34

348 19 0
                                    

Aku tiba di kafe tengahari itu selepas mengambil Ayuz dari tadika dengan perasaan terkejut. Aesha duduk di suatu sudut di dalam kafe seorang diri.

Bukan seorang diri.Seorang demi seorang pengunjung kafe mengerumuninya, bergambar dan meminta autografnya. Zaman instafamous mengalahkan artis.Mereka dipuja kerana popular dengan gaya hidup yang cool di media sosial.

Ya, kau berbunyi menyampah dengannya Hanna.Padahal kau juga salah seorang fan teruk Aesha Zulaikha sekian lama.

Well..itu dulu.Sebelum dia bertindak gila dengan hampir melanggarku semalam.

"Dia dari tadi tunggu Hanna.."kata Kak Ita.

Aku mengangkat kening tanda tidak percaya.Rasa serba tak kena reaksiku terhadap gadis yang bernama Aesha ini.

"Tadi Ustazah Faridah datang, dia bagi Hanna envelope.Ada akak letak dalam bilik rehat...Lama jugak dia bersembang dengan Aesha..."

Aku mengangguk sahaja tanda faham apa yang diperkatakan oleh Kak Ita.Mungkin Ibu Faridah menyerahkan dokumen-dokumen yang perlu aku isi seperti yang dikatakannya semalam.

Kak Ita menarik tangan Ayuz dan aku pula buat-buat peramah, cuba menghampiri Aesha Zulaikha, walau sedikit cuak di hati.Bagaimana jika perangainya masih pelik seperti semalam.

"Hai, Hanna.." Aesha bangun dan terus meluru menghampiriku. Aku dipeluknya dan pipiku dicium kiri dan kanan. Aku ternganga seketika.

Kemudian dia berdiri membetul-membetulkan busananya sambil tersenyum manis memandangku. Aesha kelihatan anggun berblazer warna emerald, sedondon dengan seluar dan turban di kepala menggantikan tudung.

Diva Hijabae. Spontan perkataan itu terlintas di fikiranku.

Dia layak digelar diva hijabista.Sangat bergaya dan mempesona.Terasa aku sangat selekeh hari ini jika dibandingkan dengannya.

Ya, aku tiada gaya lain.Seluar jeans dan kemeja kotak-kotak kegemaranku, wajah kosong sekadar bedak talkum dan rambut ditocang satu.Berdiri di hadapannya mungkin aku umpama bibik.

"Hanna, kita sembang di luar sekejap boleh? Sha pun nak balik dah ni.." katanya.

Aku mengangguk.Tak tahu hendak membalas dengan apa. Kami belum pernah berbual berdua dan setiap kali kami bertemu dia sentiasa memandangku seolah-olah seteru.

"Sorry girls,I ada event sekejap lagi..so next time ada rezeki kita jumpa lagi ye.."

Aesha bersalaman dengan peminat-peminatnya yang mengerumuninya.Mungkin mahu selfie bersamanya. Kebanyakan mereka student dari sekolah menengah berhampiran melihat kepada pakaian seragam mereka.

Aesha tersenyum dan mencuit lenganku.Kemudian dia terus berlalu menuju ke luar kafe.

Aku menghampiri Aida di kaunter terlebih dahulu.

"Dia dah bayar belum Aida..?"tanyaku. Apa keadaan sekalipun bisnes tetap bisnes.Huhu.

"Dia tak order apa pun Hanna. Dua jam dia duduk sini.Duduk kosong aje.Mula-mula sembang dengan Ustazah Faridah..lepas tu dok bergambar tak sudah-sudah.."

"Serius?"tanyaku tak percaya..

"Serius..Dia ingat sini press sessi bertemu peminat ke apa?"

Aku tergelak besar mendengar kata-kata akhir daripada Aida dan terus keluar mendapatkan Aesha.

Di hadapan kafe dia berdiri tegak menungguku.

"Kenapa tak nak sembang dekat dalam?Lagi selesa.."tanyaku memulakan perbualan.Cuba menghilangkan rasa janggal di antara kami.

PESONA CINTA HANNATahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon