Bab 7 | Aku Bukan Perawan

7.7K 55 0
                                    

Puan Manisah berjalan menuju ke dapur. Sewaktu di meja makan pula, Encik Mukhlis bertanya kepada Puan Manisah. "Mana Amira.? Tak turun makan sekali ke?" Encik Mukhlis bertanya.

"Tak bang. Dia tak mahu. Agaknya masih merajuk dengan awak lagi sebab kes lepas maghrib tadi." Puan Manisah menutur dengan lembut. Dia menghidang makanan diatas meja. Lauk pauknya enak sekali. Ada ayam goreng, ada telur dadar, ada masak lemak cili api dan bermacam hidangan lagi. Encik Mukhlis makan dengan berselera sekali.

Terbit rasa bersalah didalam hatinya. Tidak sepatutnya dia melayan Amira seperti itu. Walaubagaimanapun Amira tetap anak kandungnya dan darah dagingnya sendiri. Dia sebagai bapa harus mendukung apa yang dicitakan anaknya. Bukan menghalang. Tetapi dek rasa dendam yang mendalam terhadap ibunya, dia tidak mampu melupakannya begitu sahaja. Dia tidak mahu keturunannya mengikut jejak langkah 'perempuan keparat' itu.

Puan Manisah duduk disisi suaminya sambil menceduk nasi ke dalam pinggannya. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati. Macam ada sesuatu yang akan berlaku.

Amira masih tidak dapat tidur. Puas dia memejamkan matanya memaksa tidur. Tadi rasa mengantuk sangat. Tapi tiba-tiba je mata ni rasa segar bugar. Puas mengiring disebelah kiri, dia berpaling ke sebelah kanan pula. Tetapi keadaan tetap sama. Dia bangun duduk bersila. Dicapai satu kertas dan pen. Dia telah membuat keputusan dan telah berfikir semasak-masaknya. Dia harus pergi dari sini. Dia harus keluar dari rumah ini. Dia harus mengejar impiannya.

Dia harus mengubah persepsi dan pandangan Encik Mukhlis terhadap penyanyi. Dia harus buktikan tidak semua penyanyi itu jahat dan berperangai buruk. Dia harus membuktikan bahawa penyanyi yang dibenci itu punya masa depan. Maafkan Mira, ibu ayah. Mira terpaksa buat macam ni. Bukan Mira melawan kehendak ibu dan ayah. Tetapi ini adalah keputusan Mira. Mira dah bersedia untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan di Kuala Lumpur nanti.

Diletakkan pen dan kertas diatas katil. Dan dia menuju ke arah almarinya. Dicapainya beg besar dan dia mencapai beberapa helai baju untuk dimasukkan kedalam begnya. Dia membawa beberapa helai tudung dan beberapa pasang baju dan seluar. Aku tidak boleh lagi duduk diam begini. Aku harus berbuat sesuatu. Baju-baju itu disumbat didalam beg galasnya. Kemudian dia mencapai tabung berbentuk ayam di puncak almarinya. Digoncang-goncang tabung itu untuk mengetahui apakah ada isi didalamnya. Dia bersyukur tabung itu berbunyi. Dia senyum girang.

Amira kembali duduk diatas katil. Tabung berbentuk ayam itu digoncang-goncang lagi untuk memastikan yang tabung itu benar-benar ada isi didalamnya. Didalam fikirannya, sudah terbayang-bayang pemandangan Kuala Lumpur dan tempat Audition itu. Aku tak boleh lepaskan peluang ini. Kalau aku lepaskan peluang ni, aku memang rugi. Aku harus berkorban. Maafkan Amira ibu, ayah. Ahh! Tak sabarnya nak ke ujibakat itu. Harapan aku semoga aku berjaya.

Dia mungkin akan berjaya suatu hari nanti, tetapi dia lupa, tanpa restu dan doa dari ibubapa dia takkan pernah berjaya. Kerana itulah yang paling utama.

Setelah selesai mengemas baju-bajunya, diambil kembali pen dan kertas itu. Diamatinya dalam-dalam apa yang hendak dia tulis didalam surat itu. Meskipun berat untuk meninggalkan mereka, tapi itulah yang harus dia lakukan. Selagi dia tinggal disini, selagi itulah hak kebebasannya disekat. Selagi itu juga dia merana sehingga tibanya nafas terakhir dia didunia ini.

Aku seorang remaja.
Menjadi remaja memerlukan kebebasan.
Menjadi remaja memerlukan hak untuk bersuara.

Bukan disekat haknya.
Bukan juga diketepikan impiannya.
Impian hanya satu.
Harapan juga satu.

Semoga perjuangan ini menjadi satu memori yang paling indah berharga buat diriku.

AKU BUKAN PERAWAN | Cik Bunga SeriWhere stories live. Discover now