OUR ADORABLE MEMORIES

785 67 7
                                    

"Mingyu hyung, jomlah ajar Chani masak!" Pujuk Chani sambil menggoyang-goyangkan tangan Mingyu. Mingyu yang tengah sedap bermain game Cooking Battle menjeling ke arah maknae itu.

"Ajaklah Inseong hyung tu. Hyung tengah busy ni. Nampak tak ni?" Kata Mingyu sambil menunjukkan game yang sedang dia main di hadapan mata Chani.   Chani yang melihat game itu terus terbuntang matanya dan terus ketawa berdekah-dekah sehingga berguling-guling di atas permaidani setebal dua inci kerana menganggap Mingyu budak-budak disebabkan bermain game tersebut.

"Apalah hyung ni! Unur dah 21 tapi otak macam budak darjah 6 lagi Kahkahkahkahkahkah!" Gelak Chani masih tidak dihentikan lagi. Dia menampar-nampar paha Mingyu sengan kuat tanpa menyedari panahan mata Mingyu itu mampu mematikan tawanya sebentar lagi.

"KAU MINTAK AKU AJAR KAU MASAK PASTU KAU KUTUK AKU! KAU MEMANG NAK MATI DENGAN AKU HARI NI!" jerit Mingyu lalu melempar handphonenya ke atas dan mengejar Chani yang lari menuruni tangga menuju ke ruang tamu utama.

"WEI JANGAN LARILAH BUDAK KECIK! BERHENTI!" jerit Mingyu lagi sambil kakinya laju menurubi anak tangga itu.

"HYUNG TOLONG CHANI! MINGYU HYUNG MENGAMUK!" Jerit Chani sebaik matanya terlihat Wonwoo sedang menonton cerita kartun Spongebob di kaca TV tersebut. Chani terus berlari mendapatkan Wonwoo dan memeluk lengan Wonwoo sebagai perisai daripada Mingyu.

"Apa bendalah korang berdua ni?  Hyung nak tengok Spongebob pun tak senang." Marah Wonwoo. Dia melihat Mingyu turun tangga dengan termengah-mengah seperti atuk berusia 90 tahun mengejar cucunya yang berusia 2 tahun. Itulah perumpamaan yang boleh dikatakan melihatkan keadaan Mingyu dan Chani ini.

"Hyung tahu tak apa Chani ni kata kat aku?" Soal Mingyu kepada Wonwoo dan menjeling Chani. Wonwoo yang pelik itu mengerutkan dahinya dan memandang Mingyu.

"Manalah hyung tahu! Kau ingat aku dengar ke apa yang Chani cakap kat kau dari bawah ni?" Wonwoo memulangkan paku buah keras. Dia kemudiannya meno ton kembali cerita Spongebob itu.

"WONWOO HYUNG! CHANI KATA MINGYU DAH 21 TAHUN TAPI OTAK MACAM BUDAK DARJAH 6 LAGI SEMATA-SEMATA SEBAB AKU MAIN GAME COOKING BATTLE TU HYUNGGG!" jerit Mingyu tak puas hati. Kemudian Mingyu terus duduk di sofa bersebelahan Wonwoo kerana penat menjerit plus penat berlari.

"HAHAHA! MACAM MANA CHANI TAK CAKAP KAU TU OTAK DARJAH 6 LAGI SEBABNYA KAU MAIN GAME BUDAK DARJAH 6!MEMANG BETUL PUN APA YANG CHANI CAKAP TU! ADIK PETEMPUAN AKU YANG DARJAH 6 PON TAK MAIN GAME MACAM YANG KAU MAIN TU! KAU NI KALAU YE PUN NAK COOKING BATTLE MASUKLAH PERTANDINGAN MASAK YANG SEBENAR BUKANNYA MAIN GAME DALAM PHONE! KAHKAHKAH!" seusai berkata-kata, Wonwoo kemudiannya melepaskan tawa yang ditahan sedari tadi di samping melihat muka penat Mingyu yang teramatlah hodoh itu plus hidung Mingyu kembang-kembang.

"WHAT MINGYU? KAU MAIN GAME COOKING BATTLE? KAHKAHKAH!  TU GAME BUDAK-BUDAKLAH GILA! KAHKAHKAH!" sampuk Woozi sambil ketawa berdekah-dekah mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Mingyu itu.

"GILALAH KAU MINGYU! MAIN GAME BUDAK-BUDAK DARJAH 6! KAHKAHKAH!" sampuk lagi sorang manusia bernama Zuho. Makhluk-makhluk bernama Wonwoo, Chani, Woozi dan Zuho gelakkan Mingyu seperti dunia aku yang punya. Mingyu geram lalu membaling bantal-bantal kecil berbentuk angry birds yang diletakkan dia atas sofa sorang sati dab terkena tepat pada sasarannya iaitu kepala Wonwoo, Chani, Woozi dan Zuho.

