🌗 Chapter 33: Holy Angel Power 🌗

1.9K 155 53
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


********


SUJEONG memandang sekelilingnya yang penuh kabus. Semua putih. Sampai Sujeong tidak dapat mencari jalan.

Di mana dia berada sekarang?

Tiba-tiba ada satu cahaya terang sedang menghampirinya. Sujeong berlindung dengan sebelah tangannya apabila matanya silau terkena cahaya itu.

"Ryu Sujeong…"

Kedengaran suara seorang wanita sedang menyebut namanya. Sujeong tersentak dan ingin memandang ke arah suara itu yang datang dari cahaya. Namun dia tidak nampak dengan jelas kerana silau.

"Siapa?" tanya Sujeong.

"Saya ialah angel yang selama ini berada dalam badan kamu. Holy Angel."

Sujeong terkedu. Dia ingin melihat wajah pemilik suara itu namun cahaya terang itu yang menghalangnya. Dia hanya mampu bercakap dengan sebelah tangan melindung matanya.

"Holy Angel? Maksudnya memang betul la saya ialah angel suci?" soal Sujeong. Selama ini dia tak pernah pun tahu yang dia ialah angel suci. Fikirnya dia hanyalah angel biasa.

"Betul. Kamu ialah angel suci. Memandangkan semangat kamu mula membara, saya akan berikan kamu kuasa. Terimalah kuasa ini untuk menentang kejahatan. Dah tiba masanya untuk kamu berlawan."

Angel itu memberikan kuasa kepada Sujeong. Sujeong memejam matanya apabila kuasa itu mula diserap ke dalam tubuhnya dan logo angel suci di leher kanannya mula bergerak mengelilingi badannya dalam bentuk corak.

Apabila mata dibuka, bebola mata Sujeong berubah warna keemasan.

Sementara itu,

Youngmin mengundur ke belakang sambil memejam matanya terkena silauan cahaya terang dari arah Sujeong. Cahaya itu mengelilingi seluruh kawasan hutan. Youngmin nampak ada sayap putih besar keluar dari belakang Sujeong.

Kuasa apakah itu? Adakah kuasa angel?

Akhirnya cahaya itu mula hilang dan susuk Sujeong makin jelas kelihatan. Youngmin terkedu melihat Sujeong.

Bebola mata Sujeong berwarna keemasan seperti dilihatnya tadi. Belakangnya ada sayap putih besar. Gaun yang kotor tadi telah ditukar kepada baju perisai dan berseluar panjang. Ada gelang emas di kepalanya. Dan di tangannya pula memegang tongkat emas sakti permata kristal putih.

Youngmin mula dapat rasa satu kuasa yang sangat kuat berada dalam badan Sujeong.

"Kau ingat bila kau dah berubah kau dapat tumpaskan aku? Jangan harap!" kata Youngmin bengis.

Sujeong hanya diam memandang Youngmin tajam.

"Kita akan tengok." balas Sujeong dingin.

Youngmin bagaikan tercabar melihat reaksi kosong Sujeong itu. Dia terus berlari ke arah Sujeong dengan pedangnya. Apabila menghampiri Sujeong, Youngmin menghunus pedangnya namun…

❲C❳ ANGEL TO DEVIL WORLD | KTH + RSJWhere stories live. Discover now