🌗 Chapter 12: Dance together with HIM 🌗

2.2K 178 26
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


*******


SUJEONG tak tahu nak buat apa bila berdepan dengan Taehyung. Patut ke dia menari dengan Taehyung? Nanti. What? Menari dengan Taehyung? Memang taklah nak menari dengan devil menyakitkan hati ni.

Sujeong berpaling dengan niat ingin menjauhi Taehyung. Namun sebelah tangan kanan Sujeong sempat ditahan dan ditarik Taehyung dengan kuat sehingga Sujeong terpeluk tubuh Taehyung. Membulat luas matanya disebalik mask yang dipakainya kerana terkejut dirinya ditarik tiba-tiba oleh Taehyung. Tangan kanan Taehyung memegang erat tangan kiri Sujeong manakala tangan kiri Taehyung mula merangkul pinggang Sujeong. Hampir Sujeong mahu melompat bila pinggangnya dirangkul oleh Taehyung. Perlahan kaki Taehyung mula bergerak dan menari ikut rentak muzik diikuti oleh Sujeong. Mata mereka kini saling bertatapan antara satu sama lain. Melihatkan renungan tajam Taehyung membuatkan Sujeong terpaku. Entah kenapa dia bagaikan terpukau dengan renungan Taehyung. Automatik jantungnya berdegup kencang. Sujeong bagaikan mengikut rentak Taehyung menari.

Taehyung melepaskan sebelah tangan kanan Sujeong dan menolaknya perlahan sambil sebelah tangan mereka masih memaut kemas. Sebelah tangan kanan Taehyung yang masih kemas paut sebelah tangan kiri Sujeong mula memusingkan tubuh Sujeong lalu ditarik ke arahnya kembali. Kali ini belakang Sujeong dipeluk dari belakang. Sujeong dapat rasa hembusan nafas hangat Taehyung pada lehernya. Sujeong mula resah kerana wajah Taehyung benar-benar di atas sebelah bahu kirinya yang terdedah kulit berhampiran lehernya.

"Kenapa muzik kali ni lama sangat?? Dah lebih 3 minit kut! Sampai bila aku kena melekat dengan Taehyung ni?? Kenapa aku rasa Taehyung lain macam aje ni?? Takut pulak aku!" bisik hati Sujeong dengan resah. Dia sangat berharap muzik cepat-cepat dihabiskan sebelum Taehyung buat kerja gila!

Sujeong terkaku apabila kulit bahunya dihidu oleh Taehyung. Batang hidung Taehyung yang melekat di kulit bahu Sujeong mula bergerak perlahan menghampiri leher Sujeong. Entah kenapa, Taehyung bagaikan tergoda dengan wangian Sujeong. Tak pernah seumur hidupnya tertarik dengan mana-mana gadis biarpun gadis tu pakai minyak wangi sebotol. Tapi kenapa dengan gadis bertopeng misteri ni Taehyung seakan tertarik? Apa istimewanya gadis misteri ini? Dan kenapa Taehyung rasakan dia seolah kenal dengan gadis misteri ni? Dia yakin dia macam kenal dengan gadis misteri ni tapi dimana? Siapa gadis misteri ni?

Sujeong pejam mata rapat apabila bibir Taehyung mula berlabuh pada lehernya tetapi...

Taehyung berhenti apabila muzik dihabiskan main. Taehyung sekan baru tersedar dengan sifat luar kawalannya. Apabila terasa pegangan Taehyung pada pinggang Sujeong kian longgar terus Sujeong meloloskan diri dari Taehyung dan menjauhi Taehyung. Sujeong menjeling ke arah Taehyung yang buat muka selamba itu. Namun renungan tajam Taehyung itu membuat Sujeong gelisah. Tetamu-tetamu yang lain masing-masing mula membuat hal. Ada yang pergi makan dan minum, ada yang berborak, ada yang lepak dekat luar. Sujeong sempat tunduk sedikit kepada Taehyung konon-konon tanda terima kasih sebab sudi menari dengannya. Lalu terus dia beredar pergi. Manakala Taehyung tidak membalas tunduk kepada Sujeong. Sebaliknya matanya tak lepas pandang tajam ke arah susuk tubuh Sujeong.

❲C❳ ANGEL TO DEVIL WORLD | KTH + RSJWhere stories live. Discover now