-28-

282 26 11
                                    

Ara harus mengakui bahawa dia memang tidak mempunyai kemahiran dan kebolehan menyiasat dengan menggunakan kaedah moden seperti Ryo kerana tentu sahaja pemuda itu adalah seorang pegawai berpangkat Leftenan yang terlatih dan mahir dalam hal tersebut.

Ataupun keberanian seperti Hunter yang memburu terang-terangan manusia hybrid dan Bangsa Athos yang menebar onar di seluruh pangea tetapi dia tidak ada kaedah bagaimana untuk mengaitkan Darius dan Kiyo dengan Kumpulan Templar seperti yang diterangkan Ryo dua malam sudah.

Ada sesuatu yang berlegar di dalam kepalanya namun dia tidak tahu bagaimana hendak membuktikannya.

Benar.Sejak kali pertama Ara melihat Darius terutama kali semasa dia dan Kiyo datang ke restoren kecil di mana Ara bekerja itu pada suatu pagi ,Ara memang sudah dapat merasakan ada yang aneh tentang lelaki itu.

Pertama- apabila dia mengatakan bahawa dia dan Kiyo adalah dua adik-beradik yatim piatu yang baru pertama kali datang ke bandar.Bukan sahaja kerana penampilan mereka bersih dan kemas tetapi jauh daripada itu,jelas sekali Darius memiliki sebahagian daripada darah Bangsa Athos semantara Kiyo pula adalah manusia biasa.

Dan kini,dengan penemuan dan hasil penyiasatan Ryo,segalanya seperti sudah terjawab namun ia bermakna hanya satu hal yang pasti.Bangsa Athos sudah mengetahui bahawa dia adalah Yang Terpilih !

Melihat Darius bersusah payah menggeser tong besar dengan kapasiti gas cecair untuk memasak seberat 50 kilogram itu Ara mengerutkan kening.Mengingat semula hasil pertemuan mereka bertiga beberapa malam lepas, barulah Ara tahu selama ini mengapa Kiyo selalu kelihatan tertunduk-tunduk di hadapan Darius.

Ini tidak lain tidak bukan adalah kerana Darius merupakan Tuan Muda sebuah keluarga kaya-raya dan jelas sekali mempunyai hubungan dengan Bangsa Athos.Dua alasan itu pasti sudah mencukupi untuk mengharuskan Kiyo menghormati Darius.

" Darius." Ara melaung pemuda itu yang sedang menyeka peluh dengan wajah putih bersihnya merah padam.

" Ya"

Pekk !

Darius tergamam manakala Ara hanya meringis melihat kain yang kebiasaanya digunakan untuk mengelap pinggan itu sudah melepek di atas muka pemuda tersebut.

" Maaf.." Ara tergaru-garu pula sambil menghampiri Darius yang masih terlongo menatapnya.

" Lain macam betul gurauan Ara ni." Darius menggelengkan kepala antara terkejut dan hairan dengan kelakuan Ara kali itu."Daripada baling tuala,kenapa tak baling pisau terus?"

Misi pertama gagal teruk malah Darius melayangkan tatapan pelik kepada Ara lantas berlalu begitu sahaja menuju ke ruang hadapan apabila kedengaran loceng pada pintu berdenting petanda ada pelanggan yang datang.

Ditinggalkan sendirian, Ara bingung sendiri.Bangsa Athos memiliki kemampuan refleks yang sangat pantas dan kerana sebab itulah mengapa Ken dan Ryu mampu menjadi pemuda-pemuda terpilih dan terkenal kerana kepantasan serta kecekapan mereka dalam kemahiran bertempur malah jangan lupakan hakikat bahawa Ryu adalah pemuda yang berjaya menewaskan Panglima Artakus yang merupakan panglima handalan Istana Besar.

Tetapi berbeza dengan Darius.Ternyata tindakan refleksnya sekejap tadi sangat perlahan sehingga untuk mengelak lemparan tuala pun dia tidak mampu !

Kekuatan?

Ara tidak yakin sama sekali.Menggeser tong berisi cecair untuk memasak itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan urat pada pangkal lehernya seperti hendak meledak sedangkan Bangsa Athos adalah satu bangsa yang digeruni dek kerana kekuatan yang mereka miliki terutama sekali jika mereka sedang berada dalam situasi yang dominan yang ditandai dengan perubahan pada warna anak mata dan taring yang mencuar tiba-tiba.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now