🌗 Chapter 29: Fight 🌗

1.7K 166 32
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


********


DUSHH!!

Pokok besar itu tumbang sebaik sahaja mengenai satu objek yang sangat kuat sehinggu debu-debu tanah mengelilingi kawasan seperti kabus. Kelihatan sekujur tubuh terbaring lemah diatas pohon pokok besar yang sudah tumbang dan hancur. Seluruh tubuhnya cedera teruk.

Manakala…

Satu tangan menerkam kolar baju seseorang dengan kasar.

"Kau tengok keadaan chingu kau tu. Kau rasa boleh ke korang tumpaskan aku dengan mudah? Aku devil suci. Dan korang hanyalah devil biasa yang bertaraf rendah. Jangan mimpi korang boleh kalahkan devil suci macam aku ni. Devil suci sangat berkuasa dan kuat." herdik Mingyu dengan sinis sambil menerkam kuat kolar baju Namjoon.

Namjoon yang cedera parah itu mencengkam tangan Mingyu yang seakan mencekik lehernya. Walaupun dalam keadaan kesakitan namun riak wajah Namjoon langsung tidak gentar. Satu senyuman sinis terukir di bibir pecahnya.

"Berkuasa dan kuat? Adakah kau terlupa devil yang paling berkuasa dan kuat di dunia ni ialah dark devil? Kami ada sorang chingu yang merupakan dark devil. Aku rasa hanya dia yang mampu tumpaskan kau. Tak begitu, Mingyu?" balas Namjoon sinis.

"Ya memang dia dark devil. Tapi selagi dia dalam bentuk burung gagak tu, dia takkan mampu tumpaskan aku. Aku akan bunuh dia sebelum dia kembali ke bentuk asal." serentak Mingyu menghempas badan Namjoon ke tanah sehingga tanah itu pecah dan debu-debu berterbangan di sekeliling.

Disebalik debu-debu tanah, kelihatan darah hijau mengalir dari tanah yang pecah dan merekah itu.

Mingyu pun terus berlalu pergi meninggalkan mereka yang dalam keadaan parah.

Sepanjang Mingyu berlari di pendalaman hutan mencari Sujeong, tiba-tiba…

Dushh!!

Mingyu sempat mengelak apabila satu kuasa tembakan muncul dari atas. Mingyu mendongak kepala melihat siapa yang menembaknya.

"Lama kami tunggu kau Mingyu." suara Jimin.

"Korang berdua?" dahi Mingyu berkerut.

"Mesti kau hairan wae kami ada kat sini. Kami disini akan halang kau daripada dapatkan Sujeong!" ujar Jungkook dengan wajah seriusnya.

Seketika senyuman sinis terukir di bibir Mingyu.

"Devil biasa macam korang ni mampu ke halang aku? Aku ni devil suci. Aku tak rasa korang mampu tumpaskan aku." kata Mingyu bongkak.

Serentak Jimin dan Jungkook turun dari atas pokok dan mendarat dihadapan Mingyu.

"Well… belum cuba lagi, belum tahu keputusannya." kata Jimin.

"Pertarungan ni bukan soal siapa menang dan kalah. Tapi soal siapa yang kuat. Aku akan buktikan devil biasa macam kami ni pun bukan calang-calang devil." tambah Jungkook serentak sebelah tangan kirinya mengeluarkan satu kuasa api.

❲C❳ ANGEL TO DEVIL WORLD | KTH + RSJWhere stories live. Discover now