-17-

285 29 6
                                    

" Araa..."

Ara menghembuskan nafasnya berat dan lambat-lambat menoleh ke belakang.Ada Darius kelihatan berlari-lari anak menuju ke arahnya dengan senyuman lebar.

" Nak pergi mana?" Darius mempamerkan deretan giginya yang rapi." Ikutt.."

Ara mengetatkan giginya cuba tersenyum walaupun senyumannya ketat dan geram.

" Nak ke bulan !"

Darius sememangnya tidak faham kejengkelan Ara atau buat-buat tidak faham ,kadangkala Ara tidak dapat membezakannya.

" Jomm.Biar saya yang pandu kapal angkasanya.Bolehkan?"

Mendengarnya Ara menahan diri sahaja daripada tidak menjambak rambut hitam Darius.Kalau tidak memikirkan ada Kiyo yang menatap mereka berdua dengan sedikit tersenyum,mahu sahaja Ara membekuk leher lelaki tinggi lampai yang satu ini.

Sangat mujur dia masih  mahu mengenangkan tentang tatasusila dan ia sedikit sebanyak dapat mencegah Ara daripada tidak  segan-segan menendang tulang kering Darius. Biar sampai dia terduduk juga tidak apa !

" Tak payah !"

" Tak dengar..." Dia berjalan selamba sambil menutup telinganya tanpa rasa bersalah "Apa Ara?? Tak dengarlah.."

Ara hanya mampu menggaru dahinya yang tidak gatal sambil menatap Darius yang sudah melenggang riang menghayunkan bakul besar yang direbutnya dari jinjitan tangan Ara itu ke kiri dan ke kanan.

" Dia tu kenapa?"

Rahang Ara terasa mengeras.Geramnya mulai menjolok ubun-ubun.Ada juga yang merasa penendang sekejap lagi !

"Maaf Ara.." Kiyo memasang tampang bersalah sambil sedikit menundukkan kepalanya. "Jangan ambil hati.Adik saya tu tak siuman sangat "

" Dia ikut, ruang depan macam mana?"

" Tak apa, Ara..Saya boleh gantikan sekejap."

Sedikit tersenyum yang lebih mirip seringai orang yang sedang menderita akibat sakit gigi, Ara kemudian menganggukkan kepalanya ke arah Kiyo dan kemudian melebarkan langkah menuju ke arah Darius yang sudah berdiri menunggunya di hujung lorong.

Seperti biasa setiap hari sebelum restoren ditutup untuk dua hari, Ara akan ditugaskan untuk membeli barang kering  untuk sepanjang minggu akan datang apabila restoren dibuka semula nanti.

Ara sudah cuba untuk berjengket sesenyap mungkin namun belakang kepala Darius seperti mempunyai mata kerana dia tetap dapat melihat kelibat Ara yang cuba menyelinap keluar. Dan di situlah dia.Menyeringai mempamerkan giginya dan telatah Darius membuatkan Ara benar-benar mati kutu.

Memang Ara tidak tahu apa yang berlegar didalam kepala Darius  kadangkala.Perwatakannya kelihatan lurus bendul dan memang punya tampang wajah minta dibuli.Dengan kulitnya yang cerah seperti anak dara pingitan,Ara tidak akan terkejut jika disenggol sedikit sahaja dia akan tumbang.

Gerak-gerinya tampak canggung.Walaupun tubuhnya tinggi dan kelihatan tegap,jarang sekali dia melakukan sesuatu pekerjaan yang sedikit berat jika tidak dibantu oleh Kiyo.Jika Ara memarahinya, dia hanya tersengih seperti orang tiga suku.

Malah cemerkapnya sesekali menjengkelkan Ara.Bukan tidak pernah dia tersandung kaki meja dan menyebabkan dia hampir menimpa pelanggan tapi ajaib sekali apabila sang majikan mereka yang selalu mempamerkan roman wajah seperti ais batu itu tidak pernah pula menaikkan suara kepadanya.

Jika dengan pekerja lain,melakukan sesuatu yang betul saja jika angin sang majikan sedang tidak elok-mereka boleh terkena tempiasnya,tetapi dengan Darius tanduk bercabang dan ekor merahnya mendadak tumpul dan tampang jin tersalah sajiannya akan berubah menjadi raut wajah para kaum bunian yang bersinar-sinar.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now