Rein mengetapkan giginya dan serta-merta rambut hitam kemerahannya perlahan-lahan bertukar putih keperakan dan wajah berkulit cerahnya itu memerah lagi hingga ke leher.

" Selama ini.."

" Aku tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan hal tu,Eiid.Aku memang tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan Darius sejak dulu lagi.Dia dan Hunter memiliki bau yang sangat serupa dan beberapa hari kebelakangan ini aku dapat merasakan ada kuasa kejahatan yang hanya aku rasai daripada tubuh Tetua Myn pada tubuh Darius."

" Kesan berbalik Sihir Napahea.." Rein berbisik tanpa sedar tetapi masih dapat didengari oleh mereka yang lain "Kerana Ara sendiri adalah Napaheash.Perantara kepada sihir Napahea itu sendiri !"

" Ara tahu tapi merahsiakan daripada kami?" Aiiden mengernyit dengan mata mencerun ke arah gadis itu." Dan kerana itukah Ara membiarkan sahaja Darius menculik Ara?"

" Hanya dengan cara itu aku dapat mengumpan Tetua Myn menunjukkan wujudnya yang sebenar.Dia tidak akan dikeluarkan daripada tubuhnya yang baru jika tubuh barunya tidak berada diambang kematian ! Ikatan antara pemilik cebisan jiwa tersebut dengan tubuhnya yang baru hanya akan berakhir apabila tubuh baru yang dipilihnya sedang berada di antara hidup dan mati ."

" Darius?"

" Jangan bimbang,Ken.Panahan aku tidak tepat ke jantung Darius dan aku yakin dia akan dapat diselamatkan "

" Sekali lagi aku memandang rendah pada kau Yang Terpilih !" Figura seperti asap Tetua Myn kedengaran bertempik lagi dan serta-merta angin kuat menerpa mereka bertujuh memaksa mereka menegapkan lutut masing-masing agar tidak terdorong semakin jauh  ke belakang" Jahanam!"

" Salahkan diri kau kerana memilih sihir terkutuk begitu ! Kerana kau Darius menjadi mangsa."

" Tidak ada apa-apa yang aku lakukan.Jiwa makhluk rendahan tu memang sudah sedia rosak dengan dendam dan kejahatannya sendiri."

Dalam wujud apa sekalipun Tetua Myn tetap sahaja angkuh dan ia membuatkan Ara semakin hilang sabar.Ditolaknya benteng-benteng tubuh enam saudaranya itu sambil mendesis benci.

Dengan tubuh ringan melayang sehelai daun,kaki Ara yang mendarat ke permukaan tanah  dan jelas kelihatan kaki tidak berkasutnya itu terbenam beberapa inci kedalam tanah dan mereka yang berada disitu dapat merasakan tanah di bawah tapak kaki masing-masing bergegar sementara daripada tubuh Ara menyeruak haba panas dan bau khusus Sang Luna Lycan Bangsa Zinxs itu memenuhi indera bau tiga lagi susuk tubuh Bangsa Zinxs yang berada di situ.

Tetapi libasan Pedang Armosnya langsung tidak menjejaskan Tetua Myn dalam wujud asap kehitaman itu.

Vixx dan Rein yang dipagut rasa cemas menyaksikan bagaimana Ara melibas sia-sia kearah Tetua Myn hanya mampu memandang dengan riak wajah gelisah.Jelas kelihatan bagaimana susuk tubuh tidak berbentuk Tetua Myn seperti seakan-akan mempermainkan Ara ketika itu.

Suaranya kedengaran berdekah-dekah dalam nada yang menyeramkan pada pendengaran mereka.Mereka tahu ada sesuatu yang sedang dirancang oleh Tetua Myn kerana dengan kekuatan nya yang seperti meningkat berkali-kali ganda daripada dulu,tidak mustahil dia boleh mengalahkan Ara.

" Aku dapat merasakan aura kejahatan Tetua Myn lebih besar dari dulu.."

" Apabila kau memisahkan separuh jiwa kau menggunakan Sihir Napahea,jiwa yang tersisa adalah jiwa daripada kejahatan paling dalam .Jiwa yang dipenuhi kutukan dari alam kejahatan dan sangat melanggar aturan dunia bangsa penyihir
sendiri."

Sahut Vixx merendahkan suara mengerling N yang separuh tergamam disebelahnya.

" Jiwa terkutuk itu sendiri memerlukan tenaga kejahatan dari makhluk lain untuk terus hidup "

Suara Vixx menendang gegendang telinga mereka yang lain dan tidak semena-mena Ken yang semakin cemas menyerbu ke arah Tetua Myn dengan pedang terhunus ditangannya.Bagaikan mendapat keberanian daripada tindakan Ken,Mark juga N serentak berlari kehadapan.

Namun,serangan mereka sepertinya langsung tidak berguna apabila hanya dengan satu kibasan tangannya,Ken-Mark dan N terpelanting ke belakang seperti terlanggar dinding getah.Masing-masing mendarat pada belakang dan bangkit lagi dengan susah-payah.

" Aku cuma memerlukan jiwa rosak yang dipenuhi kejahatan seperti Darius.Bukan salah aku jika kekuatan aku pulih dengan pantas.Ternyata jiwa bangsa manusia adalah jiwa yang memiliki paling banyak kejahatan tersembunyi !"

" Tapi kau terlupa bahawa manusia juga masih memiliki kebaikan jika mereka memilihnya."

Ara menyahut sinis dan tetap mengawasi pergerakan tubuh tidak berbentuk itu dan tangannya masih menggenggam hulu Pedang Armos dengan kejap.

"Buktinya kau tetap tidak dapat menguasai sepenuhnya tubuh Darius kerana masih ada sisa kebaikan dalam dirinya dan kau tak ubah seperti susuk kecundang yang tewas hanya dengan sedikit sahaja kebaikan yang bersisa dalam dirinya !"

Hunter.Begitu getus hati Aiiden dengan rasa cemas yang semakin membuak.Hunter yang merupakan cebisan kebaikan dalam dalam jiwa Darius adalah benteng terakhir yang menghalang Tetua Myn daripada menguasai sepenuhnya susuk tubuh anak bongsu Keluarga Artemis itu.

Dan jika sahaja Tetua Myn berjaya menguasai tubuh yang baru,dengan kuasa yang di miliki Keluarga Artemis dia tidak tahu kejahatan apa lagi yang boleh dilakukan oleh Tetua Myn.

" Tapi lupakan tentang Darius !!"

Tetua Myn tiba-tiba melayang dan tangannya yang hanya berbentuk seperti asap itu mencengkam leher Ara dan serta-merta tubuh Ara terangkat tinggi ke udara.

" Aku ingin tahu bagaimana rasanya jika berjaya menguasai tubuh manusia terpilih seperti kau,Luna Arabella !!"

+              +                 +

LAST HUNTER II : VARTRATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang