DEMAM

1.1K 84 6
                                    

Suga duduk bermalas-malasan di sofa ruang tamu kedua. Sambil itu mulutnya mengunyah sesuatu yang dipanggil kacang goreng. Youngbin yang mahu ke dapur itu melihat perlakuan Suga lantas mendekatinya.

"WEI MIN YOONGI!" Seraya itu Youngbin menepuk bahu Suga itu. Namun malang nasibnya apabila bekas balang yang berisi separuh kacang itu terlekap di kepalanya. Habis jatuh bertaburan kacang-kacang tersebut. Suga pula hanya membuat muka tak bersalah.

"APA NI SUGA!" Jerit Youngbin bagaikan perempuan gedik. Suga hanya membuat wajah tiada perasaan lalu menyambung perlakuannya semula sewaktu sebelum diganggu Youngbin.

"Sapa suruh kau terkejutkan aku. Padan muka kau." Balas Suga selamba. Youngbin lantas mahu berlalu dari situ untuk membersihkan rambut dan wajahnya yang terkena kacang tersebut.

"Wei sebelum tu sapu dulu kacang-kacang tu dulu. Salah kau jugak." Suga sempat berkata-kata. Youngbin hanya mengeluh perlahan. Terasa menyesal menyergah Suga sebegitu tadi.

Chani melangkah menuju ke arah bilik keenam yang bersebelahan dengan biliknya. Dia perlahan-lahan memulas tombol pintu bilik tersebut. Sekali tengok lagaknya bagaikan pencuri. Chani menuju ke arah katil Rowoon dan menyingkap selimut yang digunakan Rowoon.

"YAH HYUNG! BANGUN! JIN HYUNG SURUH HYUNG BANGUN!" Chani menggunakan high notenya walaupun dia hanya rapper. Namun Rowoon tetap seperti tadi.

Chani berasa pelik dengan Rowoon lalu mendekati Rowoon dan dapat dilihat muka Rowoon menjadi merah dan berpeluh peluh. Chani melihat ke arah aircond namun aircond masih terpasang. Kuat lagi aircond tu, dialog Chani dalam hati. Dia meletakkan belakang tangannya di leher Rowoon untuk merasai suhu badan Rowoon.

"Mak aih, panasnya. Kena bagitahu Jin hyung ni." Chani terus berlari keluar dari bilik itu lalu menjerit memanggil Jin selaku hyung paling tua dalam kalangan mereka.

"JIN HYUNG! JIN HYUNG! JIN HYING!" Jeritan Chani bergema di seluruh isi rumah tersebut. Semua yang sedang syok bergosip di ruang tamu tentang lalisa monamon terkejut mendengar jeritan Chani yang bagaikan langsuir hilang anak itu.

"KAU DAH KENAPA CHANI! AKU TWNGAH SEDAP BERGOSIP PASAL LISA BLACKPINK NI KAU SIBUK KACAU DAH KENAPA?" Jerit Seungkwan kerana ceritanya terganggu akibat jeritan sang Maknae itu.

"ROWOON HYUNG DEMAM!" jerit Chani tanpa menghiraukan amarah anak Boo itu.

"APA!" seisi rumah itu bergegar dengan jeritan 27 pemuda tak cukup matang tersebut.

Sementara itu....

"Bang, saya peliklah dengan jiran sebelah rumah kita ni?" Adu Mak Munah kepada Pak Jebon.

"Apa yang peliknya?" Tanya Pak Jebon pula sambil mengorek tahi hidungnya yang sudah keras dan berwarna hijau lumut. Macam mana boleh jadi hijau lumut aku pun tak tahu...

"Ish apa abang ni!  Tahik hidung keras 10 tahun tak korek tunjuk depan saya. Macam mana saya boleh kawin dengan jebon macam awak ni. Dahlah malas layan orang tua tak de gigi macam ni." Mak Munah kemudiannya berlalu meninggalkan Pak Jebon yang sudah lencun dengan air mata dan hingus akibat kata-kata Mak Munah itu.

Kembali ke rumah....

"Hyung macam mana ni? Deman Rowoon teruk sangat?" Kata Suga. Dia meletakkan belakang tangannya di dahi Rowoon.

"Jom kita hantar ke hospital. Demam dia teruk sangat ni." Kata Jin dan terus memapah Rowoon yang sudah tersangat lembik macam sayur kobis layu.

"Hah korang semua jaga rumah. Hyung dengan Suga hantar Rowoon pergi hospital. Hyung tak balik malam ni. Makanan semua hyung dah panaskan dalam microwave tu. Cuma ambik dan makan je. Lagi satu pinggan jangan lupa basuh. Kalau sorang tak basuh pinggan, hyung denda korang macam haritu." Jin memberi amaran. Mereka semua mangangguk laju dengan arahan Jin itu. Kecut perut mereka mengingatkan hari tersebut.

"Hyung pagi esok kitorang pergi hospital lawat Rowoon boleh tak?" Soal Hoshi. Mereka semua mengangguk laju bak burung belatuk.

"Boleh tapi hati-hati bawak kereta tu." Jin memberi kebenaran dan terus berlalu bersama Suga.

"BAIK BOSS!" jerit 28 orang jejaka tersebut walaupun pintu sudah ditutup.

"PILLOW WAR!" Jerit Taehyung lalu bermulalah perang bantal antara mereka semua.








Hi readers semua. Lama dah author tak update citer ni. Maaflah pendek. Author tak de idea sangat. Harap readers semua enjoy dengan citer tak seberapa author ni.

Author nak tanya readers semua. Nak author matikan watak rowoon tak? Tak bestlah kan kalau citer ni takde part sedih2. Sebab dalam citer ni demam rowoon terlampau teruk hingga boleh menyebabkan kematian. Jadi author bagi readers semua pilihan:
1. Rowoon mati
2. Rowoon koma
3. Rowoon sembuh dari demam tapi sebenarnya ada penyakit lain tapi semua orang tak tahu. Hah pilih-pilih. Vote paling bantak untuk tu author akan pilih untuk teruskan citer We Are Family!! BTSEVENTEENSF9

WE ARE FAMILY!! BTSEVENTEENSF9Where stories live. Discover now