-30-

314 27 22
                                    

Tanpa sempat mandi, Ara merebahkan tubuhnya ke atas permukaan katil dan menutup mata sambil mengurut pelipisnya yang terasa berdenyut sejak akhir petang tadi.

Dengan tubuh yang masih melekit dan berbau sabun pencuci pinggan yang bercampur dengan bau minyak,hampir serta-merta Ara terlelap.

Mimpi yang dialami oleh Ara aneh sekali.Sebaik sahaja dia meletakkan kepala ke atas bantal selepas menetapkan jam agar mengejutkannya tepat jam 11 malam nanti,dia segera terlelap kerana rasa mengantuk yang cukup berat menggayuti kelopak matanya sejak awal petang tadi.

Dan di dalam mimpinya, dia seperti melihat beberapa susuk tubuh dengan wajah kabur menghampirinya dan salah seorang daripada susuk tubuh tersebut mengangkatnya kebahu seperti memanggul guni beras dan seluruh sendi tubuh Ara entah mengapa terlalu berat untuk digerakkan.

Seperti mimpi tetapi rasa sakit apabila tubuhnya dihumbankan secara kasar ke satu permukaan yang sejuk dan rasa sakit tersebut rasanya terlalu nyata untuk dikatakan sebagai mimpi belaka.

Selepas entah berapa lama rasa terawang-awang Ara membuka kelopak matanya tiba-tiba apabila merasakan ada nama yang menyerunya dari dalam kegelapan.

Dan perkara pertama yang disedarinya adalah dia tidak lagi berada didalam bilik tidurnya sendiri yang sederhana sahaja saiznya dan berlangsir hijau muda itu tetapi sebaliknya berada di sebuah bilik yang amat asing.

Sekeliling bilik tersebut gelap dan pengap dengan lubang pengaliran udara tinggi sekali di atas siling dan ada cahaya malap menerobos masuk melalu lubang tersebut dan satu-satunya lampu yang terdapat didalam bilik tersebut adalah lampu mentol dengan cahaya putih kebiruan yang terang dan dipasangkan corong membuatkan cahaya daripada mentol tersebut tertumpu kepada Ara.

Selain melimpahkan cahaya yang terang,ia juga membiaskan haba panas yang membuatkan wajah Ara terasa hangat.

Manakala di sekeliling kerusi besi di mana Ara terikat , berderet lilin berwarna kemerahan yang diatur rapat antara satu sama lain sehingga membentuk satu garisan cahaya yang apabila di perhatikan membentuk satu corak pentagram yakni bintang berbucu lima dan Ara dibelenggu pada kerusi yang terletak ditengah-tengah pentagram tersebut.

Tepat pada permukaan lantai di mana kaki Ara diikat rapat,jelas dalam penglihatan Ara lantai berjubin tersebut mempunyai corak alur yang aneh dan bersambung-sambung sesama sendiri membentuk belasan bintang berbucu lima yang sama tetapi bersaiz lebih kecil dan berada pada satu garisan lurus tepat menuju ke dinding di mana pelbagai corak dan figura aneh bergabung membentuk satu bingkai seperti sebuah gerbang.

Sambil mengetap gigi, Ara cuba untuk menggerakkan kaki dan tangannya namun semakin kuat dia menggerakkan tubuhnya,ikatan tali kasar pada kaki dan tangannya terasa semakin menyakitkan dan Ara mulai merasakan kulit pada kakinya yang bersentuhan dengan tali kasar tersebut mulai melecet dan perih.

Dalam keadaan masih bingung tentang bagaimana dia boleh berada di dalam bilik gelap tersebut sedangkan semasa dia berbaring tidak berapa lama tadi,dia masih berada di dalam bilik tidurnya kedengaran pintu berkeriut dengan kasar.

" Ara.." Satu wajah yang tidak pernah dilihat Ara sebelum ini menyeringai tepat di hadapan wajah Ara dan dengan seringai biadapnya ,dia menarik sebuah kerusi dari dalam gelap dan kemudian melabuhkan punggungnya " Atau boleh saya panggil Yang Terpilih?"

Ara meringis seraya menutup matanya apabila ruangan gelap tersebut mendadak terang sebaik sahaja seorang lagi lelaki mencelah melalui tautan daun pintu dan kemudian menghidupkan lampu.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now