-27-

288 29 11
                                    

" Dan.." Ryo menujah kertas dihadapannya lalu membulatkan dua patah perkataan yang tertera di atas kertas itu dengan pen berdakwat basah " Semuanya kembali kepada punca sebenar masalah ini.Kumpulan Templar !!"

Di bawah serkupan suram lampu diatas satu-satunya pintu yang membawa ke atas bumbung pada bangunan itu,mereka bertiga Ara-Ryu-Hunter menekuri sehelai kertas yang pada mulanya kosong namun kini penuh dengan corat-coret tulisan Ryo yang menjelaskan andaian mahupun kesimpulannya tentang seluruh permasalahan tersebut.

Dari kejauhan dengan Hunter yang duduk tegak berpeluk tubuh dengan hulu pedang berikat perca tersandang di belakangnya, Ara yang senyap tetapi memerhatikan lakaran-lakaran Ryo dengan cermat sementara itu Ryo tidak ubah seperti perancang utama kepada sebuah kumpulan perompak elit yang merancang untuk merompak sebuah bank dengan komputer riba di sebelahnya serta coretan pada permukaan kertas tersebut-mereka bertiga kelihatan sekali mirip kepada trio kriminal yang sedang memperincikan rancangan untuk meletupkan sebuah bandar.

" Kumpulan Templar?" Hunter mencelah walaupun sejak dari tadi dia hanya mendiamkan diri " Siapa Kumpulan Templar?"

" Semuanya bermula dengan Dr.Noel "
Ryo meningkahi pertanyaan Hunter dengan menekan kekunci pada permukaan komputer ribanya.Serentak dengan itu juga wajah seorang lelaki yang kelihatan kemas dan bersih terpampang pada skrin komputer riba tersebut.

"Lelaki ini bertugas sebagai seorang doktor pembedahan forensik."

Sambil itu,jari-jemari Ryo menekan kekunci pada komputer ribanya dan skrin juga berubah.Memaparkan satu persatu surat pengesahan daripada Unit Forensik & Bio-Kimia tentang keputusan bedah siasat sementara itu dengan menggunakan hujung pen dia menunding sesuatu pada sudut kanan komputer ribanya.

" Dr.Noel yang mengendalikan dan mengesahkan semua keputusan bedah siasat ke atas mayat yang di temui "

" Betul." Ryo mengangguk mengiyakan kata-kata Ara ." Rasanya tidak perlu kita meneka siapa pelakunya.Bukan begitu Hunter?"

" Kenapa tanya saya?" Hunter menukas tidak senang melihat kedua-dua susuk tubuh itu serentak menatapnya.

" Kalau saya ambil perca kain yang membalut pedang tu,saya yakin akan menemui padanan DNA semua mangsa yang ditemui dalam keadaan tidak berkepala tu."

" Silakan kalau berani !!"

Hunter menatap Ryo dengan rahang yang kaku disebalik penutup mulut hitamnya.

" Awak fikir saya akan berada di sinikah dengan membentangkan segala hasil penyiasatan saya yang jika diketahui oleh pihak atasan akan membuatkan saya berisiko ditembak hidup-hidup jika saya berada dalam posisi untuk membawa awak ke muka pengadilan?"

Ryo kembali membalas dengan sengit dan berhasil membuatkan lelaki yang satu itu bungkam mendadak.Sejak dari awal pertemuan mereka yang tentu saja disebabkan oleh Ara,Ryo memang dapat merasakan bahawa susuk tubuh yang satu itu bukan sahaja terkesan dingin dan datar kepadanya tetapi tidak diragukan bahawa lelaki tersebut tidak menyukainya entah mengapa.

" Ini pula data transaksi keluar masuk akaun atas nama Dr.Noel.."

Skrin bertukar lagi.Kali ini memaparkan pula deretan data berupa huruf dan angka beberapa buah akaun.Ara terkebil-kebil menatap permukaan komputer riba tersebut.

" 3.4 juta NSE.."

" Satu angka yang terlalu banyak untuk seorang doktor daripada golongan sederhana yang baru berkhidmat selama 4 tahun."

" Maksudnya dia bekerja untuk seseorang ataupun sebuah pertubuhan"

" Apa kaitan dengan Kumpulan Templar?"

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now