Bab 11 | Aku Bukan Perawan

6.7K 59 1
                                    

"Ha..Hana. Tunggu dulu yang.! Mira masuklah dulu. Sekejap eh" Jeffri pantas membuntuti isterinya hingga ke biliknya. Diketuknya pintu bilik itu berkali-kali. Tetapi tidak dihiraukan isterinya.

"Abang curang.. Abang bawak perempuan lain. Sape perempuan muda tu.!! Sampai hati abang bawak balik isteri muda kesini" Air mata sudah tidak dapat ditahan lagi. Hana sudah mula menangis. Tidak disangka suaminya itu curang. Sudahlah perkahwinan kita baru lagi. Anak dalam perut ni masih jadi benih lagi. Geramnya!!!

"Sayang. Bukan macam tu lah. Cuba sayang bukak sekejap pintu ni. We need to talk face to face." Jeffri cuba untuk memberitahu kebenarannya. Dia ingin bersemuka dengan Hana untuk berbincang slow talk. Jeffri mula memujuk isterinya.

"Baiklah. Hana nak abang explain siapa dia dan kenapa bawak dia datang sini. Now!!" Hana membuka pintu dari dalam dan menyuruh suaminya masuk. Dia ingin Jeffri menceritakan perkara sebenar tentang siapa budak itu dan ada apa kaitan dengan suaminya.

"Baiklah.. Abang akan ceritakan semuanya" Jeffri sudah masuk didalam biliknya. Dia duduk disebelah Hana diatas katil Queen miliknya.

Hana hanya memperhati sahaja gerak suaminya. Tidak ada sebarang tanda cemas atau takut-takut.

"Amira tu sekampung dengan Abang. Jadi, beberapa hari lagi ada Ujibakat penyanyi dekat KL sana. So, kebetulan semalam tiket bas nya habis. So, abang bagilah dia tumpang sekali. Alang-alang dah sekali jalan kan. Lepastu masa dah sampai sini, abang ingatkan dia ada saudara mara dia yang tinggal kat kawasan berdekatan. Rupanya dia takde sesiapa. Datang KL semata-mata fikir pasal Audition saja. Tu yang abang bawak dia kesini tu. Sebab kesian dia takde tempat tinggal. Untuk sementara je sayang tau.." Jeffri bercerita panjang lebar.

Hana mengangguk tanda faham situasi sebenar. Membazir je air mata dia tadi tu. Jeffri menyeka air mata dibirai mata isterinya dengan perlahan. Sayangnya air mata awak ni. Air mata awak terlalu berharga untuk dibazirkan, sayang.

Hana hanya tersenyum sahaja melihat kelakuan suaminya. Sesekali dahinya dikucup lembut oleh Jeffri. Auww romantiknya suami dia ni. Hana memeluk suaminya. Sesungguhnya dia teramat sayangkan Jeffri dan perkahwinan ini. Dan kalau boleh biarlah hubungan ini kekal hingga ke akhir nafasnya.

Jeffri membalas pelukan Hana. Dia sayangkan isterinya. Mana mungkin dia berlaku curang. Sejak akad nikah lagi, dia sudah berjanji dan bersumpah hanya Hana sahaja yang akan jadi peneman dan satu-satunya isterinya hingga ke liang lahadnya.

Lama Amira menunggu di tingkat bawah. Apa dorang buat ni. Lamanya lah haii. Amira membelek-belek frame gambar diatas rak meja. Sama cantik sama padan. Tapi kenapa Abang Jeff nampak kurus dalam gambar ni?? hahaha mesti senang hati kan sebab ada orang yang jaga makan minumnya.

Jeffri dan Hana masih lagi didalam bilik. Nampaknya mereka sudah lupa akan kehadiran Amira didalam rumah mereka. Lama Amira menunggu dibawah.

Jeffri tidak dapat mengawal dirinya. Bibir mugil Hana membuat dia bertambah geram. Baru sahaja dia hendak mengucup bibir Hana, tiba-tiba terdengar ketukan di pintu biliknya. Rupanya Amira yang berada disitu. Terkejut betul si Jeffri. Nasib baik tak tercampak si isterinya. Macam manalah dia boleh lupa yang Amira pun ada disini.

"Bang Jeff, Kak Hana. Maaflah mengganggu. Amira tunggu abang jeff dan kak hana dekat bawah. Tapi lama sangatlah. Amira takut" Amira berasa bersalah kerana mengganggu acara si suami isteri itu. Tetapi, acara tu kan boleh dibuat lainkali. Kan ada tetamu ni. Cumanya jangan dibuat hari ini. hehhehe

"Amira duduklah dulu. Nanti kak hana siapkan sarapan untuk Amira" Hana cuba menutup rasa malunya. Dia cepat-cepat menarik tangan Amira dan meninggalkan suaminya sendirian disitu. Gila tak malu. Laki aku nak kiss aku kot tup tupp dia muncul dekat depan muka pintu pulak. Memang spoil lah. Hahaha

********
Di dapur

"Kampung Mira dekat mana? Betul ke Mira datang sini sebab berminat dengan Audition menyanyi tu?" Hana bertanya bagaikan wartawan. Banyak betul soalannya.

"Dekat Kg Sri Melur, Rompin. Haahh kak hana. Mira berminat sangat nak sertai Audition tu. Harap-harap ada rezeki mira lah." Amira begitu berharap agar mendapat tempat didalam pertandingan itu. Hanya dengan kemenangannya saja dia dapat buktikan yang tidak semua penyanyi itu jahat dan keparat.

Hana memasukkan dua keping roti didalam pembakar roti. Manakala dua keping roti yang sudah dibakar itu disapu jem strawberi dan meletakkannya diatas piring. Air sunquick dihidang diatas meja. Amira hanya melihat Hana melakukan kerja itu. Rindu rasanya pada ibu di kampung. Entah apa keadaannya sekarang. Maafkan Mira..


AKU BUKAN PERAWAN | Cik Bunga SeriWhere stories live. Discover now