🌗 Chapter 25: Crow 🌗

1.8K 163 25
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


********


SUJEONG mengangguk kepala faham setelah mendengar penjelasan dari Taehyung yang kini sudah berubah menjadi burung gagak. Sujeong terharu dengan usaha mereka yang ingin menyelamatkannya.

"Macam tu rupanya. Saya faham." ujar Sujeong dengan senyuman.

"Mingyu ada apa-apakan kau tak?" soal Taehyung sambil mata birunya merenung wajah Sujeong.

"Setakat ni takde. Dia cuma banyak membebel. Tu pun dah menjengkelkan." jawab Sujeong sambil mengusap burung gagak hitam itu.

"Baguslah kalau kau tak apa-apa. Mulai sekarang aku akan teman dan tengokkan kau. Kalau Mingyu cuba apa-apakan kau, aku takkan teragak nak serang dia." kata Taehyung nekad. Itu membuatkan Sujeong tergelak kecil. Tak padan dengan badan kecil dan jadi burung. Kenapalah Jin tak tukarkan Taehyung jadi burung kakak tua aje? Haha.

"Komawo Taehyung." Sujeong pun memeluk burung gagak hitam itu kerana terharu. Kali ni tak ketat macam tadi.

"Aish… kalaulah aku dalam bentuk fizikal sebenar dah lama aku peluk kau, Sujeong." keluh Taehyung sekali lagi membuat Sujeong ketawa kecil.

"Takpe. Saya boleh tolong peluk awak." balas Sujeong sekadar ingin bergurau.

"Mentang-mentang aku jadi burung berani la kau nak peluk aku. Tapi kalau aku dalam bentuk fizikal sebenar memang taklah kau nak peluk aku ni. Entah apa nak dimalukan sangat." bidas Taehyung sambil memaling muka ke arah lain.

"Dah saya malu tengok muka awak yang serius dan kadang-kadang nakal tu. Dan awak comel bila jadi burung. Tu saya tak tahan nak peluk awak ni." Sujeong membela diri. Manakala burung gagak hitam itu boleh pula me'roll eye'.

Namun ada sesuatu yang membuat Sujeong risau. Taehyung yang perasan dengan perubahan riak wajah Sujeong yang kerisauan itu terus menegur.

"Sujeong wae?" soalnya.

"Saya risaukan Jimin dan Jungkook. Adakah mereka berdua baik-baik aje? Mereka berdua jadi tikus, kan?" luah Sujeong.

"Jangan risau. Mereka berdua akan baik-baik aje. Aku percaya dengan kebolehan dan kepakaran mereka." balas Taehyung yakin.

"Wae awak begitu yakin?" soal Sujeong hairan. Burung gagak hitam itu memandang Sujeong.

"Satu, sebab aku dah lama kenal dorang. Dua, kau dah lupa rancangan licik dorang diam-diam ajak kau ke parti malam hari jadi Irene dua bulan lepas? Mereka nampak je perangai budak-budak, tapi otak mereka boleh tahan bijak dan licik. Termasuk aku sekali." jawab Taehyung membuatkan Sujeong terkedu seketika dan senyum.

"Betul cakap awak. Jimin dan Jungkook bijak dan jugak licik." balas Sujeong tersengih apabila teringat kembali rancangan licik Jimin dan Jungkook diam-diam mengajaknya ke parti hari jadi Irene.

❲C❳ ANGEL TO DEVIL WORLD | KTH + RSJWhere stories live. Discover now