Bab 4 | Aku Bukan Perawan

9.9K 70 0
                                    

Mata Hafiz kabur. Dia cuba mencari susuk tubuh Amira tetapi dia gagal mengesan. Mungkin lelah kerana berlari. Wajahnya yang pucat lesi itu benar-benar merisaukan Amira. Dari jauh Amira terjerit-jerit memanggilnya namun dia tidak mampu menjawabnya. Dia akhirnya rebah terbaring. Amira yang melihat keadaan itu, sepantas kilat berlari kearah Hafiz. Ah! Sudah!! Kenapa pulak dengan si Hafiz ni.

Beberapa saat saja Amira sudah tiba disisi Hafiz. Dia segera memangku kepala Hafiz. Air mata sudah berada di birai mata. Dia betul-betul panik. Apa yang dia hendak lakukan?.

"Hafiz, bangunlah Hafiz. Janganlah main-main. Awak tak apa-apa kan?" Amira masih setia disisi Hafiz. Air mata yang sudah kering tadi kini kembali mencurah. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Ya Allah bantulah hambaMu ini.

Amira menggoyang-goyangkan tubuh Hafiz dengan kencang. Dia sudah bersedia untuk memanggil orang kampung sekiranya Hafiz tetap tidak bangun.

"Hafizz!! Bangun Hafizz" Amira menggerakkan tubuh Hafiz dengan kencang. Amira menggenggam pergelangan tangan Hafiz. Dia ingin memastikan nadi Hafiz masih berdenyut.

Hafiz kemudiannya membuka matanya perlahan dan merenung Amira yang sedang panik. Jelas sekali terpapar diwajahnya yang Amira amat merisaukan dirinya.

Airmatanya masih dibirai mata. Tidak semena-mena tangan kiri Hafiz menyeka airmata Amira. Amira yang terkejut dek tindakan itu terus bertindak kaku. Baru dia dapat mengagak bahawa Hafiz hanya berpura. Ahh! Bencinya dipermainkan. Hafizzzz..!!!!

"Hafiizzzzz... Grrrr" Amira menjerit kemarahan sambil menumbuk perut Hafiz. Hafiz hanya mampu tersengih menampakkan dua baris gigi yang putih bersih dan tersusun rapi. "Adoiii sakitlah Mira" Hafiz mengaduh manja.

"Hafiz.. Saya tak suka lah dipermainkan camni. Kalau jadi betul-betul dekat awak tadi macam mana? Apa saya nak jawab dekat ibu awak nanti??!" Amira sambung membebel. Hafiz duduk bersila disisi Amira. Aku tahu kau sukakan aku Mira. Dan aku akan pastikan kau akan jadi milik aku suatu hari nanti. Detik dan saat ini takkan pernah aku lupakan kerana moment tadi adalah moment yang paling bahagia bagiku.

"Maaflah Mira. Saya cuma bergurau je. Hihi. Janganlah marah ye. Nanti muka berkedut dan cepat tua..hehehe" Hafiz sempat membuat lawak. Tanpa sedar, hari telah menjelang malam. Azan maghrib telah lama berkumandang.

"Ehh ehh.. cepat tua pulak. Awak laa yang cepat tua. Sebab awak lagi tua dari saya. hehehe. Dahlah awak. Jomlah balik. Nanti ibu ayah awak risau pulak. Dahlah beli barang lepastu lengah-lengahkan masa pulak. Padan muka awak kalau kena marah nanti" Ngomel Amira panjang lebar. Dia tersenyum sendiri. Mungkin sudah selesa dengan Hafiz.

Mereka berjalan beriringan. Sedar tak sedar, mereka sudah sampai diperkarangan rumah Amira. Jelas terpapar wajah berang Encik Mukhlis di pintu utama. Di tangan kirinya memegang bilah rotan bersaiz tebal. Mereka berdua semakin hampir dengan Encik Mukhlis.

