🌗 Chapter 13: Secret curse 🌗

2.3K 174 34
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


********


NAK dekat 10 minit Sujeong berdiri di depan bilik Taehyung. Entah kenapa berat pulak rasanya nak jejak ke bilik Taehyung. Semuanya sebab Jin yang suruh Sujeong pergi kejutkan Taehyung yang masih tak keluar dari bilik. Sujeong melepaskan keluhan beratnya. Lalu tangannya dinaikkan dan mengetuk pintu bilik.

Tokk-Tokk!

Tiada sahutan. Sujeong mengetuk lagi pintu bilik apabila tiada sahutan. Beberapa minit, pintu bilik dikuak dari dalam dan terjengul wajah Taehyung.

"Kau rupanya. Ada apa?!" dingin Taehyung bertanya.

Dalam hati Sujeong berbisik. Sikit-sikit nak marah orang. Tak boleh ke cakap baik sikit? Tahulah dark devil.

"Jin suruh saya kejutkan awak. Turun sarapan. Jangan asyik buat tahi mata je siang-siang celik ni. Buatlah aktiviti luar macam yang lain." jawab Sujeong selamba. Malas nak cari gaduh dengan dark devil ni.

Belum sempat Sujeong berura-ura mahu berlalu pergi, sebelah tangannya dipegang Taehyung lalu ditarik masuk ke dalam bilik lelaki itu. Terus Taehyung mengunci pintu biliknya.

"Awak dah kenapa tarik saya masuk bilik ni hah??" soal Sujeong. Dalam hatinya mula risau takut Taehyung mengapa-apakannya.

Taehyung menjeling Sujeong sekilas dan memerhati ruangan biliknya sambil senyum sinis.

"Aku nak kau kemaskan bilik ni sampai bersih." arah Taehyung selamba.

"Bwo? Awak ingat saya ni bibik awak?"

"Kalau kau taknak kena terkam dengan aku lebih baik kau ikut aje apa aku suruh. Aku nak mandi kejap. Kalau kejap lagi aku keluar, bilik ni masih tak bersih... aku akan habiskan kau. Faham?" ugut Taehyung.

"Yelah, yelah. Saya bersihkan bilik ni." akhirnya Sujeong terpaksa menurut saja selepas di ugut oleh Taehyung. Sikit-sikit nak ugut orang.

Taehyung pun dengan selamba membuka baju t-shirtnya. Sujeong membulatkan mata dan terjerit.

"Yahh! Awak nak buat apa ni hah?! Kenapa buka baju?!" soal Sujeong sambil menutup mukanya. Taknaklah dia tengok tubuh Taehyung yang dah terdedah tu. Ingat lawa?

"Nak mandilah! Apa? Ingat aku nak rogol kau? Huh! Tak inginlah aku nak rogol kau. Takde selera. Not my taste." selamba Taehyung menjawab sambil mencampak bajunya ke muka Sujeong. Sujeong mencebik geram. Nak aje dia siat-siat mulut Taehyung tu. Dasar mulut puaka.

Terus Taehyung masuk ke dalam bilik air. Sujeong pulak dah buat muka nak mencekik Taehyung tu. Geram!

"Baik kau cepat-cepat bersihkan bilik ni sebelum devil tu keluar Sujeong. Karang lambat kena terkam kau dengan devil tu." omel Sujeong mula membersihkan bilik Taehyung yang bersepah seperti hutan tropika. Dasar lelaki pemalas. Camnelah nak kahwin kalau perangai pemalas camni?

❲C❳ ANGEL TO DEVIL WORLD | KTH + RSJWhere stories live. Discover now