Bab 21 | Aku Bukan Perawan

4.3K 32 3
                                    

Setelah beredar dari butik pakaian itu ,mereka beralih ke butik lain pula. Dan berharap agar perkara tersebut tidak akan berulang lagi.

Mereka masuk ke dalam butik pakaian mewah lain pula. Amira tergamam sebentar. Dia tidak menyangka bahawa disini lagi banyak pakaian yang cantik-cantik berbanding butik tadi.

Keadaan dibutik itu tidak seperti tadi, kali ini Hairul Amsyar turut mengekori dibelakang Amira. Dia sendiri yang akan mengangkut semua baju-baju yang bakal Amira pilih nanti. Dan kalau tak cukup tangan pun, dia sendiri yang akan panggil promoter untuk membantunya. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Lama-lama rosak imejnya nanti.

*As Amira Auni*

Auchhh .. So sweet dia follow belakang aku. Please jangan layan aku macam ni. Lama-lama aku boleh jatuh cinta nanti dekat kau.

*As Hairul Amsyar*

Ya Allah cantiknya Amira ni. Comelnya dia senyum. Lama-lama aku tengok kau, buat aku semakin cair. Indahnya ciptaan Allah.

"Abang Am.. Nak pilih baju yang macam mana ye.? Colour apa yang sesuai dengan Mira?" Amira bertanya. Tetapi Hairul Amsyar masih kaku dan diam.

"Abang Am..!!" Amira memanggil lagi dengan nada geram dan manja. Kemudian Amira menyiku Hairul Amsyar pabila dia menyedari Hairul Amsyar masih lagi tidak menyahut panggilannya. Dia pasti ada sesuatu yang difikirkan oleh lelaki itu. Yang pastinya dia tidak tahu apakah itu.

"Hahh?? Ermm apa Mira?" Tanyanya blur.

"Tengok tu dia tak dengar orang tanya. Mira tanya colour apa yang sesuai dengan Mira?" -Amira

"Ouh.. Abang rasa warna biru turqoise macam sesuai je dengan Mira.." Hairul Amsyar mempamer senyuman manisnya.

"Abang nak Mira cari satu baju or dress and try dalam fitting room tu dulu. And then lepastu baju tu tak perlu salin semula dah. Abang nak Mira terus pakai baju tu. Sebab lepasni banyak lagi tempat yang kita nak pergi and teroka. Kita tak boleh lama-lama dekat sini tau.."Ujar Hairul Amsyar lagi.

"Ohh okay.."

Masa berlalu dengan pantas. Dalam tak sedar Amira telah selesai memilih semua baju-baju untuknya dan juga sehelai dress cantik yang disarungnya. Mereka berdua berjalan kearah kaunter dan membuat bayaran disana.

Wanita cashier itu scan sehelai demi sehelai baju. And betapa terkejutnya Amira apabila melihat last totalnya berapa. Tapi Hairul Amsyar bertindak biasa saja. Dia menghulurkan sekeping kad kepada wanita cashier itu. Dan ditekan-tekan nombor pin pada alat pengesan itu.

Amira terkejut sebab Hairul Amsyar tidak membawa duit cash sebaliknya hanya membayar dengan sekeping kad. Maklumlah Amira kan budak kampung. Dia jakun dalam hal seperti ini. Tetapi bagi orang kaya seperti Hairul Amsyar itu adalah perkara biasa baginya.

Banyak juga beg kertas pakaian yang dipilih Amira. Adalah dalam 3 hingga 4 beg kertas yang dibimbit oleh Hairul Amsyar. Tapi itu sedikitpun tidak menjejaskan imej macho Hairul Amsyar.

"Kenapa? Mira terkejut and takut ke abang tak bawak cash tadi??"-Hairul Amsyar

"Actually takut jugak sebab tengok jumlah Rm baju tadi tu. Banyak sangat. Kalau Mira, Mira tak mampu nak bayar sebanyak tu, abang. Mira takde duit.."-Amira

"Tak perlu risaulah Mira.. Semua ni Dato Nizam yang suruh buat. Memang untuk staff and kru production yang ada potential untuk meletopkan nama Nizam Production, dia akan bagi gift. Awak gadis terpilih. And one more thing memang kita tak boleh bawak cash pergi shopping takut something bad happen to us such as kena rompak ke and kena samun ke. Benda-benda macamtu kita tak boleh nak expect, Mira.."-Hairul Amsyar

"So lepasni mana arah tuju kita?" Amira lantas bertanya. Sebenarnya dia agak kasihan kepada Hairul Amsyar yang membawa beg pakaiannya. Mesti berat. Kalau ada destinasi lain lagi lepasni kesianlah Abang Am. Terpaksa pikul semua beg kertas tu kesana kemari.

"Abang Am nak bawak Amira pergi salon pulak. Jom." Laju saja dia membuat keputusan. Tangan Amira ditariknya. Dia berjalan beriringan dengan Amira. Cantik baju yang disarung gadis itu. Sesuai dengan tuannya. Amira hanya mengikut saja kehendak lelaki itu. Lelaki yang tiga empat hari lepas dia benci yang kini dia tersuka tanpa sengaja.

Beberapa minit setelah melepasi butik-butik di level itu, dia akhirnya menemukan salon yang sesuai dan selayaknya untuk Amira.

Aku disini? Untuk apa??

"Mira disini sebab akan di makeover oleh Suzy. Dia akan buat rawatan khas untuk rambut Mira and juga solekan simple untuk Mira pelajari. Nak jadi artis, nak jadi penyanyi kena pandai jaga penampilan. Baru orang suka." Hairul Amsyar menjawab pertanyaan Amira bagaikan tahu apa yang dibicara didalam hati Amira.

Tanpa bantahan dan tolakan, Amira hanya menurut sahaja. Dia suka diperlakukan seperti ini. Inilah dunianya yang sebenar. Inilah perkara yang diidamkannya sejak dulu lagi.

Suzy dan pekerjanya membawa Amira duduk dikerusi. Dan mereka mula membuat operasi keatas rambut Amira. Sementara Hairul Amsyar pula duduk di sofa berbentuk L.

Menunggu lagi untuk kali kedua. Arghhh mengantuknya. Ada baiknya aku tidur dulu. Mana tahu bila bangun nanti semuanya dah siap.

AKU BUKAN PERAWAN | Cik Bunga SeriWhere stories live. Discover now