🌗 Chapter 2: Devil World 🌗

4.3K 221 119
                                    

********

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

********


MATANYA dibuka dengan perlahan. Pandangan yang kabur lama-kelamaan mula jelas. Dahinya berkerut dan dia cuba ingin bangun tetapi tubuhnya tercedera.

"Aah! Appo..." rintih Sujeong perlahan sambil memegang lengannya. Sujeong mengerling ke arah lengan kirinya yang berdarah kerana terluka. Bukan lengan saja. Malah lutut kanannya turut terluka. Nak dikatakan lukanya parah.

Sujeong tetap cuba untuk berdiri dengan perlahan. Sebaik saja Sujeong berdiri, dia memerhati sekelilingnya. Dahinya berkerut pelik.

"Kat mana aku ni? Wae langit warna merah? Peliknya." kata Sujeong kehairanan sambil memerhati sekelilingnya yang semuanya pokok-pokok besar. Sah dia berada di hutan. Langit warna merah tidak pernah dia melihat sebelum ini. Tempat ni agak menyeramkannya.

"Aku nak balik. Tapi macam mana aku nak balik?? Tak silap aku tadi aku jatuh kat curam. Tapi mana curam yang aku terjatuh tadi?? Wae semuanya pokok saja??" kata Sujeong makin takut. Dia mula berjalan.

"Unnie?! Soojung unnie! Jiae unnie! Jisoo unnie! Mijoo unnie! Kei unnie! Jin unnie! Yein-ah! Korang kat mana?!" jerit Sujeong lantang. Dia sangat berharap membernya dengar dan datang mengambilnya. Tetapi malangnya sorang pun takde datang.

Sujeong makin rasa tidak sedap hati berada di tempat ini. Tak pernah seumur hidupnya melihat tempat yang begitu menyeramkan di sini. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu yang pernah dipelajarinya dulu bahawa ada 3 dunia dimensi yang berbeza iaitu dunia manusia, dunia angel dan dunia devil. Dunia angel berada di antara dunia manusia dan dunia devil. Dan ada tempat rahsia di mana ada pintu yang memisahkan dunia manusia, angel dan devil. Kalau dunia manusia masih boleh tahan dan selamat lagi. Tetapi kalau dunia devil adalah tempat paling bahaya dan tidak selamat. Dengar cerita jika seseorang termasuk dalam dunia devil bakal mendapat bala sehingga nyawa boleh melayang.

Sujeong tersentak sebaik saja dia teringat sesuatu. Tubuhnya mengigil ketakutan sambil memerhati sekelilingnya.

"Tak... Takkanlah aku tersesat dalam dunia devil ni?? Aku kena cari jalan nak keluar. Oh ya. Aku ada sayap! Mungkin aku boleh terbang ke atas dan kembali ke dunia aku. Cikgu pernah bagitau yang dunia angel berada di atas langit dunia devil. Aku kena keluarkan sayap aku." kata Sujeong lantas dia menilik cincin berlian warna putih berkilat di jari manisnya. Cincin itu merupakan cincin kuasanya. Setiap angel akan ada cincin kuasa masing-masing. Setakat ini Sujeong baru saja mampu mengguna sayapnya. Kuasa dia masih belum mahir dan masih belajar lagi.

Belum sempat Sujeong mahu membaca mantera bagi mengeluarkan sayapnya, tiba-tiba telinganya terdengar bunyi sesuatu. Sujeong menoleh dan terkejut melihat beberapa ekor kelawar datang menghampirinya.

"Aaaaaaaaarrrrghhhh!!!" Sujeong menjerit lantas dia melarikan diri dari kelawar-kelawar itu. Tak sangka Sujeong kelawar di dunia devil tidak sama dengan kelawar di dunia angel. Kelawar di dunia ni warna hitam, mata merah menyala, berkuku tajam dan menakutkan.

❲C❳ ANGEL TO DEVIL WORLD | KTH + RSJWhere stories live. Discover now