THE STARTER OF SUFFER

1K 77 7
                                    

Jin dan Suga menunggu dengan penuh sabar di ruang menunggu tersebut. Sesekali Jin melirik ke arah jam tangannya kerana sudah hampir sejam mereka menunggu di luar bilik kecemasan tersebut. Suga pula tidak habis-habis menjengukkan kepalanya unyuk melihat sama ada doktor sudah keluar atau belum dari bilik kecemasan tersebut.

Rowoon dikejarkan ke wad kecemasan kerana suhu badannya terlalu tinggi dan kalau mereka terlambat sedikit sudah pasti bertemu dengan ajallah Rowoon jawabnya. Tiba-tiba bunyi pintu dikuak dari dalam membuatkan Suga dan Jin terus menerpa ke arah doktor yang berkaca mata tersebut.

"Macam mana keadaan Rowoon doktor?" Soal Jin risau. Suga pula pura-pula cool padahal dalam hatinya panas bagaikan air yang mendidih apabila memikirkan keadaan Rowoon itu. Doktor itu tersenyum sedikit kepada mereka berdua.

"Nasib baik kamu berdua cepat. Suhu badannya kami telah berjaya stabilkan ke tahap normal. Tapi ada satu perkara yang membuatkan pihak kami susah hati." Jin yang baru sahaja mahu menarik nafas lega terus terbuntang matanya mendengarkan kata-kata doktor itu. Begitu juga dengan Suga yang baru sahaja berjaya menyejukkan hatinya akhirnya panas kembali.

"Perkara apa tu doktor?" Tanya Suga tidak sabar. Walaupun dia selalu bergaduh dengan Rowoon namun dalam hatinya tersetik rasa sayang sebagai seorang abang kepada adik terhadap Rowoon.

"Ermmm... Waktu check - up tadi, kami mendapati ada satu masalah terhadap hati pesakit. Setelah pihak kami buat kajian dengan lebih mendalam, kami mengesahkan bahwa Encik Rowoon positif menghidap Hepatitis A. Tapi jangan risau sebab penyakit ni masih dalam peringkat awal lagi. Pihak kami perlukan kebenaran ahli keluarga pesakit untuk melakukan pemantauan lebih lanjut terhadap kesihatan Encik Rowoon." Jelas doktor tersebut panjang lebar. Suga dan Jin meramas rambut mereka setelah mendengarkan berita tersebut.

"Mana borang tu doktor? Saya ahli keluarga dia." Ujar Suga setelah agak lama dia dan Jin mendiamkan diri. Jin memandang Suga bagaikan tidak petcaya dengan kenyataan Suga tersebut.

"Suga..." Jin tidak mampu meneruskan kata-katanya. Suga memberikan pandangan dengan penuh pengharapan terhadap hyungnya seorang itu. Melihatkan keadaan Suga itu, akhirnya Jin menganggukkan kepalanya tanda bersetuju.

"Sila sain di sini dan juga isi maklumat pesakit serta nama kamu." Terang doktor yang lebih dikenali sebagai Doktor Dong Han. Tu pun tahu sebab tengok nametag dia. Suga tanpa melengahkan masa terus melengkapkan borang kebenaran tersebut.

"Terima kasih atas kerjasama kamu. Saya minta diri dulu. Pesakit akn dipindahkan ke wad biasa selepas ini. Selepas itu, kamu bolehlah melawat pesakit." Kata Doktor Dong Han lalu berlalu bersama nurse tersebut.

"Hyung, aku tak sangka jadi macam ni." Kesal Suga. Jin menepuk bahu Suga untuk menyabarkannya di samping memberi kekuatan terhadap dirinya sendiri.

KEESOKAN PAGINYA....

"CEPATLAH BOO SENGKUANG! KAU SORANG JE YANG TAK TURUN LAGI! SEMUA ORANG DAH TURUN DAH ADA DALAM KERETA DAH PUN! KAU NI JATE KE TINO NAK MEKUP - MEKUP BAGAI!" Jerit Youngbin tidak sabar. Sudah sejam mereka menunggu Seungkwan sehinggakan ada yang tertidur di bawah sofa semata-mata manunggu Seungkwan. Dan orang itu ialah Si Taehyung.

"DAH SIAP!!!!" jerit Seungjwan lalu berlari menuruni anak tangga bagaikan anak gajah dihambat dwngan harimau. Dia berlari ke arah Youngbin namun dipesongkan lariannya kerana panahan mata Youngbin amatlah tajam sehingga menakutkan Seungkwan.

"Dah jom! Kejut Taehyung tu yang dah tidur bawah sofa tu sebab tunggu kau punya pasal. Orang dah kejut awal kau pergi tidur balik sapa suruh." Bebel Youngbin sambil mengarahkan Seungkwan untuk mengejutkan Taehyung. Seungkwan pun tanpa banyak bunyi terus mendekati Taehyung dan mengejutkannya.

"Wei Taehyung hyung! Bangun! Jom pergi lawat Rowoon hyung kat hospital!" Kejut Seungkwan. Taehyung yang tersedar terus bangun menuju ke pintu sambil diekori oleh Seungkwan. Sebaik sahaja Seungkwan ingin masuk ke dalam kereta tersebut, ada tangan yang manahannya.

"BOO SEUNGKWAN! BERPAA KALI AKU PESAN SURUH KAU KUNCI PINTU DARI TADI!" Itu dia Si Jeonghan apabila bersuara. Seungkwan memandang Jeobghan sambil tersengih-sengih lalu berlari untuk mengunci pintu rumah besar itu.

"Dah." Kata Seungkwan lalu masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh Namjoon.

"ARE YOU READY?" Jerit Namjoon sebagai pemandu kereta.

"READY!!!" Jeritan tersebut mendapat sambutan daripada mereka semua. Namjoon sebagai driver kereta 01 memulakan perjalanan untuk pergi ke destinasi utama iaitu hospital. Driver kereta 02 iaitu Inseong mengekori kereta 01 dan driver kereta 03 iaitu S.Coups turut mengekori kereta 02. Mereka terpaksa menggunakan tiga buah kereta. Almaklumlah ramai sangat penumpang.





696 words. Sorry kepada semua pembaca setia We Are Family yang sentiasa menunggu fanfic ini untuk diupdate. Mulai hari ni author akan uldate sebanyak mana yang author amampu. Terima kasih kepada siapa yang setia vote, comment dan letakkan cetita ni dalam reading list korang. Author hargai sangat - sangat. Exam akhir tahun form 4 dah lepas. Sapa form 4 yang baca ni. Dah nak SPM kita tahun depan. Apa-apa pun good luck untuk SPM batch 2002 dan juga sesiapa yang akan perperiksaan besar. Lots of love😀😊. Yang ni takde gambar.

WE ARE FAMILY!! BTSEVENTEENSF9Where stories live. Discover now