Bab 10 | Aku Bukan Perawan

7.1K 56 0
                                    

"Amira.. Saudara Mara Amira mana? Mereka janji nak jemput Mira bila dan dekat mana ?" Pertanyaan jeffri membantutkan Amira yang sedang terpesona dengan keindahan bangunan pencakar langit itu.

"Ermm. Sebenarnya mereka.. mereka tak wujud. Amira takde sape-sape dekat sini. Amira lari rumah.." Amira tergagap-gagap memberitahu kebenarannya.

"Astaghfirullah hal azim..." Jeffri mengucap panjang. Tidak sangka rupanya anak kecil itu lari dari rumahnya. Jeffri meraup wajahnya. Adakah dia salah kerana melarikan Amira kesini ?? Arhh sudah.. Mati lah aku. Anak siapa ni..?!

"Maafkan Mira bang Jeff.. Mira tak boleh duduk rumah Mira dah. Abang Jeff tengok lah kaki Mira ni. Habis berbekas. Ni semua sebab ayah yang pukul Mira. Ayah tak suka Mira jadi penyanyi sebab tu lah ayah pukul Mira. Mira sakit Bang Jeff.. Pedih sangat-sangat. Ayah memang tak sayang Mira lagi. Dia pukul Mira sekuat hati dia. Sebagai ayah, dia tak patut buat Mira macam ni. Mira bukan budak kecil lagi. Mira dah besar dan faham setiap apa yang berlaku." Tutur Amira panjang lebar.

Maafkan Amira jugak yah. Amira mungkin biadap tinggalkan ayah dan ibu di kampung, tapi percayalah niat Amira cuma nak tunjuk yang tak semua penyanyi jahat seperti yang ayah sangkakan itu.

"Ya Allah..Kuatnya luka ni Mira. Jomlah kita ke klinik. Luka ni tak boleh dibiar begini. Nanti kumannya merebak" Jeffri sudah mula khuatir.

"Tak apelah Bang Jeff. Sikit je ni haa.. Mira dah biasa macam ni dah. Lama-lama nanti okay lah tu. Abang Jeff jangan lah risau ye"

"Mana tak risau. Itu kakinya dah sampai berdarah macam tu, bukan setakat sikit dah ni,banyak tuu." Jeffri membesarkan suaranya. Dia risau sekiranya anak kecil itu mengalami kesakitan dikemudian hari. Manalah tahu buatnya kuman tu jahat, dia membiak dan merebak, habislah Amira tu nanti. Sakit pula kemudian hari.

"Dah dah. Takde papenya bang Jeff. Sikit punya hal ni. Abang Jeff jangan risau k" Amira meyakinkan Jeffri. Dia tidak mahu lelaki itu berasa susah hati dek luka-lukanya yang parah itu. Jika diikutkan, parut luka di hatinya itu lebih parah lukanya berbanding parut dibadannya itu.

"Mira..Kalau Amira memang takde saudara mara disini, Amira hendak tidur dimana?
Dan hendak tinggal dimana eh?" Jeffri memberanikan diri untuk bertanya soal itu.

Amira membisu tanpa jawapan.

Beberapa saat kemudian dia menjawab pertanyaan itu. "Amira tak terfikir pun soal itu bang Jeff. Yang Amira tahu, setiba disini Amira nak pergi ke ujibakat tu sahaja. Amira tak terfikir pun soal makan, minum, tinggal dimana. " Amira mulai sebak. Matanya sudah berair. Pertama kali dia hidup sebegini susah. Susah tanpa kedua orangtuanya. Tapi, keputusan telah pun dibuat. Aku yang pilih jalan ni. Aku perlu teruskan. Aku tidak boleh berpatah balik lagi.

"Masih ada masa lagi untuk Mira, kalau Mira hendak balik ke pangkuan keluarga Mira. Amira tak kesiankan mereka ke? Mungkin saja sekarang ni, diorang tengah risaukan keadaan Amira. Boleh jadi, ayah Mira terkena sakit jantung kerana terkejut akan kepergian Mira. Abang bukan mendoakan tapi ini seandainya lah. Kita kena berfikir diluar kotak. Kadangkala tak mudah untuk membuat sesuatu keputusan sebab sebelum mendapat keputusan itu kita perlu dapatkan persetujuan mereka dahulu." Jeffri cuba psiko Amira. Dia amat berharap Amira melupakan hasratnya untuk menyertai Audition itu.

"Abang.. Keputusan Amira dah muktamad. Dan tak mungkin Amira akan berpaling kebelakang lagi. Bagi Mira, biarlah Amira kejar apa yang Mira impikan. Semoga Allah melindungi Ibu dan Ayah walau dimana jua mereka berada." Amira meng-aminkan doanya didalam hati.

"Baiklah jika itu keputusan Amira. Abang Jeff tak boleh buat apa lagi. Kalau macam tu, apakata Amira tinggal dirumah Abang Jeff dulu sementara menunggu hari Audition yang ditetapkan penganjur tu tiba" Jeffri memberi cadangan.

"Haa..? Rumah abang Jeff?? Mi..miraa" Amira kembali gagap.

"Haishh.. Apelah. Abang Jeff dah kahwin lah. Isteri Abang Jeff, Kak Hana ada dekat rumah. Sementara tunggu hari Audition tu tiba, Amira boleh lah tinggal dengan kami dulu. Haa macam mana?" Jeffri menjelaskan keadaan sebenar.

"Ohh hehehe. Ingatkan duduk berdua dengan abang Jeff. Boleh ke macam tu? Tak susahkan Abang Jeff dan Kak Hana ke?" Amira menghamburkan tawanya seraya bertanya lagi.

"Takde masalah lah Mira. Harini kita tolong orang susah, esok lusa nanti bila kita pulak yang susah Insya-Allah ada yang akan tolong kita nanti. Allah sentiasa ada dengan kita." Jeffri menjawab sambil tersenyum manis. Dia membuka pintu van lalu menghilang didalam perut van itu.

"Baiklah abang Jeff. Mira ikut abang." Amira pula memasuki kedalam van itu.

Setelah sejam perjalanan, mereka akhirnya tiba di kediaman rumah teres dua tingkat. Amira mengeluarkan beg bajunya dan diletakkan diatas lantai mozek itu.

"Takpe. Mira letak je beg tu dekat situ. Nanti Bang Jeff angkat bawak masuk." Jeffri turun dari perut van itu. Dia mengunci pintu van itu dengan rapi. Dia risau sebab dikawasan kejiranan itu banyak berlaku kes kecurian, samun, jadi dia harus berhati-hati dan dia tidak mahu kes itu berlaku di kawasan rumahnya.

Ting.. Tonggg

Loceng pintu ditekan berkali-kali.

Hana yang sedang berada didapur bergegas ke pintu utama untuk membuka pintu. Awal suaminya sampai. Bawa kenderaan laju lah tu.

Hana pun membuka pintu dan terkejut memandang suaminya bersama gadis lain. Astaghfirullah hal azim. Siap bawak beg sekali tu. Nak tinggal disini ke. Ohh tidakk!!!

"Apa abang ni?! Siapa ni?!" Hana beranikan diri untuk bertanya.

Hana yang melihat situasi itu pantas melarikan diri kedalam bilik tidurnya. Dia berlari-lari anak mendaki tangga dengan berhati-hati. Setiba didalam bilik, dia mengunci pintu dari dalam.

AKU BUKAN PERAWAN | Cik Bunga SeriWhere stories live. Discover now