Jin tidak peduli. Apa yang dia tahu dia mahu menghempuk kepala si Wonwoo dengan senduk yang berada di tangannya.

"AMPUN HYUNG! JANGAN KETUK KEPALA WONWOO PAKAI SENDUK TU HYUNG!" Rayu Wonwoo lagi. Sungguh dia takut dengan kemarahan Jin sehingga merasakan seluarnya basah.

"HYUNG JANGAN KETUK KEPALA BUDAK TU PAKAI SENDUK TU HYUNG!" Jerit Suga lantas merampas senduk tersebut dari tangan Jin. Dia menarik nafas lega kerana berjaya menyelamatkan Wonwoo dari menjadi mangsa senduk azimat Jin. Rasanya kalau Jin berjaya hempuk senduk tu dekat kepala Wonwoo. Tak dapat dia bayangkan kalau Wonwoo jadi mak nyah sesat macam Jin tempoh hari. Nasib baiklah dia kebetulan lalu di situ.

"Kau dah kenapa halang aku Suga? Patutnya aku ketuk kepala beruang hodoh ni biar benjol sebesar Kumamon hitam kau tu. Baru dia tahu siapa aku!" Bebel Jin tak puas hati. Suga hanya mampu menahan hati apabila Jin mula mengaitkan dengan Kumamon kesayangannya itu.

"Hyung! Kau nak ke si Wonwoo ni kadi mak nyah sesat macam hyung haritu. Kau sanggup ke nak hadap jantan pondan macam tu hari-hari. Kau patut bersyukur tahu Wonwoo ketuk kepala kau balik pakai senduk kau ni. Kalau tak kau rasa kau ada lagi ke kat dalam rumah ni. Kitorang halau kau jauh-jauh la hyung! Tak sanggup aku hidup dengan jantan pondan mu tau dak!" Bebel Suga panjang. Jin yang mendengar bebelan Suga itu terasa insaf pulak. Jin memandang Wonwoo yang masih terketar-ketar lututnya kerana masih tak hilang rasa takutnya.

"Wonwoo!!! Hyung mintak maaf! Nasib baik kau selamatkan hyung daripada jadi mak nyah! Chu are meh hero!" Tangis Jin sendu lalu berlari memeluk Wonwoo. Agak lama dia memeluk Wonwoo dia merasakan seluarnya basah. Kakinya juga turut rasa basah kerana memijak lantai yang basah itu. Hidungnya juga terbau sesuatu yang hanyir.

"Suga kau ada bau sesuatu tak?" Soal Jin. Dia menggerak-gerakkan hidungnya untuk mencari di mana punca bau itu.

"Haah lah hyung. Macam bau hancing. Sapa kencing?" Sola Suga pula. Hidungnya juga bergerak-gerak untuk mengetahui di mana punca bau hancing itu. Wonwoo hanya mampu terdiam kerana dialah pesalah itu. Apabila Jin dan Suga mula mendekatinya untuk mengetahui punca bau tersebut. Wonwoo terus ambik langkah seribu.

"HANAT PUNYA BUDAK! KAU KENCING DALAM SELUAR!" Jerit Suga dan Jin serentak. Mereka hampir termuntah. Wonwoo telah selamat sampai di biliknya dan terua ke bilik air untuk mandi dan membersihkan dirinya.

"Hyung? Kau pijak air apa tu?" Soal Suga apabila melihat seperti Jin memijak air berwarna kuning di atas lantai mozek berwarna pugih itu. Jin perlahan-lahan memandang kakinya. Tak lama kemudian bergegar rumah agam itu dengan jeritan Jin.

"TAK GUNA KAU WONWOO! LAHANAT PUNYA BUDAK!"

"Mendelah bising-bising dorang ni. Aku nak main game asyik terlepas je." Rungut Joshua. Dia mengambil ipad yangg sudah beberapa kali tercampak ke lantai hasil dari jeritan-jeritan beruk tak guna di bawah itu.

"Hok alorh. Dah habis dah nyawa aku. Dahla aku tengah syok-syok main game ni. Aduh. Tension la aku kalau macam ni." Rungut Joshua lagi. Dia menggaru-garu kepala sambil melihat ke arah screen ipad kesayangannya itu. Dilihat hati itu menangis-nangis kerana nyawanya telah habis.

Bukk

Joshua terkejut dengan bunyi tersebut. Lagi sekali ipad kesayangannya mencium lantai. Lantas di berpaling ke belakang untuk melihat apakah bunyi yang terhasil itu. Dilihatnya Jaeyoon telah jatuh dari katil dengan tangan yang terkilas ke belakang.

"Adoi! Habis musnah mimpi indah aku!" Rengus Jaeyoon. Dia mahu bangun namun dia tidak dapat menggerakkan badannya. Jaeyoon cuak. Wajahnya mula pucat.

"Kenapa tak boleh gerak ni! Aku dah lumpuh ke! Omma maafkan Jaeyoon! Jaeyoon tak dengar cakap omma! Omma!!" Raung Jaeyoon keseorangan. Jaoshua yang melihat itu hanya mampu menepuk dahinya apabila melohat kelakuan Jaeyoon yang bagaikan dah nak mati itu. Dia bangun lalu menghampiri Jaeyoon yang masih meraung-raung lagi.

WE ARE FAMILY!! BTSEVENTEENSF9Where stories live. Discover now