🌗 Chapter 7: Oxwolf (Half fox + Half wolf) 🌗

2.5K 175 28
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


********


Takkan binatang buas besar ni nak makan aku?!

Getus hati Sujeong mula kerisauan apabila binatang buas besar persis serigala atau musang itu menghampirinya.

Namun sangkaan Sujeong meleset apabila tubuhnya digesel oleh binatang besar itu seperti anjing. Sujeong tercengang seketika. Erk?

"Woff… woff…"

Sujeong boleh melihat mata binatang besar itu bersinar-sinar. Bunyi pun tak garau macam tadi. Dah kenapa pulak dah binatang ni?

"Apa? Awak nak ikut saya sekali ke?" tebak Sujeong.

"Woff…" sahut binatang itu dengan mata bersinar-sinar dengan riak muka gembira.

"Okey. Saya faham. Awak boleh ikut saya. Kaja." jawab Sujeong akhirnya membenarkan binatang itu mengikutinya.

"Boleh jalan ke tak ni?" tanya Sujeong penuh prihatin.

"Woff..."

"Cuba kalau awak bercakap boleh tak? Awak ingat saya faham ke?" ujar Sujeong.

"Woff... Boleh je berjalan walaupun rasa sakit jugak."

Akhirnya binatang itu bercakap. Sujeong masih lagi terkejut dan tidak percaya yang dia boleh faham apa binatang ini bercakap.

"Sakit?? Hurm... Oh ya." Sujeong baru teringatkan sesuatu lantas melihat cincin di jari manisnya.

"Cincin saya ni ada kuasa. Rasanya saya boleh gunakan kuasa saya untuk menyembuhkan awak." beritahu Sujeong sambil menunjukkan cincin kuasanya.

"Woff... Ada ke kuasa macam tu?"

"Mestilah ada. Kejap ya." Sujeong pun duduk mencangkung di sebelah kiri binatang besar itu. Balutan ditanggalkan dengan penuh berhati-hati. Selepas itu balutan ditanggalkan, Sujeong mendekatkan cincin kuasanya pada kesan kecederaan binatang sebesar singa Aslan itu. (Ada dlm movie Narnia)

Sujeong mula membaca satu mantera khas untuk penyembuhan luka. Lalu cincin kuasanya mula mengeluarkan cahaya kehijauan pada kesan kecederaan binatang besar itu. Manakala binatang itu hanya diam sambil memerhatikannya. Makin lama kesan kecederaan binatang itu mula kian hilang.

"Dah siap. Haa, hilang pun kesan cedera tu. Rasanya awak dah boleh bergerak." kata Sujeong dengan senyuman teruja.

Perlahan-lahan binatang besar itu mula berjalan. Ia dah tak rasa sakit macam tadi. Lantas binatang itu mula berlari sana sini. Sujeong gembira melihat binatang besar itu sudah boleh bergerak dan berlari.

❲C❳ ANGEL TO DEVIL WORLD | KTH + RSJWhere stories live. Discover now