-60-

254 31 59
                                    

Aiiden menjambak rambutnya sambil bertempik marah sedangkan Rein sudah menujah muka meja dengan penumbuk dengan wajah yang merah padam sehingga ke hujung cuping telinganya.

Ara dan Darius sudah tidak kelihatan dan sederet perkataan yang dilorek ke atas kertas  yang berasal daripada helaian sebuah buku terlekat pada permukaan meja oleh sebilah belati berhulu runcing.

Bukan sahaja perkataan itu membawa maksud memalukan bahawa dia berjaya lagi memerangkap semua orang malahan sederet aksara itu juga membuatkan Eiiden hilang akal.Huruf-huruf tersebut ditulis dengan menggunakan darah Ara sendiri yang sudah mulai mengering !

Checkmate .

Tangan Ken yang meraih telefon bimbit tertahan diudara dan wajah Aiiden yang kelam menatapnya tajam sekali.

" Jangan.."

Suara Aiiden menderam rendah dari celah gigi yang dikatup sehingga otot pipinya kelihatan menonjol.

" Jangan libatkan Tuan Ryo dalam hal ini.Aku tidak perduli apa akibatnya tetapi aku bersumpah akan mengajar Darius dengan tangan aku sendiri !!"

Mark tertoleh dengan wajah tegang mendengar nada suara Aiiden begitu.Nada nekad itu kedengaran menggerunkan hatta kepadanya sendiri walaupun dia juga adalah Bangsa Zinxs berstatus Alfa.

Dalam hierarki sosial bangsa mereka,kata-kata dari Sang Alfa adalah undang-undang dan ikrar janji yang  sama sekali tidak akan dimungkiri.Pantang bagi keturunan mereka !

Bagi Bangsa Zinxs, kata-kata adalah lambang martabat dan maruah sejati bangsa itu.Tidak lebih dan tidak kurang. Eiiden yang menutup matanya dan kelihatan mengendus-endus udara hanya mengetapkan gigi.

" Mereka sudah agak jauh.." Ujarnya membuka mata lalu menghadap yang lain-lain." Ken dan Ryu tunggu disini bersama Vixx,Rein dan N sementara aku,Aiid dan Mark akan cuba menjejaki mereka berpandukan kesan darah Ara."

" Tapi, Eiid.."

" Seseorang perlu tinggal disini bagi memastikan mereka selamat dan tidak ada jaminan yang Darius tidak mempunyai rakan subahat.Bagaimana jika bukan Tuan Ryo  yang datang membawa mereka ke Pusat Perlindungan Saksi tetapi sebaliknya ahli Kumpulan Panji Hitam?"

Vixx yang jelas sekali ingin membantah arahan Eiiden itu terdiam .Pengkhianatan Darius yang setakat ini berjaya mengelabui mereka benar-benar menyebabkan Vixx buat seketika tidak dapat berfikir dengan waras sehingga terlupa tentang belasan susuk tubuh lain yang berada di villa kecil tersebut yang juga memerlukan perlindungan daripada mereka setelah apa yang berlaku.

" Hati-hati semua !!"

N yang berwajah paling gusar itu tidak dapat menyembunyikan ketakutannya terhadap segala kemungkinan yang boleh berlaku kepada Ara.

Tiba sahaja di halaman hadapan setelah memastikan tidak ada yang memerhatikan mereka berlapan di situ, N maju kehadapan dan mulai menggumamkan mantera asing dalam Bahasa Myrth dan hampir serta-merta ada angin sejuk yang terasa menampar wajah menandakan sihir perlindungan yang dipasang disekeliling villa tersebut sudah dibuka semula sementara itu Eiiden,Aiiden dan Mark melangkah beberapa tapak menjauhi mereka berlima.

Ryu mengetap giginya apabila melihat Eiiden berlari pantas ke hadapan diikuti oleh Aiiden lalu Mark dan dalam masa yang serentak ketiga-tiga Alfa dari Bangsa Zinxs itu melompat tinggi dan sebaik sahaja mereka mendarat lagi ke permukaan tanah,tidak ada lagi susuk tubuh Aiiden dengan rambut hitam abu-abu ataupun Eiiden yang berambut hitam kehijauan serta Mark yang berambut hitam bernuansa ungu itu melainkan tiga ekor serigala bertubuh tegap dan besar .

Dua ekor daripada serigala itu berbulu putih keabu-abuan dan seekor lagi berbulu hitam pekat.Ketiga-tiga ekor serigala tersebut menoleh seketika sebelum berlari pantas dicelah-celah pohon sebelum hilang dari pandangan .

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now