Bab 5 | Aku Bukan Perawan

9.3K 64 0
                                    

"Amira..! Amira..Bukak pintu ni!!" Encik Mukhlis mengetuk pintu biliknya anaknya. Tetapi tidak diendahkan Amira.

"Ada apa ni abang? Kenapa dengan Mira? Abang pukul Mira lagi ke? Dah dah laa tu.. Anak kita tu perempuan. Abang tak kesian dekat dia ke?" Puan Manisah tetap menutur lembut. Dia tidak mahu anaknya menjadi mangsa baran Encik Mukhlis lagi. Sebagai seorang ibu sudah pastilah dia tidak sanggup melihat anaknya menanggung kesakitan.

"Arhh biarkan..! Biar dia tahu rasa perit supaya dia tak buat lagi. Berkali-kali pesan jangan ulang kesalahan yang sama. Tapi tetap je berdegil. Sekarang terimalah akibatnya!!" Encik Mukhlis tidak dapat menahan amarahnya lagi. Kemarahannya telah berada ditahap maksima.

Pintu bilik diketuk bertalu-talu. Tetapi tidak dihiraukan Amira. Amira masih lagi menangis dan menahan kesakitan diatas katil. Dia buntu. Apa sahaja yang dia lakukan pasti ada salahnya. Apa lagi yang perlu dia buat ??? Ahh persetan semua ni. Aku harus cari jalan keluar dari masalah ini. Aku tak mahu terus diseksa dan dikongkong lagi.

Tindakan Amira yang tidak mengendahkan panggilan Encik Mukhlis membuat Encik Mukhlis bertambah berang. Nama Amira dipanggil berulang kali. Namun tiada jawapan. Amira masih lagi diam. Amira duduk di satu sudut. Sesungguhnya dia amat takut untuk berhadapan dengan baran bapanya.

Prapppp. Bunyi pintu dipecahkan. Rupanya Encik Mukhlis yang menendang daun pintu itu. Jahanam terus pintu itu. Terlihat Amira duduk sambil berpeluk tubuh disuatu sudut.

Encik Mukhlis meluru kearahnya. Sambil memegang rotan tebal dan tali pinggang.

Ditarik kasar tubuh Amira. Dan tanpa berlengah lagi, dia terus merotan betis Amira berkali-kali. Amira terjerit-jerit kesakitan. "Ampun Ayah. Mira sakit yah. Jangan buat Mira camni yah. Saakiiitt
.arhhhh.. Aa..aaayahhh" Amira terpekik-pekik memohon ampun. Tetapi tidak diendahkan Encik Mukhlis. Puas Puan Manisah menahan Encik Mukhlis malah dia pula yang dimarahinya dan ditolak ketepi.

"Aku takkan benarkan kau jadi penyanyi Amira!! Ape pun caranya kau tetap takkan jadi penyanyi!! Sekali aku cakap tak suka, cukup kau faham aku tak suka. Ada sebab mengapa dan kenapa aku tak suka dan kau tolong patuh pada arahan aku !!!" Encik Mukhlis membalun sekuat hatinya tanpa memikirkan kesakitan yang dialami oleh Amira. Ya Allah, pedihnya Ya Allah. Kuatkanlah hambamu ini. Tabahkanlah hatiku ini. Allahuakhbar.

"Abang..sudah !! Cukup bang! Cukup.! Jangan sakitkan Amira lagi. " Puan Manisah bertindak tegas. Dia berasa kasihan terhadap anaknya. Betis dan pinggang Amira sudah berbirat kemerahan. Hati ibu mana yang sanggup melihat keadaan anaknya begitu.

Encik Mukhlis terpaksa berhenti merotan sebentar kerana isterinya menghalang. Kalau diikutkan hatinya ingin saja dia mengajar anaknya cukup-cukup.

"Ayah, maafkan Mira yah. Mi..Mira me..memang sukakan bidang nya..nya..nyian ini. Hina sangatkah jadi seorang penyanyi ni ayah ?? Ja..Jawab ayah!" Amira bertutur denga nada gagap. Dia takut sekiranya dia dipukul lagi. Amira juga ingin tahu kebenarannya tentang kenapa Encik Mukhlis cukup bencikan bidang nyanyian ni.

