🌗 Chapter 35: The beginning of a real fight 🌗

1.8K 152 33
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


********


NAFAS Sujeong tercungap dengan kasar. Kedua belah tangannya yang dibalut dengan kain telah berdarah. Matanya tajam melihat batang kayu keras itu yang sudah pun pecah akibat tumbukkannya tadi. Sudah beberapa jam dia berlatih tadi dari siang sampai ke malam. Sujeong sendiri yang berlatih tanpa henti kerana ingin menguatkan staminanya. Dia takkan berhenti selagi tumbukkannya tak kuat. Namun apabila batang kayu keras itu sudah dipecahkan olehnya, dia berpuas hati.

"Tengok! Saya dah berjaya pecahkan batang kayu tu!" beritahu Sujeong kepada Taehyung yang sudah dari tadi memerhatinya berlatih sambil duduk di atas batu besar.

Taehyung mengangguk kepala dengan riak muka berpuas hati.

"Bagus. Tumbukan kau dah semakin kuat. Jom balik. Dah malam ni. Nanti minta guru bagi ubat untuk sapu luka kat tangan kau tu." ujar Taehyung yang sudah berdiri dan berjalan ke arah Sujeong.

Taehyung pun membuka balutan kain dari kedua tangan Sujeong. Sebaik balutan dibuka, jelas terlihat luka-luka yang boleh tahan teruk pada kedua tangan Sujeong. Sujeong terlalu bekerja keras. Diam-diam Taehyung kagum dengan usaha dan kerja keras Sujeong walaupun kerja dibuat Sujeong membahayakan. Tetapi semua ini demi kebaikannya supaya mudah dia berlawan.

"Kaja, balik!" ajak Sujeong tak sabar nak balik. Badannya terlalu penat kerana dari siang lagi dia tak berhenti berlatih.

Taehyung hanya mengangguk kepala lalu mereka berjalan pulang ke rumah Jungho.

Sampai saja dirumah, Taehyung membuka pintu dan memberi ruang kepada Sujeong untuk masuk. Sebaik melangkah masuk, terkejut mereka berdua melihat Jin dan Jungkook yang keadaan kotor-kotor dan sedikit terluka. Mungkin hasil mereka berlatih dengan Jungho siang tadi. Jungho tu bukan calang-calang devil. Dia pun tersenarai devil-devil suci yang kuat.

"Jin, Jungkook! Awak berdua tak apa-apa??" tanya Sujeong risau sambil menghampiri mereka berdua yang duduk dan terbaring di atas sofa.

Jin dan Jungkook tersenyum walaupun dalam keadaan penat dan sakit badan.

"Biasalah. Hasil kami berlatih dengan guru Jungho tadi. Dia... betul-betul luar biasa." jawab Jin dengan senyuman kagum. Dia benar-benar mengagumi Jungho.

"Memang susah latihan dia bagi tadi. Tapi lama-lama kami boleh mengatasinya dengan baik." tambah Jungkook pula turut dengan senyuman.

Sujeong mengangguk kepala faham sambil membalas senyuman kepada mereka.

"Bila balik?" tanya Taehyung lalu duduk di atas sofa sebelah Jungkook yang terbaring itu.

"Baru aje kami balik. Lepas kami duduk sekejap, korang berdua pula yang sampai." jawab Jin memberi ruang kepada Sujeong untuk duduk di sebelah.

"Guru mana?" Sujeong mencari-cari susuk lelaki itu.

"Pergi ambil ubat untuk rawat kami." jawab Jin. Jungkook terpandang kedua tangan Sujeong yang terluka dan berdarah itu.

❲C❳ ANGEL TO DEVIL WORLD | KTH + RSJWhere stories live. Discover now