"Terima kasih Hafiz sebab hantar saya balik" Amira mengucap salam perpisahan kepada Hafiz. Amira menoleh kearah ayahnya lalu menelan liur. Ahh sudah.. matilah aku kalini. Hafiz pun mula beredar dari rumah Amira. Belum pun sempat Hafiz mengangkat kaki, Amira terlebih dahulu dibelasah oleh Encik Mukhlis. Menjerit-jerit si Amira menahan kesakitan. "Arhhh sakit yahh.. sakitt.." Amira meronta-ronta supaya dilepaskan.

"Kemana ajelah kau pergi ye?! Aku suruh kau duduk rumah, kau gatal nak keluar rumah. Lepastu tak ingat jalan balik. Lepastu siap ada jantan teman balik lagi. Adab kau mana haa??" Encik Mukhlis mula meninggikan suara dan menengking Amira. Dia mula menarik cuping telinga Amira dengan kasar dan bertindak menampar Amira. Hafiz yang terkedu dengan tindakan itu segera cuba menyabarkan Encik Mukhlis. Dia menahan Encik Mukhlis dari menyakiti Amira. Kasihan Amira. Tersakiti dek kerana gurauannya tadi yang menyebabkan Amira lewat untuk pulang kerumah.

"Pakcik, sudahlah tuu pakcik" Hafiz menahan tubuh Encik Mukhlis dari terus memukul Amira. Puan Manisah masih didapur dan tidak menyedari kekecohan tersebut. Dia sedang memasak untuk menu makan malam mereka. Pipi Amira kemerahan dek tamparan kasar Encik Mukhlis tadi. Tanpa berlengah lagi, Amira meluru masuk ke dalam rumah dan berlari masuk ke kamar bujangnya. Hafiz ditinggalkan disitu tanpa sebarang kata. Yang tinggal hanyalah kemarahan Encik Mukhlis yang masih tersisa lagi.

"Lebih baik kamu pulang anak muda.. Sebelum aku libatkan kamu sekali!!" Encik Mukhlis memberi amaran kepada Hafiz. Hafiz hanya mengangguk dan beredar pergi dari situ.

Amira berlari masuk ke dalam rumah melewati dapur tempat ibunya memasak. Terkancuh-kancuh dia lari masuk kekamarnya.

"Amira..Ehh Amira. Baru balik ke? Amira kemana sayang?" Tanya Puan Manisah lembut. Pertanyaan itu terbiar tanpa jawapan dan tidak dihiraukan oleh Amira. Dia bergegas masuk ke dalam bilik dan menghempas kuat daun pintu bilik. Lalu dia menutup pintu serapat-rapatnya. Lantas dia menyembamkan wajahnya diatas katil. Arghhh!! Amira mencampakkan bantal dan selimut dia ke lantai. Dia mengaduh sakit. Menahan kesakitan luka dibadan tidak setanding menahan kesakitan luka dihatinya. Apa lah salahku Ya Allah. Sakit sangat. Bantulah aku dan lindungilah aku.

Puan Manisah mengetuk pintu bilik anaknya bertalu-talu. "Amira, bukak pintu nak. Ape sebenarnya yang berlaku ni sayang? Amira dari mana nak?" Puan Manisah menutur lembut. Dia masih setia dihadapan pintu bilik Amira. Dia bingung sebenarnya. Apa yang telah terjadi kepada Amira. Kenapa Amira menangis. Kenapa Amira menghempas pintu kuat-kuat jika tiada apa-apa yang berlaku padanya.

Terdengar jeritan Amira dari dalam membuatkan dirinya semakin panik. Ahh sudah. Jangan lah Amira mengapa-apakam dirinya.

Encik Mukhlis mengunci pintu rumahnya. Dan segera menuju kearah kamar Amira. Terlihat jelas isterinya turut berasa disitu.

Puan Manisah dapati tali pinggang dan rotan tebal ditangan suaminya. Ahh ini pasti baran suaminya datang lagi. Allahuakhbar.

AKU BUKAN PERAWAN | Cik Bunga SeriWhere stories live. Discover now