🌗 Chapter 14: Ego 🌗

2.4K 179 47
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


********


SUJEONG berada sendirian di bangku laman rumah. Kata-kata Jin semalam masih terngiang-ngiang di dalam kepalanya. Sujeong melepaskan keluhan beratnya. Takkanlah dia akan jalinkan hubungan cinta dengan Taehyung tu? Tapi kenapa? Kenapa Taehyung? Taehyung tu dark devil. Dia pulak angel suci. Devil dan angel tidak dibenarkan bercinta. Peraturan dunia devil dan dunia angel sangat ketat. Lagipun devil dan angel saling bermusuhan sejak azali lagi.

"Sujeong, kenapa sorang je ni?"

Teguran seseorang telah membuat Sujeong terperanjat. Sujeong menoleh ke belakang. Rupanya Namjoon.

"Ohh, Namjoon. Eumm takde apa. Saja ambik angin kat sini." jawab Sujeong dengan senyuman nipis.

"Awak bosan sangat eh?" tebak Namjoon. Sujeong angguk kepala.

"Saya bosan. Boleh tak kita pergi jalan-jalan?" pinta Sujeong sambil buat muka comel. Sengaja nak bagi Namjoon mengalah dengannya.

"Err tapi tak selamat la kalau awak berada kat luar."

"Awakkan ada boleh lindungi saya?" Sujeong masih tak putus asa. Namjoon melihat muka Sujeong dibuat comel itu. Alahai comelnya Sujeong.

"Okey. Jom." akhirnya Namjoon mengalah hanya kerana muka comel dibuat Sujeong. Namjoon pun tak sampai hati nak menolak. Kasihan Sujeong selalu terperap dalam rumah.

"Yeay! Komawo, Namjoon!" ucap Sujeong gembira sampai peluk Namjoon. Namjoon terkejut dengan tindakan tak terduga Sujeong. Pipinya mula memerah malu. Namun pada masa yang sama hatinya gembira.

Tanpa sedar, Taehyung telah menyaksikannya melalui balkoni biliknya. Dari atas dia boleh nampak Sujeong dan Namjoon. Sujeong dan Namjoon berpelukan. Riak wajah Taehyung tika itu kosong. Dahlah dia baru aje buka pintu dan pergi balkoni nak tengok pemandangan luar. Tetapi pemandangannya dicacatkan oleh Sujeong dan Namjoon yang sedang berduaan. Siap berpelukan lagi. Cis! Terus Taehyung masuk ke dalam semula dan menutup pintu. Langsir ditarik dengan kasar sehingga hampir saja nak tercabut. Panas hatinya sekarang!

"Jom!" ajak Namjoon selepas berpelukan dengan Sujeong. Sujeong senyum dan angguk kepala.

"Nak ikut jugak!" Namjoon terus me'roll eye' apabila mendengar suara Jungkook mencelah. Kacau daun betul la budak ni! Nak pi dating berduaan dengan Sujeong pun tak boleh! Bebel hati Namjoon.

"Jungkook nak ikut?"

"Mestilah nak noona!"

"Jungkook boleh tak jangan panggil Sujeong noona?! Dia sebaya dengan kaulah!" bidas Namjoon akhirnya hilang sabar dengan Jungkook. Dah lama dia bersabar dengan Jungkook yang asyik panggil Sujeong noona padahal umur mereka sebaya. Menyampah betul la!

"Biarlah! Suka hati Kook la nak panggil dia apapun asalkan tak panggil dia beruk dahla." Jungkook mencebik tak puas hati.

"Eh?? Kitorang sebaya ke??" soal Sujeong terkejut.

❲C❳ ANGEL TO DEVIL WORLD | KTH + RSJWhere stories live. Discover now