Danish sesat dan Danish bijak

11.6K 710 43
                                    

"Oi bangun!" Danish menepuk-nepuk pipi Tasya dengan perlahan.

Kasihan juga melihat keadaan Tasya yang keseorangan tidur itu tetapi dia perlu membangunkan gadis itu juga. Nak angkat, tak manis pula. Time ni jugak la ahli lain tiba-tiba menghilang. Lastly, dia pon ikut tersesat. HOHOHO. Dramatik sungguh. Tetapi nak buat macam mana bukan? Semuanya sudah ditakdirkan di tangan si author kahkah.

Mujurlah jalan punya jalan, terjumpa si punca pencariannya, Tasya. Tiadalah dia terasa keseorangan nanti. Ceh, takut ke bang?

Tasya menggerakkan badannya perlahan apabila tidurnya diganggu. Dia menenyeh-nenyeh mata untuk menghilangkan mengantuk. Perbuatannya terhenti apabila terlihat satu jasad yang bernyawa berada di hadapannya. Dia ternganga, terkaku, terbatu, terdiam dan semua ter la kiranya apabila melihat jasad tersebut.

"DANISH!" Jeritnya tetapi mulutnya sempat ditekup oleh Danish.

"Awak! Diam la. Kita kat hutan ni. Karang keluar benda lain, jangan nak terkejut haa." Bebel Danish kegeraman.

Tasya tersengih kecil.

"Hehehe sorry awak. Sa-saya terkejut je ha. Saya pikir saya tak akan jumpa awak dan yang lain-lain dah ni." Balas Tasya dengan matanya yang kembali bergenang. Sebak pulak.

Danish kelam kabut melihat kekasih hatinya yang kesedihan. Nak peluk, karang datang pulak pihak pencegah maksiat tak pepasal kahwin free. Choooo, datang dari mana pon pihak pencegah maksiat woi?!

"Eh jangan nangis. Saya ada ni. Jangan la takut dah ya?" Pujuk Danish dengan sedaya upaya.

Tasya mengangguk kecil lalu mengelap air matanya yang berjuraian. Dia memandang sekeliling dengan pelik.

"Aik? Awak sorang je? Mana yang lain? Awak cari saya berseorangan ke macam mana?" Soal Tasya.

Danish tersengih sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal apabila mendapat soalan bonus daripada Tasya.

"Sebenarnya.....saya cari dengan yang lain tadi. Tapi tiba-tiba saya pulak yang terpecah daripada mereka sehingga....."

"JANGAN cakap awak pon sesat?!!!!" Potong Tasya dengan sedikit menjerit tetapi sempat direndahkannya apabila menyedari situasi mereka sekarang.

"Heheheheheheheh..."

...

"Aduh aku risau la. Macam mana kalau...."

"Eh jangan memacam. Think positive la." Dee memotong kata-kata Sarah itu dengan sedikit marah.

Sebenarnya dia takut juga apa yang dikatakan Sarah tadi benar.

"Em sorry. Aku risau je." Ujar Sarah dengan sebersalah.

"Sokay. Aku tak marah kau. Aku....haih entah la."

Tak lama kemudian, ahli yang ditugaskan mencari Tasya tiba dengan riak wajah yang kerut. Afrina yang melihatnya merasa pelik kerana merasakan kekurangan.

"Ariel, macam mana? Jap, kenapa aku rasa macam something?" Soalnya keanehan kepada Izariel yang sedang meneguk air mineral.

"Tasya still tak dapat jumpa. Ditambah lagi sorang. Danish pulak. Haih." Keluh Izariel sambil memulas botol mineral yang sudah kosong itu dengan kegeraman.

Terkejut Afrina dibuatnya selepas mendengarnya. Satu per satu masalah timbul.

"Allahuakbar. Jadi, sekarang apa nak buat?" Soal Afrina kerisauan.

Haih, mana la Tasya dan Danish ni? Jam juga sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Tak lama lagi subuh la tu.

"Kena tunggu pihak berkuasa datang la. Baru je tadi cikgu call diorang." Balas Izariel.

Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔Where stories live. Discover now