Terkejut Monyet

10.6K 691 44
                                    

"So, harini aku ambil kau ke tak?" Soal Dee kepada Fina dalam telefon.

"Nope. Harini aku bawa kereta aku sendiri. Tapi, tunggu aku kat parking tau." Ujar Fina dengan sedikit keyakinan.

Dee tersenyum bangga.

"Ha demi kau kitorang sanggup!"

Puih!  Agagaga

Fina tersengih sambil membetulkan kolar bajunya.

"Ok chaw aku nak sarapan dulu."

"Ok bye."

Fina memasukkan iphonenya kedalam beg sekolahnya lalu menggalasnya di belakang. Sempat dia terserempak dengan abangnya sebaik sahaja dia tiba di ruang makan.

"Morning." Sapa abangnya sambil mengunyah roti.

Konon diet la katakan.

"Morning to bro." Balas Fina sambil mengambil sekeping roti bersama jem strawberi.

"Nak pergi sekolah dah?" Soal abangnya dungu.

Fina menjeling.

"Of course la. Takkan nak pergi office lak." Sindirnya sambil menunjukkan seragam sekolahnya.

Haih abang dia ni. Sehari tak soal soalan yang kurang pandai memang tak sah!

Fina melihat jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 6.50 pagi!  Pukul 7.15 kompem pagar dah tutup. Dia perlu cepat!

"Eh kenapa tergesa-gesa ni." Soal Iqri pelik apabila melihat Fina yang menyumbat rotinya kedalam mulut.

Fina tersengih.

"Dah lambat. I got to go now!" Sahutnya lalu mengambil kunci kereta miliknya.

"Sis, nak abang hantar kan ke?" Tawar Iqri.

Fina menggeleng.

"No need! Bye bro!" Ucapnya lalu masuk ke dalam perut kereta.

Iqri menggeleng kecil melihat kerenah Fina. Dia tahu apa sebenarnya yang berlaku. Dia membukan skrin iphonenya lalu buka aplikasi Whatsapp.

Dia dah gerak ke sekolah.

Send!

..

Izariel melihat pesanan yang diterima oleh bakal abang iparnya.

Opps!

Dia tersenyum sinis. Walaupun dalam hati masih sakit kerana perbuatan gadis nakal itu, tapi dia tetap menyayangi gadis itu. Dia tidak membenci Fina, cuma dia hanya ingin menguji tahap kesetiaan gadis itu sahaja.

Yeah, we'll see.

Izariel merenung kereta Fina yang baru sahaja memasuki perkarangan sekolah dari atas bangunan kelasnya. Kelihatan ramai pelajar yang berkumpul di situ kerana disangka pelajar baru yang membawa kereta itu.

Ferrari kottt!

"Apasal keyakinan tetiba hilang pulak ni :3 " Ujar Fina di dalam kereta sambil melihat ramai pelajar dihadapannya.

Matanya meliar-liar mencari kawan-kawannya yang sudah berjanji untuk menemaninya.

"KETEPI! KETEPI! BERI LALUAN! ANAK RAJA NAK LALU!" Tiba-tiba kedengaran Sarah yang menjerit bersama Keyyah.

Dee, Tasya dan Ain hanya tersengih.

Alya mendecih.

"Anak raja? Serius la anak raja?" Soalnya sedikit memerli.

Sarah memandang Alya dengan sinis.

"Not me. But, pelajar yang dalam tu. Woi, keluar la dey!" Jerit Sarah lagi.

Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔Where stories live. Discover now