🌗 Chapter 22: Home 🌗

2.3K 185 65
                                    

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.


********


NAK dekat 10 minit Sujeong tercegat di depan pintu bilik Taehyung. Langsung dia tidak berganjak dan hanya membatu di situ. Sejak dari petang lagi Taehyung langsung tidak keluar dari bilik. Kerana Sujeong terlalu merisaukan Taehyung, dia membuat keputusan untuk melihat keadaan lelaki itu. Hatinya tidak akan tenang selagi tidak menatap Taehyung.

Akhirnya Sujeong mula mengetuk pintu bilik Taehyung seraya memanggil namanya.

"Taehyung... awak okey ke? Jom kita dinner sama-sama. Awak belum makan lagi." lembut Sujeong memanggil sambil mengetuk pintu bilik.

Namun tiada respon. Senyap. Itu membuatkan Sujeong makin risau.

"Taehyung... buka la pintu." pujuk Sujeong lagi lalu tangannya memegang tombol pintu dan cuba memulasnya.

Tidak berkunci. Taehyung tak kunci pintu biliknya. Patut ke Sujeong masuk? Tapi macam mana kalau Taehyung tak suka dan memakinya sebab main redah masuk bilik?

Tapi kalau biarkan Taehyung macam tu tak boleh juga. Dahlah Taehyung belum makan lagi. Kalau dia jatuh sakit macam mana? Tak sampai hati juga Sujeong mahu membiarkannya sendirian.

Sujeong mengambil nafas mengumpul kekuatannya. Dia dah buat keputusan. Apa nak jadi, jadilah.

Krekk...

Pintu bilik Taehyung dibuka Sujeong perlahan. Sujeong menelan liurnya kerana terlalu gemuruh. Apabila pintu bilik dibuka, suasana di dalam gelap dan suram. Namun Sujeong dapat melihat satu susuk tubuh duduk bersandar ditepi katil. Taehyung kelihatan sedang termenung dengan riak wajah kosong dan juga...

... air mata berlinangan. Taehyung menangis ke?

Dup dup!

Sujeong pegang dadanya. Sakit. Melihat air mata dan wajah kosong Taehyung membuat hati Sujeong terasa sakit. Sujeong sendiri tidak tahu kenapa dia tidak suka melihat Taehyung menangis. Tapi yang pasti diri Taehyung yang ini kelihatan lemah dan sangat menyakitkannya. Bukan aura ganas atau menggerunkan seperti yang biasa dilihat Sujeong selama ini.

Dia benci diri Taehyung ini.

Perlahan Sujeong melangkah merapati Taehyung. Sebaik sampai di sisi Taehyung, Sujeong duduk sambil matanya tidak lepas memandang lelaki itu. Sujeong mendekatkan sebelah tangannya untuk menyentuh bahu Taehyung. Apabila tangannya menyentuh bahu Taehyung, lelaki itu berpaling ke sebelah memandang Sujeong. Riak wajah Taehyung kosong memandang Sujeong. Sujeong mengetap bibirnya menahan sebak di dada.

"Taehyung... a-awak marahkan... saya ke?" tanya Sujeong tergagap menahan sebak. Matanya menatap mata biru Taehyung.

Taehyung senyap memandang Sujeong. Tiada respon.

"Awak marahkan saya ke sebab kait skarf eomma awak yang tak sempat disiapkan tu? Kalau awak marah... saya minta maaf. Saya ingatkan awak akan suka sebab saya sudi selesaikan kait skarf eomma awak yang tak sempat siap tu. Sebab skarf tu satu-satunya barang peninggalan Hyerim untuk awak sebagai tanda kasih sayangnya. Kalaulah saya tahu awak tak suka... sa-saya takkan sambung kait skarf tu... Maafkan saya Taehyung..." luah Sujeong panjang dengan air mata menitis. Dia tidak mampu menahan tangisannya.

❲C❳ ANGEL TO DEVIL WORLD | KTH + RSJDove le storie prendono vita. Scoprilo ora