-49-

243 31 18
                                    

Istana Templar diselubungi suasana yang sangat suram dengan berita kematian Keii menyebar pantas menyebabkan seluruh ahli Kumpulan Templar dari semua pangea datang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada abu jasad Keii sebelum upacara terakhir dilakukan.

Panji lambang kebesaran Istana Templar dengan figura khusus bulatan bujur dengan huruf T besar berwarna hitam itu dikibarkan separuh tiang di gerbang hadapan dan semua kakitangan Istana Templar  mengenakan pakaian khusus berwarna hitam  sebagai tanda berkabung diatas pemergian tuan muda sulung Keluarga Artemis itu.

Sementara itu,puluhan kereta mewah yang berwarna hitam berderet disepanjang jalan manakala ratusan tubuh baik lelaki atau wanita dalam pakaian serba hitam berdiri takzim dipinggir tasik dimana sebentar sahaja lagi abu jasad Keii akan ditaburkan seperti lazimnya upacara terakhir penyempurnaan jenazah Bangsa Athos.Berita kematian anak lelaki sulung Keluarga Artemis itu masih terlalu segar dan sangat mengejutkan.

Lewat petang  penghujung musim luruh itu terlalu senyap.Angin terasa pegun tidak mahu bergerak atau menyusup diantara celah ranting tidak berdaun yang tumbuh berselerak disekitar tasik tersebut.Manakala daun-daun tua berwarna cokelat gelap atau perang tua luruh perlahan-lahan bagaikan mewakili luruhnya setiap titis air mata Tuan Zhenith dan Darius serta para pekerja Istana Templar mahupun dari kalangan sahabat handai Bangsa Athos ataupun sekutu mereka dari bangsa manusia.

Darius dengan wajah paling sembap dan mata yang sudah membengkak serta wajah pucat melangkah perlahan-lahan sambil tangannya memeluk kejap sebuah tembikar berwarna putih yang di dalamnya terdapat abu jasad Keii yang disempurnakan dalam satu upacara khusus yang dilakukan di halaman Istana Templar yang diiringi tangisan dan air mata.

Setiap langkahan kakinya membawa abu jasad Keii ke tempat persemadian terakhirnya menghantar rasa sakit yang bukan kepalang didalam hati Darius.Rasanya baru semalam dia bersua muka dengan Keii di meja makan dan sekejap tadi dia melihat pula susuk tubuh sang abang tenggelam dalam kobaran api yang menjulang.

Darius tahu walaupun Keii melayannya dengan kasar tetapi jauh disudut hati,dia sedikitpun tidak menyalahkan Keii dalam hal itu.Dia sendiri jika menempatkan diri didalam situasi Keii,Darius barangkali juga melakukan hal yang sama.

Bayangkan sahaja Keii sudah kehilangan ibu dalam usia yang masih sangat muda dan dia sendiri melihat bagaimana ibunya menghembuskan nafas yang terakhir di hadapan matanya.

Dan dalam keadaan luka serta trauma akibat kemalangan maut yang meragut nyawa sang ibu tercinta,muncul pula seorang wanita lain yang tiba-tiba mengambil alih tempat yang ditinggalkan itu.

Tidak cukup dengan itu, dia terpaksa pula menerima sahaja momokan daripada rakan sebaya tentang memiliki seorang adik yang berdarah campuran seperti Darius.Malahan Darius tahu dia juga bukanlah seorang adik yang layak dibanggakan.

Selain lahir sebagai darah campuran - satu gelaran yang sangat memalukan bagi  garis tulen Bangsa Athos,Darius juga tahu dia lahir memang dalam tampang menyedihkan.Lemah dan terlalu bergantung kepada orang lain terutamanya kepada sang ayah dan Keii sendiri.

Dia yang selalu sakit dan selalu tercedera memang difahaminya sebagai satu susuk tubuh yang selalu menyusahkan dan paling kurang pun membuatkan ayah mereka selalu risau dengan masa hadapannya terutama selepas ketiadaannya kelak.Darius juga tahu dia tidak bijak dan hebat serba-serbi seperti Keii dan pendek kata dia dan Keii adalah dua paradoks yang sangat berbeza.Seperti bumi dan langit !

Jika Keii adalah kebangaan Keluarga Artemis sebaliknya dia pula adalah kelahiran tabu yang sering menjadi modal bagi keluarga besar lain mengerling sang ayah dengan tatapan mengejek terutama sekali Keluarga Carrow.

Ketika Keii berjaya dalam membereskan satu-satu urusan perniagaan bernilai ribuan NSE yang dipertanggungjawabkan kepadanya,dia pula hanya tahu bagaimana hendak merawat dan memandikan kuda-kuda peliharaan mereka di bangsal sana.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now