BROKEN SECRET

725 64 1
                                    

"Rowoon!" Panggil Jin. Rowoon yang baru sahaja mahu mahu menaiki tangga untuk balik ke bilik berpatah semula ke dapur kerana Jin memanggilnya.

"Nah, makan ubat dulu. Pastu baru naik." Kata Jin lalu memberikan Rowoon tiga biji ubat yang berlainan jenis bersama dengan segelas air.

"Gomawo hyung." Kata Rowoon lalu mula menelan ubat-ubat tersebut. Dia mengerutkan dahinya kerana rasa ibat itu amatlah tak sedap dan pahit. Jin yang melihat raut wajah Rowoon itu tersengih.

"Ubat mana je yang sedap Rowoon. Kalau nak sihat kenalah makan ubat." Ujar Jin. Dia mengambil gelas daripada Rowoon dan meletakkannya di atas meja.

"Rowoon duduk dulu." Arah Jin dan Rowoon hanya mengikut arahannya. Dia duduk di kerusi yang bertentangan dengan Jin.

"Isnin minggu depan ada  appointment dengan doktor. Kita pergi ea?" Pujuk Jin. Rowoon kelihatannya masih berfikir namun tak lama selepas itu dia menganggukkan kepalanya.

"Berapa lama rawatan tu yang Rowoon kena hadir?" Soal Rowoon.

"Doktor cakap disebabkan penyakit Hepatitis A Rowoon masih lagi di peringkat awal, tak lama sangat tempoh rawatan dia.  Haritu doktor cakap dalam tiga bulan setengah rawatan sekali dengan tanpa skip ubat-ubat tu. Kemungkinan Rowoon bebas daripada penyakit Hepatitis A ialah hampir 96%." Jelas Jin. Rowoon yang mendengarnya mula mengukirkan senyuman gembira kerana penyakit tersebut boleh diubati dengan secepat mungkin.

Tanpa mereka sedari, rupa-rupanya ada sepasang telinga yang mendengar perbualan mereka berdua. Orang tersebut ialah Taeyang. Taeyang menutup mulutnya sebaik sahaja berita yang tak pernah disangka-sangkanya itu akan datang menyinggah pendengarannya.

"Apa Jin hyung, Rowoon hyung ada penyakit Hepatitis A?" Soal Taeyang sambil berjalan dengan lemah menghampiri mereka berdua. Terkejut beruk Rowoon dan Jin apabila Taeyang datang secara tiba-tiba ke arah mereka.

"Eh mana ada! Mana ada Jin hyung cakap macam tu! Kan Jin hyung kan?" Rowoon cuba menyembunyikan kebenaran.

"Rowoon hyung jangan nak tipu Taeyang boleh tak?" Taeyang memandang ke arah Rowoon. Matanya berair memandang ke arah hyung kesayangannya itu.

"Betul, hyung mana ada tipu Taeyang. Taeyang salah dengar kot. Hyung mana ada penyakit." Nafi Rowoon lagi. Taeyang kemudiannya terus berlari masuk ke biliknya tanpa menghiraukan panggilan Rowoon dan Jin.

"Macam mana ni hyung?" Soal Rowoon kesal. Dia memandang Jin meminta penyelesaian.

"Pujuklah Taeyang tu. Alang-alang dia dah tahu kebenaran nak buat macam mana. Lambat-laun dia akan tahu jugak." Nasihat Jin. Rowoon mengangguk lalu mula melangkah ke bilik Taeyang.

Taeyang melihat gambarnya yang diambil bersama Rowoon sebelum persembahan Easy Love tahun lepas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Taeyang melihat gambarnya yang diambil bersama Rowoon sebelum persembahan Easy Love tahun lepas. Perlahan-lahan air matanya jatuh menuruni pipinya. Tak disangka Rowoon yang sentiasa ceria selam ini menyimpan satu rahsia yang mereka tidak tahu.

Rowoon memulas tombol pintu bilim tersebut tanpa mengetuknya terlebih dahulu kerana dia tahu kalau dia ketuk pon Taeyang takkan buka. Dia melihat Taeyang duduk di birai katil sambil termenung melihat sekeping gambar. Rowoon tahu itu gambarnya dengan Taeyang yang diambil sebelum persembahan Easy Love tahun lepas. Dia kemudiannya melangkah mendekati Taeyang.

"Taeyang..." Panggil Rowoon namun tiada sahutan dari Taeyang.

"Tae..." Tidak sempat Rowoon berkata-kata, Taeyang sudah memotongnya.

"Kenapa hyung sembunyikan hal yang begitu besar ni dari kami semua?" Soal Taeyang bersama linangan air mata.

"Hyung..."

"Kami ni tak penting ke dalam hidup hyung?" Taeyang potong cakap Rowoon lagi.

"Bukan mac..."

"Bukan apanya? Dah jelas-jelas hyung tak nak kitorang tahu kan pasal ni? Hyung tahu tak, Taeyang tak pernah bayangkan perkara ni akan terjadi kat kita. Tapi..." Taeyang tak mampu meneruskan kata-katanya.

"Hyung mintak maaf. Bukannya hyung nak belakangkan korang semua. Tapi hyung tak nak korang sedih sebab hyung." Rowoon cuba menjelaskan.

"Hyung tak fikir ke yang kitorang akan lagi sedih kalau tak tahu apa-apa langsung pasal ni?" Soalan Taeyang itu mendiamkan Rowoon. Betul, dia tak pernah terfikir langsung akan hal itu.

"Kitorang semua sayangkan hyung. Macam mana kita sayangkan satu sama lain macam tu jugaklah kita tak nak kehilangan antara satu sama lain. Hal ni bukannya main-main hyung. Melibatkan hidup dan mati." Luah Taeyang.

"Hyung pon mulanya tak tahu lansung pasal hal ni. Tu pon hyung terdengar perbualan Jin dengan Suga hyung. Hyung sembunyikan dekat korang sebab tak nak suasana jadi suram sebab hyung. Nanti korang semua sedih sebab hyung." Jelas Rowoon.

"Habistu macam mana sekarang ni?" Soal Taeyang.

"Boleh tak Taeyang jangan bagitau sapa-sapa pasal ni?" Pinta Rowoon. Kelihatannya Taeyang masih berkira-kira demgan permintaan Rowoon itu. Tidak lama selepas itu Taeyang mengangguk.

"Boleh. Tapi Isnin minggu depan Taeyang nak teman hyung pergi hospital." Pinta Taeyang. Rowoom hanya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.

Manakala di luar pintu bilik itu kelihatannya Suga dan Jin tersenyum kelegaan apabila melihatbmereka sudah berbaik semula. Mereka berharap agar kebahagiaan tetap menjadi milik mereka.









754 words.








Taewoon shipping😍😍😍

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Taewoon shipping😍😍😍

WE ARE FAMILY!! BTSEVENTEENSF9Where stories live. Discover now