menunggunya di dihadapan cermin.

Keyyah rolling eyes.

"Yela aku tunggu ni. Takkan aku nak tunggu kau dalam jamban sekali kot." Sindir Keyyah.

Sarah tersengih lalu sambil menahan keperitan dia memasuki pintu bilik air.

"Wei lama lagi ke?"  Soal Keyyah apabila sudah 15 minit dia menunggu tapi Sarah masih tidak bersuara.

"Err ha? Err kejap." Balas Sarah.

"Cepat la sikit. Rehat nak habis ni."

"Hah dah dah." Sarah terus keluar dari bilik air dengan berpeluh.

Pelik Keyyah dibuatnya.

"Jadah kau ni keluar berpeluh-peluh."

"Ala sukati la lamak." Terus sahaja Sarah meninggalkannya keseorangan.

"Eh aku punya lama teman dia. Suka mak bapak dia je tinggal aku." Marah Keyyah lalu beransur meninggalkan tandas itu.

"Eh? Mana Sarah ni? Pelik betul la dia ni." Matanya sudah berliar-liar kesana-sini mencari kelibat Sarah.

Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔Where stories live. Discover now