Terbongkar

10.7K 679 60
                                    

"Patut ke kita bagitau hal sebenar kepada pengawas tu semua tentang plan kita?" Soal Dee kepada rakan-rakannya di luar wad.

Dua hari selepas kemalangan itu, Keyyah ditemui di semak berhampiran tempat kejadian. Manakala Joe pula mati ditempat kejadian kerana kegagalan jantungnya berfungsi.

Mereka semua terdiam.

"Sekarang?" Soal Sarah ingin kepastian.

Dee mengangguk.

"Err kita tunggu Keyyah pulih ya?" Celah Fina pula.

Sekali lagi Dee mengangguk pasrah.

"Okey. Masuk sahaja Keyyah ke sekolah, kita bagitau hal sebenar kepada mereka. Aku dah tak sanggup menipu Affan dan mempermainkan perasaan mereka. Lagipun, SPM nak dekat dah ni."

Yang lain mengangguk faham. Satu lagi, mereka takut jika perasaan sayang terhadap abang-abang pengawas itu semakin menebal dan susah untuk dihapuskan.

Seminggu kemudian.

"Yakin ni?" Soal Sarah inginkan kepastian.

Yang lain mengangguk kecil. Nak tak nak, permainan harus dihentikan kerana masing-masing sudah berjaya melaksanakan tugasnya.

Krekkk

Ain membuka pintu bilik kelas. Lalu mereka berdiri di hadapan kelas atau di hadapan abang-abang pengawas.

"Se-sebenarnya...kami ada suatu pe-perkara nak bagitau." Ujar Dee dengan tergetar-getar.

Lamak, time ni jugak pulak nak takut.

"Huh, apa? Aku tak ada masa ni" Soal Affan tiba-tiba dengan agak kasar.

Terkejut Dee dan yang lain dibuatnya. Tak pernah-pernah Affan berkata-kata dengan kasar.

"Ka-kami sebenarnya mahu menghentikan ga-game yang kami main selama ni. Iaitu memberi fake--"

"Memberi fakehope kepada abang-abang pengawas iaitu kami demi membalas dendam?" Potong Izariel lalu memandang Fina dengan tajam.

Gadis-gadis itu tercengang kerana terkejut. Tak sangka mereka sudah tahu rancangan ini.

"Ma-macam mana ko-korang tau?" Soal Sarah lalu memandang Rifki dalam.

Rizki pulak tersenyum sinis terhadap Keyyah. Muncul perasaan bersalah dalam hatinya.

"Sanggup kan korang? Korang fikir hati dan perasaan kami ni apa? Sekeping kertas yang boleh dikoyak sesuka hati?" Soal Rifki.

Dee dan yang lain terdiam. Tak sanggup melihat wajah garang daripada pengawas-pengawas itu. Dee cuba mengangkat kepalanya untuk melihat abangnya, Nufail.

Ternyata, dia sedang melihat Dee dengan tajam.

"Abang rindukan Dee yang dulu. Yang adorable. Bukan sekarang. Tak ada hati dan perasaan!"

Dee sudah ketakutan.

"A-abang ma-maafkan Dee..."

Nufail mendengus.

"Bukan senang itu untuk maafkan kesalahan Dee dan yang lain." Sambungnya lalu beredar dari situ diikuti dengan pengawas yang lain.

Gadis-gadis nakal itu masih berdiri statik di hadapan kelas dengan diam. Memikirkan apa yang akan terjadi selepas ini.

"Ma-macam mana diorang tau game ni?" Soal Sarah tiba-tiba.

Yang lain terfikir.

"Aku rasa ada orang spy kita. Hm, padahal aku dah betul-betul menyesal ni." Ujar Tasya dengan sedih.

Sebenarnya, tak sanggup dia melihat wajah Danish tadi. Kusam sahaja apabila mengetahui hal sebenar tadi.

"So, macam mana nak dapatkan kemaafan daripada mereka semula?" Soal Keyyah.

"Huh aku pon tak tahu. Kalau ibu tahu ni, mesti dia marah besar kat aku....." Ujar Dee.

Hah, baru nak menyesal ya?

"Tak apa la, kita pikir lepas ni. Kelas dah nak mula ni." Cadang Fina lalu masing-masing kembali ke tempat duduk.

"Diminta pelajar-pelajar dari kelas Dahlia(kelas ngvap) untuk hadir ke bilik cikgu Alif bersama dengan beg masing-masing. Terima kasih." 

Yang lain pelik. Ada apa sehingga kena bawak beg bagai ni?

...

"Cikgu nak kamu semua untuk masuk ke kelas asal semula. Rancangan gabung dan asing kelas ini nampaknya tidak berjaya." Ujar cikgu Alif.

Terpana gadis-gadis itu.

"Aik? Serius la cikgu?" Soal Keyyah tak percaya.

"Ada nampak cikgu buat lawak?"

Keyyah tersengih.

"Cikgu tanak kamu sengih."

Keyyah berhenti menyengih.

"Jadi, selamat belajar seperti biasa!" Ujar cikgu Alif.

"Habistu, Rifki and the gang?"

"Mereka turut belajar di kelas biasa. Mereka juga tidak akan menjaga kalian dah. Tugas mereka sudah tamat."

Sekali lagi berita yang disampaikan oleh cikgu Alif sungguh mengejutkan mereka.

"Jinjja?! Cikgu kata sampai habis SPM!" Bangkang Ain.

Cikgu Alif menggeleng.

"Maaf. Pagi tadi, mereka datang sini dan menyatakan mereka mengalah. Huh, nampaknya kalian semua memang susah untuk dihandle kan." Sinis cikgu Alif.

Yanh lain terdiam. Kalau bukan kerana game tu, pasti semua ini tidak akan terjadi.

"Kamu semua patutnya hargai semua pengorbanan yang kami lakukan. Tak semua orang sanggup lakukannya. Tapi, kamu sendiri yang sia-siakkannya. So, terima je la. Dah, saya ada kelas lepas ni. Kamu semua boleh masuk ke kelas." Halau cikgu Alif dengan lembut.

Yang lain terdiam seketika menghadam apa yang disampaikan oleh cikgu Alif tadi.

Maaf, abang pengawas.💔

......

Huhyhy maaf lambat update. Moah moah.

Btw vote sila comment mareyh😂💚

Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔Where stories live. Discover now