"KIM MINGYU!" Jeritan empat orang lelaki tersebut menggegarkan rumah namun malangnya Mingyu sudah awal-awal chau masuk ke biliknya dan mengunci pintu.

Jun, Hoshi, The8, Taeyang, Hansol dang juga Hwiyoung yang sedang melepak di taman pada suatu malam yang indah itu terkejut plus terkujat mendengar jeritan dari dalam rumah mereka. Hwiyoung pandang Jun, Jun pandang The8, The8 pandang Taeyang, Taeyang pandang Hansol, Hansol pandang Hoshi dan Hoshi pandang ibu jari kakinya.

"Wei hyung! Asal hyung pandang ibu jari kaki sendir?" Soal Hwiyoung pelik. Mereka saling berpandangan sesama sendiri namun Hoshi amatlah pelik kerana berpandangan dengan ibu jari kaki sendiri.

"Dah tu! Takkanlah hyung nak pandang tepi ni? Nanti muncul pulak muka yang terlebih cantik tu." Balas Hoshi bersahaja. Padahal dalam hatinya menggeletar kerana ternampak baju putih di malam yang kelam ini.

"Biarlah, nanti hyung tergoda sekali mana tahu kan?" Usik The8 pula. Mereka semua ketawa dengan kata-kata The8 itu. Hoshi menunjukkan muka seposennya kerana usikan The8 langsung tidak terkesan kepadanya.

"Weh Taeyang! Apa masalah kau ni dok cuit-cuit pipi aku!" Marah Jun lalu menepis tangan Taeyang yang mencui-cuit pipinya. Taeyang yang langsung tidak bersalah itu terkejut dengan kata-kata Jun.

"Hyung ni gila ke? Mana ada Taeyang cuit pipi hyung! Tengoklah Taeyang dok jauh dari hyung ni! Macam mana tangan aku nak sampai kat muka hyung!" Nafi Taeyang.

"Ye ke? Macam tak percaya je aku dengan kau ni." Jun menaikkan keningnya memandang si Taeyang itu.

"Betullah hyung! Tak percaya tanya Hansol. Kan Hansol kan? Hyung tak buat apa pun kan?" Soal Taeyang kepada Hansol. Hansol yang baru sahaja mahu menganggukkan kepalanya terus melopong mulutnya sebaik sahaja melihat Jun.

"Hyu... Hyu... Hyung..." Hansol tidak mampu meneruskan percakapannya namun tangannya menunjuk di belankang Jun. Dia amat terkejut sehingga tidak mampu berkata-kata.

"Apa hyung, hyung? Kau ni cakap biar jelas boleh tak?" Marah Jun sambil menepis-nepis tangan yang masih mencuit pipinya itu.

"ADA PONTIANAK BELAKANG HYUNGGGG!!! LARIII SEMUAAA!!!" Namun malangnya semua sudah lari meninggalkan Hansol sendirian di situ. Rupa-rupanya mereka semua sudah menyedari perkara itu lebih awal termasuk Jun sendiri. Kini tinggal Hansol yang terketar-ketar lututnya menghadap pontianak tersebut.

"WOI HANSOL BENGAP! KAU BUAT APA LAGI KAT SITU? LARILAH CEPAT!" Jerit Hoshi. Dia kemudiannya lari masuk ke dalam rumah.

"HAI AWAK!" kata Pontianak ity melambaikan tangannya kepada Hansol lalu tersengih menunjukkan giginya yang hitam itu. Hansol apalagi daripada terketar-ketar lutut terus angkat kaki membuka langkah seribu meninggalkan pontianak itu.

"HUWAAAAA! HYUNG!!! JANGAN TINGGAL HANSOL SORANG-SORANG!!!" jerit Hansol kemudiannya berlari sekuat hati masuk ke dalam rumah.

"KENAPA DIA LARI? PADAHAL AKU DAH SENYUM DAH KAT DIA. TAKKANLAH DIA TAK TERPESONA DENGAN SENYUMAN MENAWAN AKU NI?PADAHAL DAH RAMAI PONTIANAK LELAKI YANG CAIR TAK HIDUP-HIDUP DAH LEPAS TENGOK SENYUMAN AKU NI? ADOI! AKU NAK CARI ORANG LAINLAH. RUGI BETUL DIA TAK NAK BERKENALAN DENGAN AKU YANG MENAWAN NI. HUH!" Pontianak yang tak sedar diri itu pun kemudiannya terbang ke tempat lain untuk mencari kekasih hatinya yang sebenar-benarnya.





Yes 1017 words. Akhirnya otak author berkembang jua untuk meneruskan fanfic ini.

WE ARE FAMILY!! BTSEVENTEENSF9Where stories live. Discover now