Bab 14 | Aku Bukan Perawan

5.7K 55 0
                                    

'Siapa lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


'Siapa lelaki itu. Kenapa aku merasakan dia memerhatikan sesuatu. Apa yang dia mahu?' Detik hati Amira. Arghh persetan semua itu. Pasti itu hanyalah perasaan aku saja.

"Kak, dekat kawasan rumah akak ni memang ada orang tak betul ye?" Amira lantas bertanya. Dia masih lagi tidak berpuas hati dengan lelaki misteri itu tadi.

"Eh takdelah. Kenapa?" Hana memandang kearah Amira dengan penuh rasa kepelikkan.

"Takdelah. Tadi ade sorang laki ni dia mengintai kita tengah memasak." Amira berkata seraya memandang wajah Hana.

Lama Hana diam.

"Mungkin dia nak tiru resepi kita kot. Hahaha" Sekali lagi Hana membuat lawak. Hana tersengih-sengih. Amira menelan liur. Entah mengapa dia merasakan seperti Kak Hana menyembunyikan sesuatu daripadanya.

Waktu Lunch

((Gambar sekadar hiasan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

((Gambar sekadar hiasan.. hehehe))
Saje nak suruh korang terliur😜

Jeff makan dengan berselera sekali. Nasi didalam pinggan habis licin sehingga tidak ada sebutir nasi pun yang tersisa. Hana yang melihat gelagat suaminya makan hanya bisa senyum. Tidak ada yang lebih bahagia daripada melihat suaminya tersenyum bahagia. Lelaki itu satu-satunya buah hati pengarang jantungnya.

Bagi Amira pula, selalunya dia akan makan semeja dengan ibu dan ayah. Tapi kali ini, mereka berdua tiada disisi.. Amira nak ibu dan ayah tahu yang Mira sentiasa sayang pada ibu ayah. Mira tak pernah lupa sedetik pun pada ibu ayah.

Usai makan tengahari bersama, Jeffri dan Hana bersalaman kerana Jeffri hendak pergi bekerja semula. Amira berdiri kaku sahaja melihat gerakan itu. Dahi licin Hana dikucup perlahan. Amira hanya memerhatikan sahaja situasi itu. Dia tidak tahu mahu berkata apa. Lebih baik dia mendiamkan diri sehingga ditegur mereka. Malu juga hendak menyapa bila mereka sedang saling berkucupan suami isteri.

"Err Mira, hari esok abang jeff cuti. Nanti abang bawa mira berjumpa dengan kawan abang k. Dia sedang mencari bakat baru katanya. Abang nak mira cuba tau. Mana tahu rezeki mira terselit dekat situ. " Jeffri mula berbicara melihatkan Amira hanya kaku diam.

"Oh okay. Baik abang jeff. Mira pun nak cuba nasib juga. Mana tahu kot kot ada rezeki mira melalui kawan abang jeff tu." Jawab Amira.

"Abang Jeff bagitahu Kak Hana yang kawan dia tuu umurnya dah berusia sikit. Amira berhati-hati laa ye. Akak risau takut dia apa-apakan mira. Mira ni kan budak-budak lagi. Hehehe" Hana menyampuk. Bukan dia kenal benar dengan kawan Jeffri tu tapi dia pasti jika seseorang lelaki yang dah berusia pulak tu mesti ada lah perangai gatalnya tu. Bukan apa, cuma nak Amira beringat-ingat sebelum kena. Dia tidak mahu nasi menjadi bubur.

"Yalah Kak Hana. Amira akan ingat pesan akak tu" Amira hanya menyambut pesan itu dengan tawa..

Jeffri pula sedang ralit memakai kasut. Dia hanya mendengar sahaja perbualan mereka berdua. Tiada tanda untuk menyampuk perbualan mereka.

"Okay lah uols, abang nak pergi dah ni. Korang berbual lah ye puas-puas." Usai mengikat tali kasut, Jeffri bangun berdiri tegak untuk bertolak ke tempat kerja.

