"Kenapa kau selalu tak puas hati dengan dia, Carla?" Soal Furqan dengan nada merayu. Dia tidak mahu bertengkar dengan gadis ini. Hanya Eafy sahaja yang dapat buatkan Carla tunduk.

Carla angkat bahu. "Entah. Aku benci dia. Dia perampas." Ucapnya mendatar. Wajah yang tiada perasaan terpamer. Muka Hanis yang sedang menahan tangisan dipandang sekilas sebelum dia berlalu pergi daripada mini lobi ini. Panas hatinya apabila melihat Hanis yang mempunyai orang untuk membelanya. Lagi panas apabila orang itu adalah Furqan.

Furqan mengurut pelipis. "Kau okey?" Tanya Furqan risau. Jika terjadi perkara buruk pada gadis ini, pasti mereka semua sudah dimarahi oleh Eafy. Hanya Eafy seorang sahaja yang boleh menyeksa dan berbuat sesuka hati kepada Hanis.

Ya, hanya dia seorang.

"Aku okey. Erm, aku nak menu korang untuk hari ni boleh?" Hanis menukar topik. Dia tak mahu Furqan berasa risau lagi.

"Ada dekat dapur."

Hanis angguk dan menyambung membasuh baju-baju mereka semua. Usai itu, kaki melangkah ke arah dapur untuk menyiapkan makanan tengah hari. Furqan pula hanya mengikuti Hanis dari belakang.

Sampai sahaja di dapur, Furqan terus menarik sticky note yang tertampal di peti sejuk. Kertas tersebut diserahkan kepada Hanis. Hanis sekadar menyambut lantas matanya ralit membaca setiap isi di dalam kertas.

Menu for today.
- Sotong goreng tepung.
- Sup tomyam campur.
- Sayur kangkung masak lemak.
- Air apple juice.
- Air kosong untuk Xander.

Hanis terangguk-angguk membaca isi tersebut. Dia memandang Furqan lalu sebelah kening diangkat.

"Mana Xander?"

"Sekolah."

Hanis diam. Kemudian, dia berlalu ke arah peti sejuk. Semua bahan-bahan untuk memasak dikeluarkan. Lantas, Hanis memulakan pekerjaannya sebagai seorang maid. Walaupun tanpa gaji.

---

"Bro!" Ariel dengan selambanya menyapa Eafy. Bahu lelaki itu dipeluk erat seraya menepuk beberapa kali. Senyuman lebar menghiasi bibir itu.

"Lama tak datang, banyak sangat ke kerja?" Raysara muncul dengan menatang dulang yang berisi air sirap dan mangkuk yang berisi anggur segar. Sama seperti sang suami, senyuman menjadi penyeri wajah.

Eafy hanya tersengih.

"Tak adalah. Setakat ni kitorang tak dapat apa-apa job lagi." Ujar Eafy sebelum tangannya mencapai gelas yang berisi air sirap.

Raysara dan Ariel sekadar mengangguk faham.

"Mama papa sihat?"

"Macam ni lah kitorang. Muka mama dah berkedut. Nasib, muka papa ni macho lagi." Ariel sudah senyum bangga apabila memuji diri sendiri. Tak semena, satu cubitan hinggap di peha Ariel.

"Hello. Muka sayang cantik lagi okey. Abang tu je yang dah tak handsome!" Raysara tergelak kecil dapat mengenakan suaminya. Eafy yang berada di hadapan mereka seperti terabai. Langsung tidak memberi perhatian pada jejaka itu yang mulai kebosanan. Eafy berpeluk tubuh.

Tetap sama, Ariel dan Raysara rancak berbual tanpa memperdulikan anak mereka. Seperti dunia ini mereka yang punya.

"Abang!"

Eafy meliarkan mata. Leher dipanjangkan mencari susuk tubuh pemilik suara. Seketika, matanya menangkap figura seorang gadis yang sedang berdiri di tangga yang terakhir. Perlahan-lahan senyuman terukir di bibir nipis itu.

"Lyna! Come."

Lyna terus mendapatkan tubuh Eafy. Dipeluk erat Eafy bagai tidak mahu dilepaskan. Masing-masing menyalurkan perasaan rindu sebagai adik-beradik.

Kini, Ariel bersama Raysara manakala Eafy pula dengan Lyna. Baguslah tu, masing-masing berada di dunia sendiri.

"Lama abang tak jenguk kitorang?"

"Busy." Jawabnya sepatah. Rambut Lyna dielus lembut. Gadis itu mula memuncung apabila mendapat respons yang tidak memuaskan daripada abangnya. Tiba-tiba satu idea datang memberi inspirasi kehidupan. Lyna sengih nakal.

"Apa?" Kening Eafy bertaut.

"Sebagai denda..."

"Cop! Tu pun kena ada denda ke?"

"Kena lah!" Lyna mencebik geram.

"Okay, apa dia?" Eafy malas hendak melayan angin Lyna. Dia cuma mengikuti sahaja kehendak gadis itu. Nasib itu adiknya, jika tidak sudah lama gadis ini dia campak dalam hutan.

Raysara dan Ariel hanya memerhati kemesraan antara abang dan adik. Tersenyum mekar pasangan tersebut.

Lyna tersengih.

"Lyna nak ikut abang pergi markas."

Terpana sekejap jejaka itu. Tubuhnya terus kaku di sebelah Lyna. Wajah Lyna ditenung dalam untuk mencari kepastian. Jantungnya mula menari mengikut irama. Ini gila!

"Kenapa pula? Lyna kan tak boleh jauh dengan mama dan papa. Kan?" Eafy mencuba nasib. Terasa suara itu terselit getaran yang mengatakan bahawa dia sedang gugup. Tolong katakan ini hanyalah omongan kosong dan hanya gurauan.

"Tu dulu. Lyna dah pandai berdikari. Kan mama? Kan papa?" Ucapnya teruja. Ariel dan Raysara mengangguk dan mengiyakan kata-kata Lyna. Kini, Eafy seperti cacing kepanasan.

"But Lyna,"

"No but, no excuse. Lyna tetap nak ikut. Tak ada siapa boleh halang Lyna except mama dan papa. Okey, got it?" Katanya sebagai akhir kata. Pipi Eafy dicium sekilas. Kemudian, dia berlari ke arah biliknya untuk menyediakan pakaian dan dimasukkan ke dalam bagasi. Perasaan teruja makin membuak-buak.

Namun, lain pula dengan Eafy. Dia sekadar memandang pemergian Lyna dengan perasaan bercampur-baur. Sekujur tubuh itu membuatkan dia meraup muka kasar. Wajah Ariel dan Raysara dipandang bersama-sama senyuman manis yang cukup plastik.

"Yeay! Jom pergi." Lyna menarik hujung baju Eafy. Senyuman gembira tidak lekang dari bibirnya.

Eafy mengeluh.

Tiba-tiba terbit rasa menyesal kerana menjenguk rumah ibu bapanya.

Sangat-sangat menyesal.

---

T B C

Woah cer teka kenapa Eafy tak nak Lyna tinggal dekat markas Catch? Huhu. Keep reading!

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now