🌗 Chapter 31: Holy Demon 🌗

1.7K 153 16
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


********


KEADAAN Mingyu sekarang parah berlawan dengan Jin yang sudah bertukar menjadi Holy Demon. Namun Mingyu masih lagi larat bangun dan berlawan dengan makhluk itu.

Mingyu berlari ke arah Jin dengan kedua tangan mengeluarkan kuasa. Dia melompat dan ingin menumbuknya. Namun Jin mengangkat tongkat sakti milik Holy Demon dan menembak Mingyu terlebih dahulu menyebabkan Mingyu melayang ke belakang.

Mingyu jatuh di atas tanah dengan badan luka-luka. Dia mengangkat mukanya memandang Jin yang tidak bereaksi apa-apa. Mukanya dingin dan kosong.

Jin berjalan menghampiri Mingyu lalu menarik rambutnya sehingga muka mereka setentang. Tiba-tiba bebola permata gray tongkat sakti itu bercahaya. Perut Mingyu terus dihentak dengan tongkat sakti. Serta-merta mulut Mingyu terkeluar darah hijau. Sekali lagi badan Mingyu melayang ditembak dengan kuasa bebola permata tongkat itu. Belum sempat badan Mingyu jatuh ke tanah, Jin menghalakan bebola permata tongkat sakti itu dan mengeluarkan satu kuasa bulatan besar ke arah Mingyu sehingga Mingyu termasuk dan terperangkap dalam bulatan itu. Serentak itu Mingyu diletup dalam bulatan itu. Badan Mingyu jatuh ke tanah dengan keadaannya yang semakin parah sehingga baju terkoyak.

"Aku kena buat sesuatu!" bisik hati Mingyu sambil cuba bangun dengan mata tidak lepas memandang Jin tajam.

Tiba-tiba Jin hilang dari pandangan dan sekelip mata sahaja dia berada di depan Mingyu lalu memegang leher Mingyu. Dahi Mingyu berkerut dengan mulut terbuka ingin mendapatkan oksigen. Makin erat Jin memegang leher Mingyu. Dan terasa kuku tajam Jin menusuk kulit leher Mingyu. Mingyu mengerang kesakitan. Jin pun mengangkat tubuh Mingyu ke atas lalu dilayang ke atas. Jin menghalakan tongkat sakti ke arahnya dan menembaknya.

Dushh!!!

Mingyu ditembak dan melayang jauh dari situ. Jin hanya memandang Mingyu yang hilang dari pandangan ditembak dengan kuasanya.

Seketika Jin menoleh ke satu arah. Dia memandang ke arah itu.

"Tunjukkan diri kau. Aku tahu kau ada kat sana." makhluk itu bersuara.

Serentak itu tubuh seseorang muncul disebalik pokok besar. Kini mereka berdua saling berpandangan.

~*~*~*~*~


SEMENTARA itu Suga yang bantu memapah Jimin dan Namjoon mendukung Jungkook di belakangnya sedang berjalan. Mereka ingin mencari Sujeong dan yang lain. Mereka boleh rasa aura Sujeong dan menjejak melalui auranya.

"H-hyung…" Jimin bersuara dengan serak.

Suga dan Namjoon terkejut mendengarnya.

"Jimin kau dah sedar??" soal Suga memandang Jimin.

"Mianhae… sebab aku tak dapat bertahan menghalang Mingyu tu. Mingyu… adakah dia dah dapatkan Sujeong?" kata Jimin seraya bertanyakan Sujeong.

"Tak tahu la. Tapi aku yakin Sujeong masih selamat. V kan ada dengannya. Dia boleh lindungi Sujeong." jawab Namjoon.

❲C❳ ANGEL TO DEVIL WORLD | KTH + RSJWhere stories live. Discover now