Amira dan Hana hanya mengangguk. Enjin van dihidupkan lantas Jeffri menghilang dari pandangan secara perlahan.

Di Ruangtamu.

"Kak, amira rasa nervous lah besok. Tak tahulah kenapa mira rasa berdebar sangat." Amira mengungkap rasa galau dihati. Entah mengapa tiba-tiba dia terasa macam ada sesuatu yang tidak kena. Haishhh.. Ape bende erkkk..

"Alaaa takde pape laa. Perasaan je tu. Jangan fikir macam² eh.. Tu mungkin sebab rasa berdebar nak ujibakat jee kot. " Hana cuba menenangkan Amira. Dia tahu amira rasa nervous. Tapi Amira kena kuat. Dia harus bangkit dan usaha untuk menjadikan cita-cita dan impiannya tercapai?

Keesokan harinya.

Amira sudah berada di tempat audition. Dalam hati ni punya berdebar hanya Allah jelah yang tahu. Ya Allah. Bagi aku kekuatan. Amiin.

Amira datang bersendirian sahaja. Dia naik Lrt pergi studio tu. Jeffri tiba-tiba kena masuk kerja pulak, jadi dia tak boleh hantar. Lagipun, dia dah bagitau kawan dia tuu yang Amira ni nak datang Audition. Memang ramai remaja yang sebaya Amira ingin mencuba nasib. Sesak sangat.! Ramai sangat orang. ! Takpe, Mira.. kau bukan alone. Allah ada. Dia ada untuk tengok kau. Dia ada untuk jaga kau. Jangan takut, jangan gusar. Just buat sehabis baik. Insyallah kejayaan milik kau kelak..

Apesal laa ramai sangat manusia dekat sini. Audition je pun. Macam nak ambik duit BR1M je. Amira jalan terkebil-kebil sambil tengok bawah. Tiba-tiba tanpa sengaja dia terlanggar bahu seorang lelaki ni. Very handsome!

"Wehhh ape ni. Buta ke ape?! Allah dah buat mata tu cantik-cantik pakai laa ni simpan letak dalam beg buat apa." Amira menjerkah lelaki itu. Sempat pula dia membebel.

"Maaf." Hanya kata maaf yang terucap dibibir lelaki itu. Lalu, dia beredar dari situ.

Berbaju blazer, bertali leher persis pekerja pejabat, berseluar slack hitan, berkasut kulit hitam lagi berkilat. Gaya macam nak masuk office padahal nak pergi Audition je pun. Tak payah nak over sangat.

Ape sehh. Jalan pakai mata lah. Ni tak jalan guna lutut memang berlanggar lah jawab dia. Baik-baik orang nak cepat tetiba jadi lambat sebab kau. Ngomel Amira dalam hati.

Memang ramai yang berbaris menunggu giliran. Habis tu bila nak sampai turn aku ni.

Dia menjengulkan kepalanya seperti mencari-cari seseorang. Sebenarnya dia just nak cari someone yang boleh bawak dia masuk bilik audition dengan cepat je. And itu pun dia.. kakak kerani maybe..

"Kak, saya Amira. Kawan Dato Nizam punya adik. "Dengan riak dia perkenalkan dirinya. Aishh macam lah hakak tu dah kenal kau lame..

"Ohh Cik Amira Auni? Okk Cik Amira ni nombor giliran cik." Kakak tu menghulurkan kertas yang bertulis nombor 4 angka.

Tak sabarnya. Yang paling bahagia lepasni giliran aku terus dah. Hahahha ni laa function nya kalau kau guna orang dalam. Senang. Tak perlu beratur ikut giliran.

Nampak dah muka-muka orang yang tak puas hati tu. Madah aku sembur je korang ni. Tak payah lah nak buat muka camtu. Buruk.!

Okay Next Cik Amira...

Fuhh,, debar nya lah hai. Mintak-mintak lah everything gonna be okay.

AKU BUKAN PERAWAN | Cik Bunga SeriWhere stories live. Discover now