"Bagitahulah kebenarannya. Amira perlu tahu sebabnya mengapa." Amira mengorak keberanian untuk bertanya kepada Encik Mukhlis sambil menangis teresak-esak. Dia masih lagi menahan kesakitannya. Auchh..

"Betul Mira nak tahu sebab apa? Haa mari ayah ceritakan pada kau..!" Encik Mukhlis mula membuka cerita tentang mengapa dia sangat membenci penyanyi dan bidang nyanyian.

Amira sekadar mengangguk begitu juga Puan Manisah hanya tekun mendengar sahaja. Puan Manisah mengambil minyak gamat berdekatan lampu meja tidur anaknya. Dia menyapu minyak gamat itu dengan lembut sekali di betis dan paha Amira. Sesekali Amira mengaduh sakit.

Encik Mukhlis berdiri di hujung katil sambil meletakkan rotan dan tali pinggangnya.

"Nenek Mira tinggalkan ayah dengan atok semasa usia ayah 5 tahun lagi. Dia tinggalkan kami sebab dia tak sanggup hidup susah dengan kami. Dia tidak tahan dengan taraf hidup masa tu. Nak makan pun susah. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ditambah pula kehadiran ayah didalam hidup mereka membuatkan mereka bertambah beban dan tanggungan. Hari-hari nenek dengan atok bergaduh. Sudahnya, nenek membawa diri ke luar kota. Dia meninggalkan ayah dengan atok sebatang kara. Dia pergi hanya meninggalkan sekeping nota. Dan, akhirnya lenyap tanpa berita. Sampailah suatu ketika, ayah dapat tahu yang dia bekerja sebagai penyanyi dan masatu dia betul-betul terkenal dengan lagu-lagu ciptaannya beserta gelek mautnya. Atok dan ayah pernah cuba mencarinya, tetapi kami dihalau dari kawasan rumahnya. Dia tidak mengaku kami adalah keluarganya. Kami pulang dengan hampa. Selepas beberapa hari kami diusir olehnya, atok jatuh sakit. Dia terlalu rindukan isterinya. Hari-hari atok sebut nama nenek. Dan akhirnya atok meninggal dunia dan meninggalkan ayah sebatang kara sendirian. Sejak itu, ayah sangat-sangat berdendam dengannya. Dia lah punca kematian atok. Sebab itulah ayah taknak Amira minat dengan bidang nyanyian. Ayah memang tak boleh langsung dengar orang menyanyi. Tiap kali orang menyanyi, ayah akan tiba-tiba jadi geram dan marah sendiri. Sehingga kini berita tentang nenek Amira tidak lagi hangat diperkatakan. Dan ayah sendiri tak tahu dimana dia berada. Dan kalau boleh ayah taknak tahu pun dimana dia berada. Ayah benci dia..!!" Encik Mukhlis menceritakan liku-liku hidupnya bersama bapa yang membesarkannya tanpa kasih sayang seorang ibu.

Tanpa diduga, airmata lelakinya mengalir jua. Telah sekian lama dia menjaga, air mata akhirnya tumpah juga. Dia tidak dapat menahan rasa sebak itu. Sejak kecil dia dijaga oleh arwah ayahnya. Apa yang dia inginkan, pasti ayah cuba tunaikan. Kehidupannya juga seperti kanak-kanak lain cuma keluarganya tidak sempurna sebab dia tidak mempunyai ibu. Sedari dulu lagi, kawan-kawan disekolah mengejeknya. Mereka mengatakan Ibunya perempuan sundal, perempuan simpanan Dato dan seorang pelacur. Hati anak mana yang tidak geram dan sakit hati jika ibunya dihina seperti itu. Walau hakikatnya, apa yang dikatakan itu semua adalah benar belaka. Encik Mukhlis menyeka air matanya. Dia terlalu sebak apabila memikirkan masa lampaunya.

AKU BUKAN PERAWAN | Cik Bunga SeriWhere stories live. Discover now